Home Novel Cinta CINTA KAU DAN AKU
Bab 34

Petang itu sebaik tiba sahaja di rumah selepas keluar dengan rakan—rakan, Irdina mendapat mesej melalui WhatsApp dari Hariz.

                  'Assalamualaikum, sihat ke? Buat apa tu? Saya mengganggu ke?'

Irdina meletakkan semula telefon bimbit di atas meja. Dia terburu-buru ke bilik air untuk mengambil wuduk dan kemudian dia menunaikan solat Asar. Waktu sudah menunjukkan pukul 6.10 petang. Setelah selesai solat dan melipat telekung barulah mesej daripada Hariz dibalas.

                 'Waalaikumussalam. Baru lepas solat. Keluar tadi dengan kawan-kawan. Ada kerja sikit.'

               'Oh..mesti penat kan. Tak apa lah awak rehatlah.'

               'Ada apa? Bagitahu je. Sambil rehat ni balas mesej awak.'

               'Ermm..dah lama tak jumpa awak. Saya rindu..'

              'Ooo..ingatkan apalah tadi..'

              'Maaf..'

             'Kenapa nak minta maaf pula..'

            'Sebab rindukan awak yang tak rindukan saya..'

           'Hak masing-masing, mana boleh paksa..'

          'Saya pun tak faham kenapa. Dulu masa kat U saya tak macam ni. Rasanya saya gilakan awak Dina.'

           'Hahaha..'

          'Demi Allah Dina, saya tak tipu..saya tak pernah macam ni.'

         'Jadi awak tengah rasa apa yang saya rasa dulu..'

        'Saya minta maaf sebab tak cuba fahami awak dulu..sekarang baru saya tahu erti gila bayang, awak betul-betul buat saya hampir gila.'

        'Kawal rindu dengan doa..bukankah itu yang awak cakap..dulu..'

        'Ya dulu saya memang pernah cakap macam tu. Agaknya syaitan kot tengah hasut saya sekarang. Aduhai kena banyak buat solat sunat saya ni. Sunat taubat sebab mengharap kepada orang belum halal bagi saya.'

        'Buatlah, insyaallah hati awak akan tenang. Awak tak busy ke? Bukankah kesibukan boleh membuatkan kita lupa pada seseorang?'

           'Busy juga tapi rasa macam semangat tu down sebab dah 4 hari tak tengok muka awak.'

          '9 tahun boleh je..tak kan 4 hari tak boleh..'

          'Perli saya ke ni?'

         'Cakap jelah nak ajak dating kan senang. Ayat berliku-liku, straight to the point jelah.'

        'Yelah..saya memang nak ajak awak dating..'

        'Bila?'

       'Bila awak free? Malam ni?'

      'Malam ni saya penatlah. Esok dan lusa saya free je. Nak ajak saya pergi mana? Kalau jauh tak nak, malas..'

         'Alah, baru nak ajak pergi Cameron Highland..'

        'Apa?? Itu untuk orang yang dah kahwin, pergi honeymoon. Buang tabiat ke?'

       'Bukannya kita nak sebilik pun. Check in bilik lain-lain lah. Awak ni macamlah saya pernah ambil kesempatan pada awak selama ni. Saya teringin nak pergi, tak pernah pergi lagi selama saya hidup ni dah 30 tahun..'

       'No!'

      'Habis tu nak pergi mana?'

      'Tempat dekat-dekat je. Tengok wayang ke main boling ke yang tu saya setuju.'

      'Erm..yelaa..OK lah daripada tak dating langsung.'

     'OK petang esok ya dan movie mesti cerita yang saya pilih, bukan awak yang pilih. Dan saya nak main boling dulu baru tengok movie.'

     'Demi awak Dina, saya sanggup segalanya..'

     'Poyo lah awak ni. Nanti saya check jadual movie untuk esok. Saya ni tak minat tengok cerita omputih tau. Saya nak tengok cerita Melayu atau cerita cina aksi je. Selain dari tu tak nak.'

     'Boleh sayang. Apa saja untuk awak.'

     'Pukul 3 awak datang ambik saya. Tak payah pergi jauh, Todays Mall ni pun dah cukup, malas nak pergi jauh.'

     'Bukan awak yang drive..'

    'Eh..nak ke tak nak ni?'

    'OK..OK..Sorry..yelah pukul 3 saya ambik awak. Nak makan tengahari sama tak?'

    'Tak payahlah, dinner je nanti sama.'

    'OK sayang. Jumpa esok, nanti malam ni mesej saya ya movie apa..'

     'Eh kata apa saja untuk saya...'

     'Yelah..yelah..tak kisahlah movie apa..'



Previous: Bab 33
Next: Bab 35

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Melissa Lee