Home Novel Cinta CINTA KAU DAN AKU
Bab 57

                 'Salam..cikgu..saya dah habis exam..'

Malam itu Farhan menghantar mesej. Lebih kurang seminggu juga selepas Irdina balik ke kampung Farhan menyepikan diri. Itu pun kerana Irdina mengingatkannya sebelum balik kampung hari tu agar Farhan fokus kepada exam nya. 

                'Alhamdulillah, jadi camana? Semua boleh jawab?'

               'Macam biasa lah cikgu, ada yang boleh ada yang tak. Tapi dah saya usaha sedaya termampu dan juga berdoa. Selebihnya saya tawakkal je.'

              'Yes, that's my boy!

             'Cikgu buat apa je kat kampung tu? Lamanya cuti, tak sabar nak tunggu cikgu balik sini semula..'

             'Ada je setiap hari aktiviti yang berlainan cikgu dengan family cikgu buat. Cikgu seronok je kat sini. Lagipun, bukan selalu kan.'

             'Cikgu, saya ingat nak cari kerja sementara.'

            'OK tu, cikgu sokong. Selain dapat pengalaman, dapat juga duit kan. Cikgu dulu bila ada cuti panjang, akan kerja.'

             'Yeke cikgu. OK, saya ingat nak rehat dalam 3 hari gitu, lepas tu nak pergi cari kerja.'

            'Bagus, Paan. Eh, alamak ada orang call la Paan. Nanti kita mesej lagi lain kali ya. Bye.'

           'Oh..OK cikgu. Bye.'

**************************************************************************

"Assalamualaikum awak." Hariz memberi salam. 

"Waalaikumussalam."

"Kenapa lama nak angkat? Kenapa sampai dua kali saya call? Awak tengah mesej dengan siapa tadi?"

Ishhh, Hariz ni macam tahu-tahu Irdina tengah mesej dengan lelaki lain selain dia.

"Oh, ni...Paan tadi mesej saya...dia bagitahu dah habis exam lepas tu dia plan nak cari kerja.."

Pandai pun Irdina jujur!

"Oh, yeke! Selalu ke dia mesej awak masa dia belum habis exam Dina?"

"Eh, sebelum saya balik sini saya dah warning dia supaya tak call atau mesej saya. Agar dia lebih fokus. Alhamdulillah, mendengar kata nampaknya. Eh, kejab..are you jealous Hariz?"

"Tak adalah, tak kan dengan budak-budak pun saya nak jealous. I trust you, Dina."

"Haa, tahu pun..tak kan lah saya nak dekat budak-budak. Tak logik kan!"

"Bukan pasal tak logik, kalau dah jodoh, siapa awak mahu menolak. Tapi sekarang ni soal kepercayaan. Saya percaya awak tak ada perasaan pun selain guru dengan pelajar, kan Dina?"

"Terima kasih sebab percaya saya. Saya tak pernah anggap dia lebih dari seorang pelajar. Saya tahu batas antara guru dan pelajar. Saya harap dia akan faham dan saya percaya, dia akan jumpa seseorang yang selayaknya untuk dia."

"Harap begitu lah Dina. Awak sihat, Dina? Awak rindu saya tak? Waaa...sorry Dina, beberapa hari ni saya banyak kerja sangat. Banyak yang saya kena siapkan. Kadang-kala sampai rumah malam. Bila dapat bercuti macam awak Dina.."

"Yelah, awak kan level tinggi daripada saya, so kerja awak haruslah lebih banyak dari saya. Hehehe.."

"Mana ada Dina. Kita lebih kurang sama sahaja.."

"Mana ada sama, kalau sama, rugi je awak belajar bagai nak rak sampai dapat dekan semua kalau level awak sama macam saya yang pointer tak sampai 3.00 ni."

"Dah rezeki awak, Dina. Saya pun dulu sebelum sambung Master, sedang kerja sebagai engineer, tapi sebab fikirkan dari segi kestabilan dan juga saya minat mengajar, maka saya pilih menjadi pensyarah sahaja."

"Bukan sedikit yang saya korbankan untuk saya genggam apa yang saya ada sekarang ni. Lagipun, saya bermula lambat. Orang sebaya saya dah kerja 6 tahun, 7 tahun, saya baru masuk tahun kedua. Sedihhhh..."

"Tak apa, Dina. Syukurlah, kita dah sampai ke tahap ini. Ada yang Degree lebih baik pointer dari awak masih lompat kerja itu, kerja ini..alhamdulillah, kita kena banyak bersyukur pada Allah. Dina, awak belum jawab soalan saya tadi.."

"Awak tanya apa tadi? Awak tu banyak cakap sangat sampai saya dah tak ingat apa benda awak tanya tadi.."

"Awak rindu saya tak???"

"Gila tak rindu!!!!"


Previous: Bab 56
Next: Bab 58

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Melissa Lee