Home Novel Cinta CINTA KAU DAN AKU
Bab 3

"OK, hari ni kita akan membuat ulangkaji Tajuk Ungkapan dan Persamaan Kuadratik yang pernah korang belajar masa Form 4. Sebelum tu nak tanya siapa yang ingat ni bab ke berapa?"

Irdina menyoal santai. Hari tu merupakan kali kedua tusyen diadakan di rumahnya. Mimi, Syafikah, Irfan dan Farhan yang beria-ria minta diadakan tusyen untuk mereka. Walaupun ia tusyen yang berbayar, kadar bayaran yang Irdina kenakan agak rendah. Dia lebih kepada menggunakan duit bayaran itu untuk kos fotostat bahan-bahan.

"Bab...2 kot."

Farhan bersuara selamba.

"Betul..pandai juga awak ni ek. OK jom kita mulakan. Cikgu akan bahagikan latihan ni dulu. Oleh sebab namanya pun ulangkaji maka korang kena lah buat dulu. Lepas tu baru boleh bincang. Betul tak?"

Mimi dan Syafikah mengerutkan dahi. Sebenarnya mereka berdua sudah tak ingat langsung cara-cara menyelesaikan soalan-soalan tersebut.

"Cikgu..ajarlah sikit dulu..kami blur langsung ni." 

Syafikah bersuara. Terpaksa mengakui kelemahan dirinya sendiri.

"Serius la korang tak ingat langsung?" 

Tiba-tiba si Farhan menyampuk. Syafikah dan Mimi menggeleng.

"Kami ni memang terkenal dengan kebodohan dalam subjek ni kalau kau nak tahu. Bukan pasal Cikgu Irdina ajar tak bagus tapi otak kami yang lembab."

Mimi pula menyampuk. Irdina menarik nafas panjang. Dia tahu cabaran begini memang akan dihadapinya memandangkan boleh dikatakan hampir semua pelajar kelas 5TI memang lemah Matematik.

Tambahan lagi semua pelajar berbangsa Melayu. Selalunya kalau kelas belakang sekali pun, jika ada pelajar Cina atau India kebiasaannya mereka masih mampu untuk sekurang-kurangnya lulus kecuali mereka sendiri yang langsung tak mahu dan akhirnya tidak lulus semasa SPM.

"OK, baiklah. Sebelum cikgu ajar semula cikgu nak cakap ni. Kita kalau nak sesuatu kena usaha kan. Macam korang nak tackle crush korang tu..usaha kan."

"Mestilah cikgu kami usaha, dah minat kan." 

Si Irfan menyampuk. Sebenarnya dia dari tahun lepas lagi meminati si Mimi yang putih melepak itu. Cuma si Mimi sahaja buat tak layan.

"Tahu pun awak. Jadi untuk dapatkan sesuatu, first kena minat dulu, then kena usaha. Math ni kena practice. Kena banyak buat latihan. Kat rumah ada buku soalan tak?"

"Saya ada cikgu...banyak...yang kakak-kakak saya punya. Boleh je kan guna semula. Kakak saya kata masih boleh."

Farhan teringat banyak buku-buku soalan dan rujukan kakak-kakaknya yang disusun di rak buku di rumahnya. Dia akan ambil nanti.

"Ya, boleh je."

"Cikgu, saya tak de sebab saya yang sulung." Ujar Mimi.

"Saya pun tak de cikgu." 

Syafikah pula menambah.

"OK, baiklah macam ni. Setuju tak kalau cikgu tolong belikan untuk korang. Nanti boleh gunakan buku tu masa datang rumah cikgu. Korang jangan risau, dari segi kos cikgu ambil dari bayaran tusyen yang akan korang bayar nanti. Kiranya cikgu dahulukan dengan duit cikgu."

"OK, saya setuju cikgu."

Irdina mula menunjukkan cara kerja di papan putih yang dilekatkan di dinding rumah sewanya. Irdina memang sengaja memberikan 2 soalan yang ringkas dahulu. Selepas mereka sudah berjaya menguasai soalan yang senang, barulah mula menyelesaikan soalan yang tahap seterusnya.

Dua jam sudah berlalu, nampaknya mereka berempat sudah berjaya menguasai soalan yang tahap sukar atau senang kata standard SPM. Irdina menarik nafas kelegaan.

