Home Novel Cinta CINTA KAU DAN AKU
Bab 17

Setelah selesai membeli barang-barang yang dikehendaki, Irdina dan Inara melencong ke Pantai Irama. Irdina memang tidak akan melepaskan peluang untuk datang ke Pantai Irama setiap kali dia balik ke kampungnya. Dia peminat pantai dan ombak. Jiwang karat orangnya. 

Mereka mencari tempat yang agak lengang dan memarkir kereta di situ. Irdina keluar dari kereta dan duduk di sebuah bangku yang ada di situ. Irdina menarik nafas panjang, cuba menghirup udara Pantai Irama di depannya. Kakinya dilujurkan ke hadapan. Ombak yang tak jemu-jemu membadai pantai mengingatkannya betapa dulu dia setia menunggu pemuda bernama Hariz. Sekarang? Masih setia menunggu, sedangkan orang yang ditunggu entah di mana.

Entah mengapa sejak akhir-akhir ini, ingatan terhadap nama dan wajah itu semakin kerap hadir. Kadangkala memori itu membahagiakan, membuai jiwa Irdina yang sepi. Namun adakala bila memori hitam dan cerita tidak siapnya bersama Hariz hadir, rasa sakit dalam dada tu akan muncul.

Baginya, memang sukar melupakan cinta pertama. Lagipun, hanya itu sahaja cinta yang pernah dia ada. Itu pun, cinta bertepuk sebelah tangan. Sakitnya tak mampu diceritakan kepada orang. Padanlah muka, sendiri cari penyakit. Orang yang sudi kat kau, kau tolak. Kau sibuk kejar orang. Akhirnya, merana sampai ke sekarang. 

Beberapa tahun selepas habis belajar, Irdina sebenarnya masih berharap Hariz akan mencarinya, ataupun sekurang-kurangnya mereka terjumpa semula. Dia ingin mencuba semula memiliki hati Hariz, manalah tahu kalau-kalau pintu hati Hariz sudah terbuka untuknya.

Namun, tahun berganti tahun, hingga lah 10 tahun sudah berlalu, kelibat Hariz pun tidak pernah dia ketemu. Mungkin sudah takdir antaranya dengan Hariz sudah tiada harapan langsung dan Tuhan mahu menyuruhnya move on.

"Kak, kau dah habis berangan ke belum? Kalau dah jom lah kita balik. Dah hampir sejam kau kat situ termenung macam perempuan mati laki. Mak mesti membebel kita keluar lama dah ni."

Inara yang hanya duduk bersantai di dalam kereta tidak jauh dari Irdina bersuara sedikit kuat.

"Kau ni, akak nak berangan sikit pun tak boleh. Kau ingat kat sana pantai dekat ke? Dah la jom lah." 

Irdina bangun mengesat pasir pantai yang melekat di bajunya. Kira-kira 20 minit kemudian, Irdina dan adiknya sampai di rumah mereka.

"Eh, siapa pula datang ni? Macam orang tak kenal je. Tak pernah nampak pun kereta ni. Nombor plat 'J' pula tu." Ujar Inara. 

Sebaik sahaja enjin kereta dimatikan, terus Inara melompat keluar. Irdina hanya menggeleng kepala.

"Tak menyempat.." Desis hati Irdina. 

Kedua-dua belah tangan Irdina membimbit barang-barang dapur yang dibeli di Pasaraya Billion tadi.

"Dik, kau ni naik tak tolong pun akak bawak naik barang-barang ni. Berat tau tak...."

"Assalamualaikum, Dina. Ingat saya lagi??"



Previous: Bab 16
Next: Bab 18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Melissa Lee