Home Novel Cinta CINTA KAU DAN AKU
Bab 67

"Belajar sungguh-sungguh Paan, apa-apa masalah call mama tau."

Kak Zu memeluk anak lelakinya itu dengan erat. Dia tidak pernah berpisah lama dengan Farhan. Farhan memilih untuk menerima tawaran Diploma Pengurusan Perniagaan di UITM, Shah Alam. Bagaimanalah nanti Farhan meneruskan hidup sendirian tanpanya, fikir Zuraini.

"Kalau Paan segan nak cakap dengan mama, Paan boleh cakap dengan Pak Lang atau Mak Lang ya. Kami semua akan selalu ada di sisi Paan. Kalau ada apa-apa boleh call kami juga."

Giliran Hariz pula memeluk anak saudaranya itu. Farhan nampak sebak. Dia akan berjauhan dengan orang-orang tersayang mulai hari itu. Dia akan jauh dari keluarga dan rakan-rakan. 

"Pak Lang, jaga cikgu Paan baik-baik tau. Kalau Pak Lang sakitkan hati dia, siap Pak Lang. Paan curi dia semula," bisik Farhan ke telinga Hariz. 

"Insyaallah, i will do my best for her. Don't worry."

"Cikgu Dina aka Mak Lang, doakan Paan berjaya dekat sini ya. Jangan lupakan Paan walaupun cikgu aka Mak Lang dah ada Pak Lang..."

"Hishhh awak ni, tak mungkinlah Mak Lang nak lupakan awak. Kita pun dah jadi keluarga kan. Kalau rasa segan nak mengadu dekat mama ataupun Pak Lang, boleh je mengadu pada Mak Lang. Pak Lang tu tak kisah kan..kan abang.." Irdina menyiku Hariz di sebelahnya. 

"Ermm...boleh je tapi jangan lebih-lebih ek..."

Farhan senyum sedikit menyembunyikan rasa sebak yang tadi bertebaran. Dia perlu kuat atau sekurang-kurangnya menunjukkan dia kuat. Dia kan lelaki, mana boleh nangis-nangis.

Farhana mengucup tangan abangnya. Farhan mengusap-ngusap kepala adiknya.

"Lepas ni dah tak boleh nak gaduh dengan kau dik. Nanti kau duduk sorang teman mama."

Farhana ketawa kecil, melawan air mata yang gugur ketika itu. Benar kata abangnya, dia akan sunyi nanti. Tapi tak apa, dia akan temankan mama nya. 

"Sudahlah tu. Kita kena bagi masa Paan untuk rehat. Petang ni pukul 2 dia dah ada program," celah Hariz. Dia tidak mahu keluarganya terus larut dalam kesedihan sedangkan Farhan datang sejauh ini meninggalkan keluarga untuk menuntut ilmu.


Previous: Bab 66
Next: Bab 68

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Melissa Lee