Home Novel Cinta CINTA KAU DAN AKU
Bab 62

"Assalamualaikum sayang.."

Malam itu, Hariz menghubungi Irdina. Sebenarnya dia mahu berbual dengan Irdina setelah majlis pertunangan itu tetapi adik Irdina mengatakan Irdina tidak bersedia dan menyuruhnya menghubungi malam nanti.

"Waalaikumussalam warahmatullah.."

"Maaf..kalau awak terkejut dengan hal siang tadi.."

"Ermm.. tak apalah, benda dah nak jadi.."

"Maaf sebab tak beritahu tapi ayah awak yang minta saya rahsiakan.."

"Saya tahu, ayah dah beritahu awak tak bersalah."

"Awak ikhlas ke terima saya Dina? Macam sedih je..maaflah kalau saya dah buat awak terpisah dengan lelaki yang awak suka..mungkin.."

"Saya tak ada lelaki yang saya suka. Kalau orang yang suka saya, saya tak tahu.."

"Mestilah ada, kalau tak, takkan sampai adik beradik pun berebut awak. Pehhh, awak memang hebatlah Dina!"

"Ni nak puji ke, nak mengeji ni?"

"Hahaha...janganlah marah sayang. Lagipun betul kot apa yang saya cakap."

"Ayah saya ni, semua perkara dia cerita kat awak kan. Sejak bila korang jadi kawan ni?"

"Ermm..awak je yang tak tahu yang saya selalu hubungi ayah awak untuk tanya khabar.."

"Tadi, saya tak nampak Paan. Kenapa dia tak ikut sekali?"

"Dia kerja, susah nak dapat cuti. Aik, Paan pula yang awak tanyakan. Saya ni awak tak tanya ke, saya rindu awak ke, saya sayang awak ke.."

"Dengan anak saudara sendiri pun nak cemburu..."

"Yes, to be honestly, sometimes i got jealous with him..."

Kedengaran suara Irdina mengeluh di hujung talian. 

"Paan tu baik budaknya..."

"Pak Lang dia lagi baik."

"Paan tu tak pernah lukakan hati saya, tak pernah sekalipun. Bahkan selalu mencuba untuk buat saya senyum, happy.."

"Yelah..nak buat camana..saya sedar silap saya, pernah melukakan awak dengan teruk suatu masa dulu..kalau dapat diputarkan waktu, saya nak ubah semua sikap saya."

"Tak apelah, perkara dah lepas..so..saya kena balik awal ke sana. Ayah suruh balik awal sikit sebab ayah tak mahu dua beradik tu terus ganggu saya. Kesian saya, tak boleh nak lama-lama dengan family sendiri."

"Buat masa sekarang ni, itu yang terbaik untuk awak. Bukan apa, takut perkara yang tak elok akan berlaku kalau awak lama-lama kat sana."

"Ermm..yelah..OK lah, saya nak sambung kemas pakaian. Nanti jadi ke awak datang sini dulu pagi esok?"

"Ya, jadi. Saya dah suruh adik hantar saya ke rumah awak pagi esok. Ayah awak dah pesan macam tu kan siang tadi. Kenalah ikut cakap orang tua, Dina. Jangan asyik melawan je.."

"Yelah..assalamualaikum..jumpa esok."

"Waalaikumussalam..good night dear!"


Previous: Bab 61
Next: Bab 63

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Melissa Lee