Home Novel Cinta CINTA KAU DAN AKU
Bab 46

"Cikgu, halalkan segala ilmu yang pernah cikgu beri pada kami. Doakan kami dapat menjawab SPM dengan baik."

Irfan, Syafikah, Mimi dan Farhan mencari Irdina di bilik guru ketika selesai Majlis Restu Ilmu di kantin sekolah. Ada sebab kenapa Irdina tidak dapat menghadiri majlis itu. Perutnya cramp seperti mahu datang bulan. Pagi tadi pun Irdina bertahan sahaja hadir ke sekolah meskipun perutnya rasa senak.

"Cikgu tak larat nak turun bawah tadi. Perut sakit," ujar Irdina jujur.

"Kesian cikgu. Nak P***** ek..." duga Mimi. Irdina senyum sahaja.

"Cikgu jangan lupa doakan saya supaya dapat A tau Math. Saya nak paling kurang pun A-." 

Farhan bersuara. Dia tidak mahu C atau B.

"Cikgu dah selalu doakan korang. Bukan korang je, semua pelajar cikgu. Selebihnya atas usaha dan doa korang sendiri."

"Terima kasih cikgu."

"Sama-sama."

"Cikgu, kami balik dulu ya. Takut tertinggal van." Pikah menyampuk.

"OK."

Syafikah dan Mimi mencapai tangan Melissa dan menciumnya.

"Kami pun balik dulu cikgu. Nanti saya whatsApp cikgu ya.."

Farhan juga meminta diri dengan sopan. Irdina hanya senyum tawar dan mengangguk. Setelah mereka berlalu, Irdina menggosok perutnya. Dia hanya mampu breakfast sahaja pagi tadi. Selalunya dia akan makan tengahari juga sedikit di sekolah tapi hari itu, seleranya terbantut disebabkan rasa cramp itu.

"Hari ni tak boleh stay back. Pukul 1.30 terus 'cau'." Hati kecilnya berkata-kata.



Sesampainya di rumah, Irdina terus naik ke biliknya. Dia mencari Tiger Balm dan menyapu di perutnya. Lega sedikit. Dia baring di katil miliknya.

                    'Assalamualaikum sayang. Buat ape tu..'

Baru sahaja baring, dia mendapat mesej dari Hariz.

                   'Baru sampai rumah.'

                  'Awal sampai rumah..untung la..kita ni lambat lagi balik.. tapi bukan ke awal selalunya balik pukul 2 lebih ke?'

                   'Nak rehat.'

                  'Awak sakit ape? Tak bagitahu saya pun.'

                 'Simptom pra haid.'

                'Haha..lucu awak ni. Ayat skema betul, nasib baiklah saya ni faham. Sakit sangat ke tu? Perlukan pain killer ke?'

                'Tak payahlah. Saya tak ajar makan pain killer kalau sakit yang ni. Saya sapu Tiger Balm. Insyaallah OK kot.'

               'Kalau awak perlukan apa-apa, let me know. I try my best only for you sayang.'

                'Tengoklah nanti..OK lah, saya nak rehat.'

               'Take care sayang.'

Irdina terlena sehinggalah hampir pukul 3 petang. Sebaik sahaja tersedar, dia terpinga-pinga dan kelam kabut ke bilik air kerana belum menunaikan solat Zohor. Namun, seketika kemudian, dia keluar semula dari bilik air. Nampaknya, dia tak perlu solat bermula hari ni!! 



Previous: Bab 45
Next: Bab 47

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Melissa Lee