Home Novel Cinta CINTA KAU DAN AKU
Bab 4

"Assalamualaikum Pak Lang,"

"Waalaikumussalam."

Farhan mencium tangan bapa saudaranya yang merupakan seorang pensyarah di UTM, Skudai. Bapa saudara yang dikaguminya, yang bertindak sebagai pengganti arwah bapa Farhan. Adik arwah bapa Farhan yang berpelajaran tinggi, tegas namun baik hati. Pernah berkahwin 3 tahun lepas namun bertahan hanya 3 bulan sahaja. Faktor penceraian? Tidak pula diketahui, Farhan malas masuk campur urusan orang dewasa

"Pak Lang pergi rumah kamu tadi. Pintu tertutup, Pak Lang call mama kamu, dia kata dia tengah shopping kat bandar. Dia mintak Pak Lang ambik kamu kat rumah cikgu kamu. Mama kamu yang bagi alamat rumah cikgu tu."

"Alah, mama pergi bandar ke? Mama ni selalu tinggalkan Paan la. Tak boleh ke tunggu kejab."

Farhan merungut. Telefon bimbit di tangannya ditekan-tekan tanpa hala tuju. Merajuklah tu..

"Tak payah nak merajuk sangat lah. Pak Lang pun boleh bawa Paan. Cakap je nak pergi mana."

"Seriously Pak Lang? Pak Lang tak sibuk ke hari ni? Selalu tak macam ni pun. Kalau Paan nak ajak pergi Jusco Tebrau boleh ke? Nak cari buku soalan."

Farhan buat aksi manja. Maklumlah nak bermanja dengan ayah, ayah dah tak ada.

"Alah, ingatkan jauh sangat..Jusco je? Kacang lah..ehh..Pak Lang nak tanya sikit ni. Dari tadi lagi nak tanya pastu tak ingat sebab sibuk pujuk kamu merajuk tadi."

Dia cuba mengingati semula seraut wajah cikgu Matematik Farhan yang berdiri di muka pintu dan melambaikan tangan kepada Farhan sehingga anak saudaranya itu masuk ke dalam perut kereta.

"Nak tanya apa Pak Lang?"

"Siapa nama cikgu kamu tadi? Pak Lang macam pernah nampak je.."

"Cikgu Dina.." 

Brek kaki ditekan tiba-tiba hingga Farhan hampir tersembam ke dashboard kereta Vios hitam itu.

"Pak Lang..kenapa ni? Sakit la.."

Farhan menggosok lengannya yang terhantuk sedikit. Hairan tiba-tiba sahaja Pak Lang menekan brek sedangkan tiada apa halangan di hadapan. Pak Lang memberi isyarat ke kiri dan menarik brek tangan kereta.

"Irdina Zahra binti Razlan. Tu kah nama penuh dia?" Tanya Pak Lang terburu-buru.

"Ya Pak Lang. Aik camana sampai ke nama penuh cikgu Paan Pak Lang tahu??"


Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Melissa Lee