Home Novel Cinta CINTA KAU DAN AKU
Bab 15

Kira-kira pukul 1.15 petang, Irdina tiba di Pekan, Pahang. Dia membelokkan keretanya ke stesen minyak Petronas yang berada di sebelah kiri jalan. Dia mengisi petrol dan kemudiannya memarkir kereta Myvi nya di tempat yang dikhaskan. Dia mencapai telekung solat yang telah diletakkan dalam sebuah beg kecil.

Setelah menjamak dan qasar solat Zohor dan Asar, Irdina bersandar seketika di dinding surau. Ada 2 orang perempuan yang sedang solat. Telefon bimbit yang berada di dalam beg tangan dicapainya. Ada 4 mesej yang masuk menerusi WhatsApp. Dari Group Family, dari Farhan, Encik Secret Admire dan juga Ameer.

             'Kakak, kau kat mana ni? Mak tanya..'

Adik Irdina, Inara menghantar mesej di Group Family.

           'Baru sampai Pekan. Berhenti isi minyak, solat dan nak makan.'

Irdina membuka pula mesej dari Farhan.

          'Cikgu, drive carefully. Don't forget me OK!'

Mesej dari Farhan. Pantas Irdina membalasnya.

          'Thank you. Jangan lupa study walaupun cuti.'

          'Hati-hati ya. Saya pun baru gerak juga. Nak balik kampung juga.'- Encik Secret Admirer.

Irdina mencebik. Konon, nak ikut dia balik kampung. Tak ada maknanya lah. Buang masa. Kenal pun tak, konon nak ikut balik kampung. Lelaki dan penipuan memang tidak boleh dipisahkan, bebel Irdina dalam hati. Kemudian dia memasukkan semula telefon bimbit ke dalam beg tangannya. Dicapainya bedak compact mini size yang selalu dibawanya ke mana sahaja.

Setelah menyapu bedak dengan ringkas, Irdina bergegas keluar dari surau dan berjalan kaki ke kereta untuk meletakkan telekung solat. Jarak medan selera yang tidak jauh dari situ menyebabkan dia hanya berjalan kaki sahaja untuk ke situ. Dia hanya menjamah suku nasi dan Ikan Patin masak lemak tempoyak dan sedikit sayur goreng.

Irdina tiba di kampungnya lebih kurang pukul 7.45 malam. Bergegas dia mengambil wuduk dan solat Maghrib. Setelah itu, dia terlena di atas sejadah. Kira-kira pukul 11 malam barulah dia tersedar semula. Ketika itu ahli keluarga ada yang sudah tidur, ada juga yang masih menonton televisyen. Perut terasa lapar pula. Irdina membuka pintu bilik dan turun ke dapur.

Nasibnya agak baik kerana dia menemui roti berinti kacang merah di atas meja makan. Bolehlah sekadar untuk alas perut, fikirnya. Setelah selesai, dia ke bilik air untuk mandi. Lambatnya dia mandi dan makan hari ini. Aduhai, badan terasa penat sangat memandu seorang diri. Bila lah dapat merasa duduk je di kerusi penumpang dan ada yang tolong pandu kereta..Irdina senyum sendiri.

Usai mandi dan solat Isyak, Irdina baring di tilam dalam bilik kakaknya. Telefon bimbit yang dibiarkan sahaja tadi dicapai. Ada 2 mesej di WhatsApp. Tentulah dari Farhan dan Encik Secret Admire.

              'Cikgu dah sampai ke tu? Saya risaukan cikgu.'- Farhan.

              'Alhamdulillah dah. Tak perlu risau, cikgu dah biasa.'- Irdina.

             'Awak dah ada kat mana? Dah sampai ke belum?'-Encik Secret Admire.

Irdina melihat masa yang dihantar ialah pada pukul 8 malam. OK..masa tu aku tengah membuta..dia mengambil keputusan untuk membalasnya.

            'Dah sampai pukul 7.45 tadi. Lepas solat Maghrib, saya tertidur. Penat sangat. Tersedar semula dah pukul 11. Mandi, solat dan sekarang tengah rehat semula..'

           'Alhamdulillah, awak selamat. Risau juga saya sebab awak drive seorang diri. Mak ayah awak sihat? Adik beradik semua balik ke?'

           'Saya dah biasa drive sorang. Mak ayah saya sihat. Abang dan kakak saya tak dapat balik. Yang ada cuma adik-adik aje. Awak dah sampai ke kampung awak?'

          'Dah. Pukul 7 tadi.'

          'Kampung awak kat mana?'

          'Nanti awak akan tahu. OKlah, kita pun tentu letih kan. Esok nanti saya akan hubungi awak semula. Assalamualaikum awak yang manis..'

          'Ishh..apa pulak? Mana ada manis..'

         'Awak sentiasa manis di mata saya..'

          'Alahai, awak ingat saya akan cair ke dengan pickup line awak tu. Saya dah 30 tahun kot, bukan 20an lagi. Orang umur macam saya ni kena usaha cara lain kalau nak ngorat OK?'

         'Baiklah, saya akan cuba ngorat cara orang 30an. Awak jangan terkejut sudahlah nanti ya...'



Previous: Bab 14
Next: Bab 16

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Melissa Lee