Bab 15
BALKONI kondominium
yang berwarna putih menggamit Alex untuk ke situ. Tangannya memegang secawan
air kopi panas, aromanya melimpah ke ruang balkoni kondominium.
Mata
Alex asyik memandang panorama indah di malam hari, lampu-lampu neon
berselerakkan di mana-mana saja. Sungguh mendamaikan jiwa Alex yang runsing
sejak pagi tadi.
Semuanya
kerana Rania, gadis Melayu yang menarik hati lelakinya untuk didekati. Bagaikan
magnet, Alex sangat teruja untuk lebih mengenali Rania.
Hanya
beberapa jam lagi, Rania akan meninggalkan aku sendirian di bumi Korea. Macam
mana aku akan menghadapi hari-hari mendatang tanpa Rania di sisi! Alex memejamkan
matanya, seolah-olah tidak bersedia untuk menempuh saat itu.
Dia melabuhkan punggungnya di kerusi bulat yang sengaja diletakkan di situ. Ramai
teman-temannya memuji akan keselesaan balkoni yang dihias cantik lagi mewah.
Kakinya disilangkan. Alex bersandar perlahan.
Cawan
air kopi yang berbaki diletakkan di meja sisi. Tangan kanan Alex pantas
mengambil telefon pintar, dia mahu melihat foto Rania. Hampir setiap malam dia
akan menatap wajah ayu itu sehingga dia terlena sendirian.
Alex
cuba memikirkan perancangan untuk esok hari. Bagaimana untuk Rania memaafkan
dirinya dan menerima cinta tulus daripada seorang pemuda Korea.
Tiba-tiba
telefonnya berbunyi, nama Yoonah tertera di skrin telefon pintarnya.
“Hello,
oppa.. mari kita keluar sekejap. Kita berbual-bual di
kedai makanan semalam. Aku sunyi lah.” ujar Yoonah dengan suara yang manja.
“Aku
letih. Tak ada mood mahu keluar. Kau
ajak lelaki lain temankan.” balas Alex malas.
“Bukan
ke kau masih lagi gagal merebut cinta Rania?” teka Yoonah diiringi dengan
gelak-tawanya yang kuat.
“Apa
masalah kau ni? Sebut nama Rania pula malam-malam ni!” cantas Alex dengan nada
tinggi. Tangannya digenggam erat.
“Hahaha…
macam aku tidak boleh baca. Kau masih belum tidur sebab memikirkan strategi
untuk menawan hati Rania. Oh ya, esok Rania mahu pulang ke Malaysia kan?”
Yoonah masih ketawa lagi.
Ianya
menyakitkan hati lelaki Alex.
“Suka
hati kau lah mahu cakap apa. Kalau tidak ada perkara lain, aku mahu menamatkan
perbualan telefon ni.” gertak Alex dengan nada serius.
“Jangan
marah Alex. Aku hanya ingin menemani kau malam ini supaya jiwa mu tenang. Aku
setia menunggu di apartment.” Yoonah
berhenti ketawa. Dia mula bercakap lemah lembut kepada Alex.
“Kan
aku sudah beritahu sebelum ini, yang kita sudah tiada apa lagi perhubungan.
Ingat tu!” Alex menolak permintaan Yoonah yang tidak masuk akal.
“Itu
kata kau, tapi bagi aku kita masih lagi sepasang kekasih yang saling mencintai
dan memerlukan.” pujuk Yoonah dengan lenggok suara manja.
“Aku
malas mahu bergaduh dengan kau, Yoonah. Mood
aku tidak baik hari ni. Jangan ganggu aku!” jawab Alex dengan tegas.
Telinganya
sakit mendengar butiran daripada Yoonah yang muda 3 tahun darinya.
“Hahaha…
sebelum kau mahu menamatkan perbualan kita, aku mahu beritahu kau sesuatu yang
penting!” lagak Yoonah teruja.
“Rania
sendiri sudah tahu bahawa antara kita ada hubungan istimewa. Kau adalah kekasih
aku. Dan Rania mempercayai kata-kataku. Hahaha.. bye bye. Sweet dream, oppa.”
ucap Yoonah dengan rasa bangga.
Berdesing
telinga Alex mendengarnya. Bagaikan mahu ditumbuk wajah mulus Yoonah, geram
sangat!
Alex
termangu seketika. Hatinya panas. Dia mendengus kuat, hatinya sakit bila Yoonah
asyik memperlekehkan cintanya kepada Rania.
Yoonah
semakin dikenali semakin menakutkan diri Alex. Perempuan ini suka mengambil
kesempatan dan berlagak bagus. Menyampah pula aku dengan perangai Yoonah!
Patutlah
Rania buat endah tak endah sahaja dengan penjelasan aku, rupanya dia telah
dihasut oleh Yoonah sebelum ini. Aku mesti berbuat sesuatu untuk membetulkan
keadaan ini sebelum Rania terus menjauhi dan membenci aku.