"Alhamdulillah, cikgu nampak ada improvement. Tapi cikgu nak walaupun macam dah boleh buat tajuk ni, perlu buat latihan lagi. Supaya tak lupa. Lagipun tajuk ni antara tajuk yang korang sepatutnya kena score. Ada beberapa tajuk lagi yang kita akan ulangkaji lain kali. Tak boleh buat banyak tajuk dalam satu hari, nanti kamu stress. Hari ni kita buat tajuk ni je OK?"

"Cikgu...saya sukalah belajar dengan cikgu. Cikgu ni baik hati, tak suka marah-marah, penyabar, cakap pun baik aje tak macam sesetengah cikgu lain tu.."

Farhan bersuara setelah meneguk air Oren yang dihidangkan Cikgu Dina. Fuh, rasa dahaga sangat-sangat selepas bertungkus-lumus menyelesaikan soalan Matematik.

"Betul tu cikgu. Kalaulah semua guru macam cikgu ni rasanya semua pelajar akan dapat seronok belajar."

"Alah, cikgu-cikgu lain pun OK je sebenarnya cuma yelah setiap orang ada cara masing-masing kan. Kita mana boleh compare, tak baik. Macam kalau orang compare kan korang dengan budak-budak aliran Sains Tulen korang rasa camana? Tak suka kan.."

Irdina kurang gemar anak-anak didiknya membanding-bandingkan guru ini begitu, guru ini begini. Dia selalu mengingatkan mereka agar bersyukur dan menerima guru-guru dengan baik.

"Cikgu..cikgu ni single lagi kan.."

Ehh, tiba-tiba pulak si Farhan ni. Semua mata memandang Farhan. Dia tersipu-sipu.

"Kau ni Paan..tak habis-habis nak try cikgu. Tu Pikah yang solo lagi tu kau tak mahu ke?"

Biasalah budak-budak remaja sebegini, hal akademik cepat bosan, cuba kalau topik cinta, crush berjam-jam pun tak terasa. Alah, kau dulu pun sama juga, Melissa!

"Cikgu single..but not available."

"Are you waiting for someone teacher? Ceh wahhh, tengok..aku speaking English OK?"

Farhan ketawa terbahak-bahak. Irdina senyum sahaja. Lucu budak Farhan ni. Suka bergurau, tetapi kenapa rakan-rakan guru tidak menyenanginya?

"Cikgu tunggu Putera dari kayangan. Sibuk jelah awak ni.. Dah tak payah fikir sangat soal cintan cintun ni, tahun ni nak SPM. Ingat tu!" 

Tiba-tiba Irdina menegaskan sedikit suaranya.

"Saya tak ada awek cikgu, malas nak fikir. Saya memang fikir SPM je." Irfan pula menyampuk.

"Mimi dan Syafikah pula camana? Bukan lah cikgu larang terus. Boleh ada tapi sebaik-baiknya orang tu student juga dan pastikan yang lebih pandai dari korang supaya boleh study group ke. Kalau yang macam tu tak apa."

Irdina teringat semasa di sekolah menengah dulu, dia ada seorang kawan lelaki bernama Mael serta beberapa rakan yang lain kerap belajar berkumpulan terutamanya semasa Tingkatan 3 dan Tingkatan 5. Mael yang lebih pandai dari Irdina terutama subjek kira mengira memang 'berguna' untuk Irdina. Alhamdulillah mereka berjaya menyambung pelajaran ke matrikulasi.

"Cikgu, kita dah habis kan ni. Kami nak balik dah ni. Mak saya dah mesej ni, suruh balik makan sebab nanti petang kena jaga adik, mak nak gi kerja." Mimi bersuara.

Secara automatik segala tentang Mael melayang entah ke mana.

"Dah. Dah habis dah. Dah 2 jam dah pun."

"Cikgu, saya dan Mimi pergi dulu ya. Hari ni kami jalan kaki je. Rumah pun bukan jauh sangat."

"OK. Ni Farhan dan Irfan camana?"

"Cikgu, ada kereta depan rumah cikgu ni. Siapa?"

Mimi dan Syafikah yang sudah berada di halaman rumah bersuara. Irdina mengerut dahi. Siapa pula?


Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Melissa Lee