Home Novel Cinta CINTA KAU DAN AKU
Bab 21

'Assalamualaikum, sihat ke?'

Walaupun berasa takut-takut, Hariz cuba juga untuk menghantar mesej menerusi WhatsApp kepada Irdina setelah 3 hari kejadian di rumah gadis itu. Setelah 2 hari berada di rumah adiknya, Hariz kembali semula ke Johor. Dia cuma mengambil cuti satu hari sahaja iaitu hari Ahad memandangkan hari Jumaat dan Sabtu dia sememangnya cuti.

              'Waalaikumussalam. Sihat macam biasa je. Awak tu sihat ke?'

Hariz berasa lega apabila Irdina membalas mesejnya. Mungkinkah identitinya belum terbongkar?

              'Alhamdulillah, saya sihat. Awak masih kat kampung ke?'

             'Ya, tapi lagi 2 hari saya balik Johor.'

Seketika kedua-dua mereka diam. Barangkali kehabisan idea untuk bertanya. Hampir 10 minit kemudian, tiba-tiba telefon bimbit Hariz berbunyi semula.

           'Boleh tak kalau saya nak jumpa awak?'

          'Aik, kenapa tiba-tiba je?'

         'Bukan tiba-tiba kot sebab kalau tak silap saya dah 6 bulan macam ni. Awak kata, awak kenal saya tapi saya tak kenal awak. Tak adil untuk saya kan.

Hariz diam seketika. Dia cuba mengingat kembali. Rasanya macam pernah dengar ayat tu. Bukan kah itu ayat dia dulu? Semasa Irdina menjadi secret admirer nya? Adakah Irdina masih ingat kisah yang dulu-dulu?

           'Awak pun sama macam yang lain ke? Pandang rupa?'

Hariz sebenarnya tidak tahu untuk membalas apa, sekadar apa yang terlintas di fikirannya saat itu sahaja.

          'Bukan. Saya sekadar nak kenal je. Lagipun apa salahnya berkawan je kalau muka macam jamban tak siap pun..gurau je..ciptaan Allah semua cantik dan kacak kan..'

Hariz senyum sendiri. Dina, kau pun tahu, muka aku ni memang kacak dari dulu lagi. Kalau tak, tak kan kau pernah gilakan aku dulu...

          'Saya boleh jumpa awak, tapi ada 1 syarat.'

         'Apa syaratnya?'

         'Syaratnya, bila awak tengok wajah saya, awak jangan lari. Walaupun awak tak berkenan dengan rupa saya masa tu, awak tak boleh lari.'

        'Luculah, kenapa pula saya nak lari?'

       'OK, awak dah janji. Kalau awak mungkiri, dosa awak tanggung.'

       'Baiklah Encik Secret Admirer, saya janji! Tapi dari segi masa dan tempat, saya yang tentukan. Boleh kan?'

         'Boleh asalkan masa tu saya cuti dan free.'

        'Sabtu, 2.30 petang. KFC Bukit Tiram. Tempat makan yang bahagian atas.'

        'Baiklah saya setuju.'

       'OK lah, saya nak tidur dulu. Mengantuk ni, letih siang tadi mengasuh anak saudara yang masih baby.'

       'Wow, it's good for you!'

      'Kenapa?'

      'Yelah, awak pun nanti bakal akan kahwin dan dapat anak. Baguslah kalau dah practice jaga budak.'

      'Kahwin? Tak kot. Malas nak fikir, bosanlah cakap pasal kahwin ni. OK lah, bye.'

     'Good night. Sweet dream and assalamualaikum.'

Hariz menunggu Irdina membalas namun telefon bimbit terus sahaja senyap. Tidak dapat dipastikan sama ada Irdina marah atau telah terlena. Adakah pintu hati Irdina telah tertutup untuk berkahwin?

Melalui cerita bapa Irdina, Irdina telah menolak hampir 7 pinangan orang sehingga bapanya menjadi takut dan risau. Takut ada di antara mereka yang berdendam dan melakukan hal yang tidak baik terhadap Irdina. Masih segar dalam ingatan Hariz apa yang dibualkan bersama bapa Irdina selama gadis itu pengsan.

"Pakcik, saya nak bercakap dengan pakcik sekejab boleh? Kat luar...dik, kau tunggu kat situ sekejab ya."

Harraz mengangguk seraya duduk semula di sofa. Meskipun tidak memahami apa yang sedang berlaku, namun dia akan bertanya dengan lanjut kemudian nanti.

"Pakcik, saya minta maaf sebab saya lah Irdina jadi macam tu."

"Tak apelah, tak payah risau. Nanti tak lama lagi dia sedarlah tu. Dia cuma terkejut sikit je."

"Selalu ke dia macam tu pakcik?

"Tak pernah lagi..."

"Mungkin dia tak sangka saya akan datang sini cari dia. Sebenarnya pakcik, saya dengan Irdina pernah berkawan baik masa kat U dulu. Tapi disebabkan masa tu saya nak tumpukan pada pelajaran, saya terpaksa tipu dia bahawa saya dah bertunang. Saya tahu dia kecewa, sebab lepas tu memang dia larikan diri dari saya."

Walaupun sedikit berat hati untuk bercerita, Hariz memilih untuk berterus-terang agar bapa Irdina tidak salah anggap kepadanya.

"Oh, begitu ceritanya. Pakcik ni tak berapa tahu tentang dia masa kat U dulu. Lagipun, urusan peribadi dia tak cerita pada pakcik. Mungkin kakaknya tahu kot sebab dulu dia rapat dengan kakaknya."

"Dia memang tak cerita kepada pakcik dan makcik ya? Ada tak nampak dia macam orang sasau ke atau orang yang kecewa ke?"

Hariz cuba mengorek cerita walaupun tak banyak yang dia tahu daripada bapa Irdina.

"Seingat-ingat pakcik lah, dulu-dulu macam ada. Tapi dia jenis yang tak kongsi masalah dia dengan pakcik atau makcik. Biasanya dia kongsi dengan adik beradik dia je. Tapi pakcik pelik juga, sebab dia tolak lamaran orang. Ada juga kalangan kawan-kawan lelaki dia yang masuk meminang. Bila ditanya, dia cakap malas nak kahwin. Pakcik risau juga sebab dia dah masuk 30 tahun."

"Boleh tak kalau saya nak kahwin dengan anak pakcik?"


Previous: Bab 20
Next: Bab 22

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Melissa Lee