Alex
terus memandang pemandangan malam dengan hati yang kosong!
RANIA
menadah tangan memohon ampun dan petunjuk daripada ALLAH supaya hidupnya
dirahmati dan urusannya pada hari ini dipermudahkan. Sebuah mini al-quran
segera diambil dari atas katil.
Diciumnya
dengan penuh kasih sayang, Rania mula membuka lembaran surah al-Waqiah.
Suaranya mula bergema di bilik itu, teman-teman yang lain masih asyik diulit
mimpi. Hatinya tenang dapat membaca ayat-ayat dari langit.
Pagi
ini dia bangun awal, hatinya mula teruja untuk pulang ke Kuala Lumpur bertemu
dengan ibu bapa, adik dan teman-teman yang lain.
“Awal
kamu bangun pagi ini?” suara Femil dari belakangnya membuatkan Rania terkejut.
Pantas
dia menoleh.
“Ya,
saya tidak sabar mahu pulang ke Kuala Lumpur!” jawab Rania dengan sebuah
senyuman manis.
Femil
bingkas bangun daripada perbaringannya. Dia mula menyanggul rambutnya yang agak
panjang.
“Iya?
Senang sekali aku mendengarnya. Hari esok kami akan meninggalkan Seoul, tak
sabar pula mahu ke Pulau Jeju.” ujar Femil sambil mengemas katilnya.
“Hari
ini kita akan berpisah. Bila lagi ya kita semua mahu berjumpa?” Rania membuka
telekung solat dengan cermat.
“Insya-ALLAH,
kita pasti ketemu nanti.” balas Femil. Dia terus menuju
ke toilet.
Rania
pula bersiap-siap untuk ke lobi
guesthouse untuk memanaskan stok nasi segera yang terakhir. Serunding
daging dan sambal goreng ikan bilis di bawa bersama. Satu sachet milo 3 in 1 turut di bawa sekali.
Tidak
sampai 5 minit, Rania sudah terpacak di lobi
guesthouse. Nampaknya dia orang yang pertama sampai ke situ. Pengunjung
yang lain tiada kelihatan.
TV
Plasma yang disediakan oleh pihak guesthouse
segera di on. Dengan cermat Rania
masukkan bekas nasi segera ke dalam microwave
yang berwarna hitam.
“Hello, morning!” suara lelaki membuatkan
Rania terkejut.
“Morning.”
jawab Rania sebaik sahaja melihat lelaki itu adalah staf guesthouse.
Lelaki
itu agak tergesa-gesa membancuh air kopi dan teh untuk pelanggan yang menginap
di situ. Tangan lelaki itu ligat mengemaskan bahagian lobi dengan cekap sekali. Sebentar kemudian, dia berlalu pergi
meninggalkan Rania seorang diri di situ.
Ting!
Bunyi
microwave menandakan nasi segera
sudah siap dipanaskan. Tempoh 2 minit sungguh cepat berlalu, air milo sudah
tersedia di atas meja. Rania dengan hati-hati membuka nasi segera yang masih
panas dengan kedua tangannya.
Nasi
itu masih berasap sebaik sahaja penutupnya di buka. Serunding dan sambal goreng
ikan bilis segera dimasukkan sekali ke dalam nasi putih itu. Aroma ketiga bahan
itu sungguh menyelerakan. Rania mula menikmati hidangan itu dengan penuh
kesyukuran.
Masih
ada setengah jam lagi untuk Rania bergerak dari guesthouse menuju ke Istana Gyeongbokgung.
Kedudukan guesthouse dengan
istana tidak jauh. Mata Rania tekun melihat rancangan drama Korea di channel
KBS.
Rania
merancang mahu ke istana, selepas itu kembali semua ke guesthouse untuk check-out
dan mengambil barang-barangnya. Kemudian baru menuju ke Incheon International Airport.
“Mr.
Alex! What are you doing here?”
perbualan di dalam drama Korea membuatkan hati Rania tersentak. Telinganya
sungguh cepat mendengar nama Alex.
Automatik
Rania teringat akan pesanan Alex! Rania mula gelisah, Alex memberinya masa
untuk berfikir dan memberi jawapan. Sedangkan dia masih kosong dengan sebarang
jawapan. Otaknya tidak boleh berfikir, dia sudah rindu dengan Malaysia tempat
lahirnya.
Aah!
Tidak boleh jadi ni, aku perlu cepat keluar dari sini. Tak pasal-pasal nanti
Alex muncul di lobi guesthouse. Mati
aku mahu menjawab! Rania segera berkemas dan membuang bekas nasi segera.
Suasana
masih awal pagi lagi, Rania memeluk tubuh badan dengan kedua tangannya.
Walaupun telah memakai long john
namun angin sejuk menyebabkan dia tetap berasa dingin. Rania menutup wajahnya
dengan scarf pemberian Alex. Wangian
minyak wangi Alex tetap terserlah. Harum dan mengasyikkan!
