Home Novel Cinta CINTA KAU DAN AKU
Bab 52

Hariz buntu, tidak tahu bagaimana lagi cara untuk memujuk Irdina. Sudah seminggu Irdina cuba melarikan diri darinya selepas pertengkaran di kedai makan malam itu. Mengangkat telefon tidak mahu, membalas mesej pun tidak mahu. 

Mungkin salah dirinya juga, kerana meragui Irdina. Aku yakin sangat, Irdina bukan perempuan seperti yang dikata oleh Ameer. Jika pun mereka pernah berkawan dan keluar bersama, Hariz yakin sangat tak mungkin sehingga terlanjur.

Gerak hatinya mengatakan Irdina masih suci. Ada bezanya perempuan yang masih suci dengan yang sudah tidak suci. Walaupun begitu, bukanlah isu kesucian yang menyerabutkan otak Hariz. Seandainya Irdina pernah terlanjur sekali pun, dia sanggup menerima kerana dia tahu Irdina sudah berubah. Irdina tidak nampak seperti gadis liar, atau jenis yang berpoya-poya. Hariz yakin Irdina perempuan baik..

Hariz mencapai telefon bimbit. Di sebabkan Irdina berada di kampung, Hariz berasa lebih elok jika dia menghubungi ayah Irdina sendiri. Dia pernah meminta nombor telefon ayah Irdina sewaktu kunjungan kali pertama nya ke kampung Irdina.

"Assalamualaikum.."

"Waalaikumussalam...siapa ni ya?"

"Pak cik masih ingat Hariz? Yang pernah pergi rumah Pak cik dulu tu..kawan Dina yang duduk Johor.."

"Oh, Hariz! Ingatkan siapa lah tadi. Ada apa telefon Pak cik malam-malam ni?"

"Tak ada apa, nak tanya khabar Pak cik sekeluarga je. Sihat ke?"

"Pak cik sihat, mak cik nya pun sihat. Kamu tak datang sini ke cuti sekolah ni?"

"Cuti saya dengan Dina tak sama, Pak cik. Tapi boleh je kalau saya nak ambil cuti. Dina tengah buat apa sekarang Pak cik?"

"Eh, kamu berdua ni belum berbaik lagi ke? Lama benar dah sejak hari tu.."

"Sebenarnya dah berbaik Pak cik tapi ada masalah sikit baru-baru ni, tu yang selisih faham sikit. Biasalah Pak cik, perempuan cepat merajuk kan.."

"Ya, si Dina tu memang sensitif orangnya, cepat merajuk. Kadang kat rumah sendiri pun kalau orang tak pelawa makan, dia merajuk. Isk, ikut perangai siapa lah.."

"Hihi..ye ke Pak cik..oh ya! Pak cik dah makan malam ke ni? Maaf Pak cik kalau saya ganggu.."

"Dah, ni ha Pak cik tengah menonton TV ni..tak ganggu pun. Kamu ni nak bercakap dengan Dina ke? Dia kat dalam bilik tu dengan adik-adiknya entah buat ape.."

"Pak cik boleh ke tolong saya..cakap dengan dia suruh angkat telefon. Saya telefon dia tak angkat la Pak cik.."

"Sekejab ya.."

"Dina, oh Dina. Cuba kamu tengok telefon tu. Ada orang telefon."

Kedengaran suara Pak Lan memanggil anaknya kuat. Hariz ketawa sendiri. Harap dengan cara itu, Irdina akan menjawab panggilannya. 

"Terima kasih Pak cik. Kirim salam dengan Mak cik ya."

"Yelah, sama-sama."

Seketika kemudian, Hariz mendail nombor telefon Irdina. Kedengaran Irdina menjawab.

"Hello, awak ni pakai taktik kotor ek, gunakan ayah saya pulak.."

"Maaf Dina, saya tak tahu nak pakai cara camana dah. Tolonglah jangan macam ni, dah seminggu kot awak lancarkan perang terhadap saya. Tak kesian ke kat saya ni?"

Suara Hariz bertukar sayu. Sejujurnya dia penat juga memujuk tapi disebabkan rasa sayangnya yang menggunung terhadap Irdina, dia tebalkan muka.

"Baru seminggu...saya dulu.."

Tidak sempat dihabiskan ayatnya, Hariz menyampuk.

"Sudahlah Dina, awak dah selalu perli saya dengan ayat yang sama..10 tahu lepas, 10 tahun lepas. Dah beratus kali kot saya minta maaf kat awak, ke awak nak saya melutut kat awak, baru awak tak ungkit semua kesilapan saya? Please lah, kita dah dewasa kan dah masuk usia 30an.."

Hariz cuba memujuk dengan lembut. Perempuan selalunya bersifat keras-keras si keras nasi..

"OK lah, saya maafkan. Tapi kalau awak ragu lagi dengan kejujuran saya, awak siap ek..."

"Sebenarnya..Dina, saya dah fikir masak-masak, saya tak kisah kalau awak dengan Ameer pernah..asalkan awak dah taubat..saya sanggup terima awak seadanya.."

"Masalahnya..saya tak buat apa yang Ameer cakap tu. Kalau awak masih nak cakap pasal perkara tersebut bermaksud, awak masih meragui saya. Buat apa saya terima orang yang tak percaya dan meragui saya?"

"Alhamdulillah kalau awak tak buat seperti yang dia tulis tu. Saya percaya awak Dina tapi kalau awak di tempat saya pun, mula-mula mesti awak rasa nak marah juga kan. Sama macam kes mula-mula saya cakap saya pernah kahwin tu..awak kan marah saya pada permulaannya tu kan.."

"Yelah, yelah saya pun malas nak gaduh dengan orang lama-lama ni. Penat tau tak?"

"Tahu pun..Dina..."

"Apa?"

"Awak rindu saya tak?"

"Tak.."

"Betul ke tak? Macam tipu je.."

"Macamlah awak tu kacak sangat untuk saya rindukan!"

"Tapi saya Chinese-look kan, saya good boy kan..taste awak kan macam tu.."

Eh, camana si Hariz ni boleh tahu pula? Irdiana menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Tapi kan Dina...saya..saya..rindu awak sangat-sangat.."

"Yelah tu...sweet talker..."

"Saya tak ada perempuan lain selain awak Dina. Perlu ke saya ulang banyak kali ayat yang sama? Bukan cara saya berkawan seribu dengan perempuan.."

"Eleh..." Irdina masih cuba jual mahal.

"Dina..awak sayang saya tak????"



Previous: Bab 51
Next: Bab 53

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Melissa Lee