Home Novel Cinta CINTA KAU DAN AKU
Bab 29

"Hello..ni Dina ke?"

Satu suara perempuan yang tidak dikenali menghubungi Irdina suatu petang ketika dia baru bangun tidur. Waktu menunjukkan kira-kira pukul 5 petang. Dalam keadaan mamai, Irdina menjawab.

"Ya, saya. Siapa ni?"

"Aku ni tunang Ameer. Apa hubungan kau dengan tunang aku ek? Nampak dia selalu mesej kau aje.."

"Oh..kenapa awak tak tanya tunang awak tu? Kenapa dia asyik kacau saya? Bukan saya yang mesej dia, dia yang mesej saya dulu tau. Jadi jangan nak salahkan saya pulak."

"Bertepuk sebelah tangan tak kan berbunyi. Kalau tak melayan, takkan jadi punya.." 

Sinis sangat bunyi ayat itu di telinga Irdina. Darahnya mula mendidih.

"Kau jangan nak menuduh sebarangan ek. Kau tu tak kenal pun aku camana dan kau pun tak cukup kenal lagi perangai tunang kau tu. Sebelum kau nak sumpah seranah orang lain, kau jaga elok-elok tunang kau tu supaya tak kacau hidup aku lagi."

Irdina menekan butang merah dan meletakkan telefon bimbit di atas tilam. Geramnya dia!! Disebabkan salah orang lain, dia yang kena sumpah seranah. Ishhkk..ni rasa nak mencarut ni....

*********************************************************************************************

                 'Saya nak ajak awak dinner malam ni boleh?'

Irdina menerima mesej yang dihantar oleh Hariz melalui aplikasi WhatsApp sewaktu sedang makan di kantin sekolah iaitu kira-kira pukul 10 pagi. Irdina tidak terus memberi jawapan. Dia meneruskan suapannya. Ikan kembung masak kicap sedap pula digandingkan dengan sayur brokoli goreng bersama udang kecil.

Setelah selesai makan, dia menghirup air sirap limau pula sambil berbual-bual hal sekolah bersama rakan-rakan. Pukul 10.50 pagi Irdina ada kelas pula, jadi masa itu sahaja lah yang dia ada untuk makan dan berbual-bual dengan rakan-rakan. Apabila jam menunjukkan pukul 10.30, dia cepat-cepat membayar makanan dan terus naik ke bilik guru untuk membuat persediaan mengajar.

Langsung dia terlupa untuk membalas mesej dari Hariz sehinggalah kelas yang terakhirnya tamat iaitu pada pukul 12.50 petang. Irdina melabuhkan duduk di kerusinya, melepaskan lelah seharian mengajar. Penat sangat hari ni. 9 waktu!

Tangan Irdina meraba dalam beg tangan dan mengeluarkan dua buah telefon bimbit. Satu untuk urusan sekolah yang mana hanya mengandungi Telegram sahaja manakala satu lagi untuk urusan peribadi. Seperti biasa, yang melibatkan urusan sekolah dulu yang akan dibuka terlebih dahulu. Kemudian barulah telefon peribadinya.

Tiada mesej baru yang masuk, jadi mesej dari Hariz berada di kedudukan teratas. Barulah Irdina teringat dia belum menjawab pelawaan Hariz. Dia berfikir sejenak. Macam malas, tapi teringin juga nak curi pandang wajah bersih Hariz. Hahaha..gedik juga kau ni Irdina..hai, siapa tak nak tengok rupa yang handsome? Bukan selalu dapat tengok..Irdina senyum sendiri..

"Kau dah kenapa Dina senyum sorang-sorang?" 

Tiba-tiba Kak Rohani yang baru tiba di meja nya yang terletak berhadapan meja Irdina menegurnya. Irdina senyum malu. Aduhai kantoi senyum sorang..

"Tak de apa-apa lah kak. Akak nak balik dah ke?" 

Saja Irdina bertanya sedangkan dia tahu kakak yang seorang ni jenis balik awal. Pukul 1 je cabut terus!

"Hai, lagi mau tanya ke? OK, akak cau dulu ya dik." 

Irdina mengangguk sambil mengekori langkah Kak Rohani dengan ekor matanya.

"Ermm..nak ke tak nak ni ek?"

Akhirnya jari-jemarinya menaip mesej untuk si Hariz.

            'Ada apa-apa yang awak nak cakap ke?'

Aishh..benda lain yang difikirkan, benda lain pula yang ditulis..

            'Ada. Banyak juga. Sudi ke tak?'

           'Ermm.OK lah.'

          'Baiklah, pukul 8 saya datang ambik kat rumah.'

         'Pakai kereta asing-asing tak boleh ke?'

          'Langkah berjimat cermat. Kongsi kereta.'

        'Banyaklah awak punya berjimat.'

