Home Novel Cinta CINTA KAU DAN AKU
Bab 10

Majlis menyambut menantu itu berlangsung dengan meriah. Ramai sanak saudara kedua-dua belah pihak yang hadir memeriahkan majlis. Tambahan pula, kedua-dua pihak mempunyai adik beradik yang ramai. Seperti biasa, setelah selesai majlis, pengantin biasanya akan turut sama menyinsing lengan membasuh periuk belanga.

Hariz menyuruh Liana masuk ke bilik untuk berehat dan dia akan menyelesaikan kerja-kerja itu. Lagipun dia masih berasa tidak selesa dengan Liana yang telah sah menjadi isterinya itu. Liana hanya menurut, barangkali juga malas bersoal jawab dengan Hariz.

Setelah selesai membasuh periuk belanga, Hariz menyertai adik beradiknya yang tengah rancak bersembang di beranda. Pukul 11.30 malam, adiknya Hamdan yang duduk di sebelah rumah meminta diri untuk beredar. Tinggallah Hariz bersama adik lelaki bongsunya, Harraz baru sahaja menjadi anggota polis di Kelantan.

"Bang kau tak nak tidur lagi ke? Kak Yana mesti tengah tunggu tu." 

Harraz mengusik. Dia ketawa kecil. Hariz menjeling.

"Tak ngantuk lagi lah. Badan penat tapi mata tak mahu pejam lagi." 

Hariz meneguk air kopi pahit yang disediakan ibunya sejam yang lalu.

"Adik dah nak masuk ni. Penatlah, nak tidur. Esok nak bertolak balik Kelantan."

"Tak ape, kau pergilah masuk. Abang nak tengok bintang-bintang kat dada langit ni kejab." 

"Ikut abanglah. Selamat malam, jumpa esok."

10 minit termenung di beranda, barulah Hariz melangkah masuk. Barangkali semua sudah tidur kerana suasana sunyi sepi. Hanya yang kedengaran suara cengkerik sayup-sayup di belakang rumah. Melangkah masuk ke dalam bilik, kelihatan lampu bilik masih terpasang. Liana belum tidur lagi kah?

Hariz menarik nafas lega apabila melihat tubuh Liana yang berbaring di atas katil dan membelakanginya. Dia pasti Liana telah lena. Hariz mengambil bantal dan selimut dari almari. Dia baring di atas sofa dan membelakangkan Liana.

*********************************************************************************************

"Sampai bila kita nak hidup macam ni? Dah kahwin tapi tak macam dah kahwin. Dahlah 2 minggu sekali jumpa, masa jumpa pun tak macam suami isteri lain. Apa salah saya pada awak sampai awak buat macam saya tak wujud langsung? Kalau awak tak nak kat saya kenapa awak setuju masa mak awak suruh kahwin dengan saya?"

Kesabaran Liana sudah sampai ke kemuncak. Selama sebulan ini dia menahan amarahnya. Dari tempoh akad nikah sampailah sebulan mereka diijabkabulkan, Hariz tidak pernah menyentuhnya.

Usahkan berhubungan suami isteri, menyentuh tangannya pun Hariz tidak sudi. Sudahlah Hariz di Melaka dan dia di Batu Pahat, jumpanya hanya 2 minggu sekali sahaja. Kadangkala Liana merasakan ada hikmahnya berjauhan, jika tidak setiap hari dia akan makan hati dengan sikap Hariz terhadapnya.

"Saya minta maaf. Saya dah cuba tapi tak boleh." Ucap Hariz ringkas. Dia tahu dia kejam pada Liana namun apalah dayanya.

"Awak sepatutnya bagitahu mak awak yang awak tak suka saya. Tak nak kahwin dengan saya. Bila awak terima maksudnya awak kena layan saya seperti isteri awak, macam suami orang lain.."

"Saya tak sampai hati sebab setiap kali saya balik kampung, mak akan membebel suruh saya cepat-cepat kahwin. Saya ingat cinta boleh dipupuk selepas kahwin, rupanya saya silap...."

Kedengaran tangisan kecil Liana di telinga Hariz namun Hariz tidak mahu mempedulikannya. Dia berasa marah, kesal dengan tindakannya mengahwini Liana. Sepatutnya dia menolak dan memujuk emaknya supaya tidak pergi meminang Liana. Sekarang ni kedua-dua mereka terseksa dalam rumahtangga yang tiada langsung rasa cinta itu.

"Tak ada langsung ke perasaan awak terhadap saya? Apa kurangnya saya? Saya ada segala-galanya. Saya cantik, berpelajaran, menawan. Ramai yang nak kat saya tapi sebab saya fikir awak boleh jadi suami yang baik, saya terima pinangan mak awak tapi tak sangka awak buat macam ni pada saya." 

Tangisan Liana semakin lama semakin kuat.

"Saya tak sanggup sentuh awak, sebab saya tak cintakan awak."

"Awak sebenarnya ada orang lain ke? Atau...jangan cakap awak..."

Tangisan Liana terhenti. Dia memandang tajam Hariz. Mungkinkah lelaki yang pernah disukai dan dikaguminya pada zaman sekolah ini...gay?

"Sampai ke situ otak awak fikir. Saya masih ada pegangan agama. Saya tahu mana halal, mana haram." Ujar Hariz tegas.

"Kalau macam tu..awak ada orang lain dalam hati awak? Kenapa awak tak kahwin dengan dia? Mak tak suka ke? Atau?"

"Sebenarnya ya. Saya memang ada seseorang. Hati saya milik orang lain."

Liana mengeluh perlahan. Sampai hati Hariz melakukan dia sedemikian rupa.

"Jadi bagaimana pengakhiran kita? Sampai bila nak menipu orang? Kalau awak tak nak, awak lepaskan sahaja saya. Jangan gantung saya tak bertali. Saya pun ada hati dan perasaan juga."

"Saya tahu dan faham sebab bukan awak je yang terseksa...."

Hariz terdengar ketukan di pintu. Lamunannya terbang begitu sahaja. Muncul dari balik pintu ialah rakan serumahnya Amri.

"Riz, nak makan ke tak nak? Aku ada masak nasi goreng."

"Kau makanlah dulu, nanti kalau lapar aku makan. Nak rehat jap."

"OK. Makan tau, jangan tak makan pula."

"Baiklah. Sayang juga kau kat aku ya!"

"Tengkorak hang!"


Previous: Bab 9
Next: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Melissa Lee