Home Novel Cinta CINTA KAU DAN AKU
Bab 13

 "Assalamualaikum Cikgu, boleh saya duduk sini sekejab? Ada soalan saya nak tanya cikgu ni."

Saat Irdina menoleh, Farhan sudah menarik kerusi milik Azie yang berada di sebelah meja Irdina. Irdina pandang kiri dan kanan, kosong. Agaknya semua rakan-rakannya sudah masuk kelas. Dia pula free masa ke-7 dan ke-8.

"Waktu apa sekarang ni? Kenapa awak bukan berada dalam kelas?"

Irdina mengerutkan dahinya. Kadangkala dia kurang gemar dengan sikap Farhan yang suka mencarinya di bilik guru. Irdina bimbang ada guru-guru lain yang memandang serong kepada mereka berdua sedangkan dia tidak pernah menyimpan perasaan terhadap remaja itu.

"Tadi waktu Pendidikan Sivik. Cikgu tak ajar pun, dia duduk je. Jadi saya minta izin dari dia untuk jumpa cikgu. Saya nak tanya soalan Matematik ni. Boleh tak? Atau saya mengganggu cikgu?"

"Ermm..tak..tapi tak boleh lama tau. Paling lama, 10 minit je. Lepas tu cikgu nak pergi fotostat bahan, nak pergi pejabat sekejab. Pukul 11.50 nanti, cikgu ada kelas." 

"Sure teacher. 10 minutes only. I promise!"

"OK, mana soalannya?"

"Malam tadi saya buat ulangkaji tajuk ni tapi tak berapa faham. Maaf, saya akui tahun lepas masa kat sekolah lama saya memang tidur.."

"Ermm..tajuk ni..tajuk ni sebenarnya ada dua perkara yang awak perlu faham. Pertama Sudut Dongakan dan yang kedua ialah Sudut Tunduk. Sudut Dongakan ni......"

Hampir 10 minit menerangkan tentang kedua-dua jenis sudut itu dan juga contoh soalan berbentuk SPM, barulah Farhan mengakui bahawa dia faham dengan jelas. Irdina mengucapkan syukur di dalam hati.

"Cikgu, thanks sebab ajar saya tanpa jemu. Satu lagi nak tanya, esok cikgu balik kampung ke? Yelah, hari ni kan last day  kita bersekolah, nanti cuti seminggu." 

Farhan cuba merenung sepasang mata coklat milik Irdina. Cantik! Irdina cepat-cepat mengalihkan pandangannya ke tempat lain.

"Ya, cikgu balik pagi esok."

"Saya akan rindukan cikgu nanti.." ucap Farhan selamba. 

Irdina tersentak. Sejak akhir-akhir ini dia mulai perasan perhatian yang diberi Farhan terhadapnya semakin ketara.

"Cikgu pun akan rindukan kalian. Awak dan semua rakan-rakan 5TI. Tapi cuti kita seminggu sahaja. Lepas seminggu nanti, akan muak semula pandang muka dan dengar suara dan bebelan cikgu kan."

"Saya tak pernah muak apatah lagi menyampah. Semua yang cikgu buat dan beri pada saya dan rakan-rakan adalah yang terbaik setakat ini. Cikgu adalah guru yang terbaik yang pernah saya ada."

Irdina tersenyum. Sedikit bangga. Walaupun begitu, dia tidak mahu mempercayainya 100%. Ada juga spesies pelajar yang suka memuji guru apabila berdepan dengan guru mereka tetapi di belakang pula mereka akan mengeji.

"Cikgu kena pergi sekarang. Nanti tak sempat pula cikgu nak settle kan hal cikgu. Apa-apa kalau awak ada nak tanya ke, awak WhatsApp cikgu sahaja ya. Bye, assalamualaikum."

"Waalaikumussalam..sayang.." 

Farhan hanya menjawab dalam hati. Dia melihat Cikgu Dina yang tergopoh-gapah keluar dari bilik guru.


Previous: Bab 12
Next: Bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Melissa Lee