        'Alah nanti awak lambat pula. Bukan saya tak tahu perempuan kalau bersiap.'

       'Eh, cakap baik-baik sikit ek. Saya kalau malam, bersiap kejab je sebab malas nak pakai bedak pun.'

      'Tak payah pakai pun tak ape, dah cantik kot.'

      'Ah, bencilah cakap dengan awak ni.'

     'OK lah jangan lupa tau. Saya nak lunch ni. Awak dah lunch ke belum?'

     'Saya lunch awal. Pukul 10 atau 11 pagi. Lepas tu makan petang pukul 7 atau 8 malam.'

    'OK lah. Bye, see you later dear!'

     'Dear tengkorak hang!'

     'Hahaha...'

Irdina meletakkan telefon bimbitnya di atas meja. Dia membelek jadual untuk melihat jadual esok. Matematik Moden 5TI ada 2 masa, Matematik Moden 4PL 2 masa dan Pendidikan Sivik Tingkatan 5TS. Nasib baik jadual esok agak lapang. Kalau nak keluar malam ni, maksudnya RPH perlu ditulis sekarang atau petang ni. Kalau harap malam ni dibimbangi selepas keluar balik dah lewat dan mengantuk, semua kerja tak jadi.

*********************************************************************************************

"Awak nak makan ape?" 

"Bagi akak Bihun Sup ya dik. Air Barli suam ya."

Irdina senyum kepada pelayan lelaki yang dia agak berusia awal 20-an.

"Saya nak Mee Sup dengan Nescafe O suam."

"Awak sihat Dina?" 

Soal Hariz setelah pelayan berlalu.

"Macam yang awak tengok.." 

Ujar Irdina sambil menyentuh kepala anak kucing yang datang menggesel di kakinya.

"Awak masih penyayang macam dulu Dina..saya ingat lagi kalau makan dengan awak, kucing akan datang ke kaki awak dan selalunya awak akan bagi kucing tu ayam atau ikan..bertuah saya kalau dapat kahwin dengan orang yang penyayang gini. Kalau dengan haiwan pun dah penyayang, apatah lagi dengan manusia..."

Irdina mencebik. Manis mulut, macam gula. Apa dia ingat Irdina ni perempuan berumur 20-an ke nak buat ayat-ayat macam tu..

"I miss you Dina.."

Irdina tersentak. Spontan dia memandang Hariz di depannya. Hariz buat-buat tak faham.

"Awak cakap ape tadi? Ulang balik boleh? Tak clear.."

"I miss you sayang...nah cukup tak? Ke nak saya tambah lagi...?"

"Senang je kan awak panggil orang sayang.." Duga Irdina.

"Ehhh..baik sikit ekk..bukan senang nak dengar saya panggil sayang. Orang-orang tertentu aje. Tak baik serkap jarang macam ni. No no no..tak baik tak baik.."

Irdina senyum nak tergelak. Lucu pula Hariz membuat gaya begitu. Macam lelaki lembut pula. Hahahaha....

"Ooo..gelakkan saya ek. Ada la tu dia mengumpat saya dalam hati dia tu..saya saja jelah buat macam tu sebab nak tengok awak senyum. Saya lelaki sejati OK!"

"Eleh, saya tak cakap apa-apa pun. Perasan jer.." 

Cebik Irdina walhal dalam hatinya tergelak sakan.

"Kerja OK Dina?"

"OK je.."

"Kalau awak perlukan bantuan saya, bagitahu tau. Manalah tahu awak kena hantar kursus tempat yang awak tak pernah pergi ke, boleh lah tanya saya. Kalau saya free, saya boleh tolong hantar."

"Thanks tapi saya dah ada pelbagai cara sebelum menyusahkan orang lain misalnya naik Grab ke, teksi ke.."

"Awak masih anggap saya orang lain?" 

Soal Hariz dengan tangannya menopang di meja dan memandang wajah perempuan kesayangannya itu.

"Entah.." 

Irdina pandang ke arah lain. Tapi hujung matanya sesekali mencuri pandang wajah Hariz.

"Awak nak tahu sesuatu tak?" 

Hariz buat muka serius yang menyebabkan Irdina mula menumpukan perhatian terhadapnya.

"Awak perempuan kedua yang paling saya sayang.."

"Eleh.."

"Yang pertama mestilah ibu saya. Kalau dah kahwin nanti, awak akan ambil alih tempat dia menjadi yang pertama tapi saya sesekali tidak akan abaikan dia.."

"Tak ape, saya tak minta pun nak yang pertama ke kedua ke..bukan masalah saya.."

"Itu bukan permintaan awak tapi dari hati saya. Saya ikhlas Dina."

"Ikut awaklah."

"Ikut saya? Kalau saya nak hantar rombongan meminang hujung minggu ni boleh ke?"




Previous: Bab 28
Next: Bab 30

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Melissa Lee