Home Novel Cinta CINTA KAU DAN AKU
Bab 50

CUTI AKHIR TAHUN..

            'Bila nak berkumpul semua kat rumah mak ni? Aku dah sampai ni, baik korang balik cepat.'

Irdina mengugut adik beradiknya dalam group family.

            'Tengahari sikit aku sampai sis, aku nak kena uruskan makan minum laki aku ni.' 

Imani Balqis, adik Irdina yang beza 3 tahun membalasnya. Imani tinggal di Kok Lanas, suaminya seorang tentera. 

            'Petang ni kita keluar pergi jalan-jalan. Now, aku ada tusyen.'

Inara Darlena pula membalas.

           'Insyaallah, pagi esok sis gerak dari Kulim. Tunggu sis ya.'

Iman yang berada di Kedah turut membalas.

Adik beradik lelaki..Izham yang memilih untuk bekerja kampung, seawal 7.30 pagi sudah berdesup ke tempat kerjanya. Manakala Izzar pula yang baru selesai PMR beberapa bulan yang lepas, masih lagi bermalas-malasan di tilam nya. 

Tiba-tiba 1 mesej lain sampai. Dari Hariz! Irdina mencebik. Masih lagi dalam mood bergaduh dengan Hariz sebenarnya. Sudah seminggu berlalu sejak peristiwa dia berkelahi dengan Hariz di kedai makan. 

Masing-masing menunjukkan ego tapi ego Irdina lebih tinggi. Selepas dua hari, Hariz menghantar mesej menyatakan permohonan maafnya namun tidak di balas Irdina. Hanya bluetick sahaja yang diberi kepada lelaki itu.

Biarlah masa menentukannya. Irdina masih tidak mahu mengalah. Baginya itu bukan kesalahannya, kenapa perlu dia yang mengalah. Eh, memang Hariz sudah mengalah pun tapi biasalah ego Irdina masih tinggi. 

Irdina membaca sekali lagi mesej itu. Walaupun hatinya berbunga, tapi dia pura-pura merajuk lagi.

                   'Assalamualaikum Dina. Buat ape tu? Awak kat kampung kan sekarang ni. Malam tadi saya lalu depan rumah awak, gelap je. Kereta awak dan kawan awak tak ada, so saya agak tentu awak balik kampung. Sampai hati awak tak beritahu saya kan.' 

Eh, sibuklah pula mamat ni. Macam lah dia tu laki aku, kekasih pun bukan...

                   'Awak, nanti kirim salam dekat ayah dengan mak awak tau. Kalau Allah izinkan saya sampai lagi ke sana.'

Eleh, sibuk nak datang rumah orang. Orang tak ajak pun, malulah sikit. 

                   'Saya tahu awak sedang membaca mesej saya. Saya nak beritahu ni. Saya rindu awak sangat. Dah seminggu tak jumpa awak, sunyinya hidup saya..'

Poyolah kau mamat, 9 tahun, 10 tahun lepas tak ada pun nak rindu-rindu bagai. Alih-alih sekarang pulak nak rindu. Ingat aku nak percaya ke?

                   'Tak baik tau, simpan dendam dan benci lama-lama. Allah tak suka. Awak kan perempuan saya yang baik dan solehah..'

Solehah atok kau! Kalau kau nak cari yang solehah, bukan aku orangnya. Isk, geram pulak aku baca mesej dia ni! Irdina meletakkan telefon bimbit ke sisinya. Rasa macam nak baling ke dinding tapi rasa sayang pula. Karang tak pasal-pasal kena beli baru. Duit lagi!!


Previous: Bab 49
Next: Bab 51

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Melissa Lee