Home Novel Cinta CINTA KAU DAN AKU
Bab 74

"Alhamdulillah, suami Puan Dina selamat. Lukanya tidak dalam sangat, cuma dia banyak kehilangan darah. Kita perlukan darah jenis O+."

"Doktor, saya darah O+. Saya anak saudara dia. Doktor boleh ambil darah saya."

Farhan menawarkan diri untuk menolong Pak Lang nya. Apalah sangat darah yang sedikit itu jika dibandingkan dengan pertolongan Pak Lang nya selama ini terhadap keluarganya.

"Boleh kan, mama?" 

Farhan mencapai tangan mamanya. Kak Zuraini mengangguk sambil tersenyum. Terasa bangga kerana melahirkan anak yang baik hati seperti Farhan. 

"Baiklah, kita akan periksa dulu sama ada darah tersebut sesuai ke tak. Kita akan buat secepat mungkin."

                          *************************************

Irdina memerhatikan suaminya yang nyenyak tidur. Doktor memberitahu keadaan Hariz sudah semakin baik dan dia dipindahkan ke wad biasa. Dalam beberapa hari lagi Hariz dibenarkan keluar dari hospital. Irdina mengucapkan syukur. Tidak putus-putus doa dipanjatkan agar suaminya itu selamat. 

Tangan suaminya diramas lembut. Kalau boleh, Irdina mahu menjadi orang pertama yang akan dilihat suaminya saat dia membuka mata. Dikucup lembut tangan itu. 

"Terima kasih abang kerana datang selamatkan sayang. Tapi disebabkan nak selamatkan sayang, abang pula yang kena. Sayang minta maaf sangat-sangat."

Irdina berkata-kata perlahan. Nasibnya agak baik kerana kandungannya berada dalam keadaan yang baik. Malam tadi, selepas menguruskan suaminya, dia meminta doktor memeriksa kandungannya. Irdina berasa lega apabila doktor memaklumkan kandungannya selamat. Dia tahu suaminya sangat berharap dia selamat melahirkan anak sulung mereka. 

"Sayang sayangkan abang sangat-sangat.."

Irdina meletakkan belakang tapak tangan Hariz ke pipinya. Tuhan sahaja yang tahu besarnya rasa cinta dan sayangnya kepada Hariz. Irdina tiba-tiba terasa hujung jari suaminya bergerak-gerak. 

"Doktor, doktor..." 




Previous: Bab 73
Next: Bab 75

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Melissa Lee