Home Novel Cinta CINTA KAU DAN AKU
Bab 41

"Eh, kita nak ke mana ni? Bukan ke awak kata tadi, awak nak hantar saya balik?

Irdina rasa gelisah, jalan yang dilalui Ameer sekarang, bukan jalan balik ke rumah sewanya. Irdina tahu jalan ini menuju ke mana, kerana dia pernah lalu tempat tersebut. Hutan! Ya, jalan ini menuju ke sebuah hutan kecil.

"Kenapa awak belok jalan ni? Patut tadi kita jalan terus kan. Eh, awak kenapa awak diam, saya tanya ni!"

Irdina melontarkan soalan dengan kasar. Dia dapat merasai bahaya yang sedang menunggunya. Ya, Allah selamatkan aku! Ya Allah, aku silap kerana bersetuju mengikut lelaki ini keluar. Kenapa tergamak dia memperlakukan aku sebegini?

"Awak nak buat ape ni Ameer?"

Sebaik sahaja mematikan enjin kereta, Ameer memegang tangan Irdina. Irdina menepis kasar.

"Kau nak apa ni setan? Sanggup kau buat aku macam ni kan. Aku sanggup beranikan diri keluar dengan kau sebab kau cakap ada perkara penting, tapi ini balasan kau?"

Irdina tidak mampu lagi ber 'awak' 'saya' dengan Ameer. Badannya menggigil. Otaknya ligat berfikir cara untuk melepaskan diri dari situasi tersebut. Tangan kirinya membuka pintu kereta di sebelahnya. Nasib baik tidak berkunci. Dia berjaya keluar namun Ameer berjaya mengejarnya pula.

"Mana awak nak lari ni? Awak ingat awak boleh larikan diri dari saya? Dah lama saya geram dan sakit hati dengan awak. Awak tahu tak? Ke sini!!"

Ameer menarik lengan Irdina ke pintu kereta dengan kuat. Dia cuba merapatkn dirinya ke badan Irdina.

"Sakitlah awak...tolonglah jangan macam ni..saya merayu dengan awak, jangan buat saya macam ni. Awak sedar tak apa yang awak buat ni, takkan ubah apa-apa bahkan saya akan lebih benci awak."

Irdina merayu. Air mata mengalir di pipinya. Apalah malang sangat nasibnya malam itu. Menyesal tak sudah dia kerana setuju keluar dengan Ameer.

"OK, saya tak nak paksa awak, mari kita lakukan dengan suka sama suka. Tanpa paksaan. Kan lebih seronok. Saya nak cuba jer.." bisik Ameer rapat ke telinga Irdina.

"Tolonglah...saya tahu awak bukan orang jahat sebenarnya. Tolong jangan macam ni..please saya mohon sangat-sangat!"

Tangisan Irdina semakin kuat. Dia meronta-ronta minta dilepaskan. Sesekali kakinya menyepak perut Ameer. Namun, apalah daya tenaga perempuannya tidak berdaya melawan tenaga lelaki itu.

Ameer tiba-tiba meleraikan pegangannya. Irdina mengusap lengannya. Berbekas!

"Saya ingatkan dengan saya buat macam ni, awak akan jadi milik saya. Tapi saya silap, awak tetap tak nak juga. Tak apalah, saya minta maaf sebab terkasar dengan awak tadi. Maafkan saya Dina."

Ameer menggenggam erat kedua belah tangan Irdina. Irdina masih teresak-esak. Ameer mengesat air mata Irdina. Tiba-tiba terbit rasa bersalah dihatinya. Jiwanya terusik melihat gadis yang dia sayangi itu lencun dengan tangisan.

Irdina hanya membiarkan Ameer mengesat air matanya. Dia tidak mampu melawan. Selebihnya, dia masih rasa takut jika tiba-tiba Ameer bertindak ganas semula.

"Hantar saya balik sekarang juga!"



Previous: Bab 40
Next: Bab 42

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Melissa Lee