Jarum
jam tangan Rania tepat menunjukkan jam 8.20 pagi. Dia melihat ke kiri dan ke
kanan mencari sesuatu yang menarik perhatian matanya. Namun, hampa.
Mata
Rania ternampak sesuatu yang lain lagi menarik, papan tanda Sungai
Cheonggyecheon!. Tanpa membuang masa, Rania terus membuat keputusan untuk bersiar-siar
di sungai Cheonggyecheon yang hanya terletak 200 meter dari guesthouse.
“Wah,
cantiknya sungai ni!” teriak Rania seorang diri sebaik sahaja kakinya menjejak
laluan pejalan kaki sungai tersebut.
Dia
tersenyum lebar, tangannya didepakan lalu matanya dipejamkan. Rania seolah-olah
sedang terbang tinggi dengan tenang di tepi sungai Cheonggyecheon.
Beberapa
minit kemudian Rania membuka matanya. Air sungai yang mengalir jernih dipandang
lama. Walaupun sebelum ini sungai Cheonggyecheon adalah kotor kini 100 % telah
berubah wajah. Ada laluan khas untuk pejalan kaki dibina kiri dan kanan.
Sungai
sepanjang 6 kilometer ini mempunyai sejarahnya tersendiri, dahulunya dijadikan
tempat membuang sampah dan tempat penempatan kaum pendatang setelah berlakunya
Perang Korea (1950-1953). Namun, pada tahun 1970-an Cheonggyecheon menjadi
salah satu simbol ‘modernisasi’ Korea Selatan.
Sungai
Cheonggyecheon dipenuhi dengan tiang konkrit bagi projek pembangunan jalan
bertingkat. Maka ianya menyebabkan pencemaran yang teruk di situ.
Akhirnya
pada tahun 2003, datuk Bandar Seoul iaitu Lee Myung-bak telah melakukan
perubahan revolusioner. Beliau sendiri berhasrat untuk menjadikan bandar Seoul
sebagai mesra alam menjadi kenyataan.
“Alangkah
bagusnya jika sungai-sungai di ibu kota Malaysia sejernih dan bersih macam
sungai Cheonggyecheon ni.. pasti orang ramai suka. Pencemaran udara pun akan
berkurangan.” desis Rania sendirian.
Air
sungai yang jernih itu menjadi inspirasi kepada Rania supaya tidak ada yang
mustahil jika sesuatu yang buruk boleh berubah menjadi sesuatu lebih baik lagi
bermanfaat jika bertindak dengan sistematik.
Rania
tekun merakamkan pemandangan yang indah lagi mendamaikan sebagai
kenang-kenangan dan bukti transformasi sungai Cheonggyecheon.
“Rania!”
suara itu membuatkan Rania pantas menoleh ke belakang mencari siapa yang
memanggilnya.
Erk,
tiada orang pun! Rania mengarukan kepalanya. Betul ke telinga aku dengar tadi
atau aku yang terperasan?.
Sekali lagi Rania menoleh ke belakang, ke kiri
dan ke kanan namun tiada sesiapa yang memanggilnya. Hanya ada sepasang warga
Korea yang sedang berjalan menuju ke arah stesen subway.
Aku
ni banyak sangat berkhayal. Rania tersenyum sendiri. Punggungnya dilabuhkan di atas
laluan pejalan kaki di tepi sungai. Dia mengeluarkan bungkusan buah strawberi
segar yang baru dibeli sebentar tadi.
“Eemm..
sedapnya! Manis sungguh!” Rania teruja menikmati kesegaran buah strawberi yang
agak besar saiznya berbanding strawberi di Cameron Highlands, Malaysia.
Sambil
makan strawberi Rania menghiburkan hatinya dengan menyanyikan lagu kesukaannya.
Kakinya turut berayun mengikut rentak
nyanyian.
“Hai,
Rania!” suara wanita jelas kedengaran di cuping telinganya. Kali ini Rania mula
sangsi sama ada ianya benar atau khayalan dirinya sendiri.
“Rania,
kamu buat apa?” suara wanita itu berkata lagi.
Kali
ini Rania terus menoleh ke belakang.
Hah,
Yoonah? Biar betul apa yang dilihat ni. Di gosok matanya berulang kali, seolah
dia tidak bermimpi di siang hari.
“Kenapa
kamu terperanjat melihat saya?” Yoonah terus duduk di sisi Rania tanpa di
suruh. Bau minyak wangi yang dipakai oleh Yoonah tersebar di lubang hidungnya
yang mancung.
“Mengapa
kamu datang ke sini?” Rania menyoal dengan suara yang sedikit bergetar. Dia
terkejut melihat kelihat Yoonah.
“Cari
Rania. Saya tidak sempat mengucapkan selamat tinggal pada kamu hari itu.”
Yoonah memberikan penjelasan. Dia terus mengambil sebiji buah strawberi yang
dihulurkan oleh Rania. Terus dimasukkan ke dalam mulutnya yang comel.
“Ohh…
saya fikir ada perkara penting kamu mahu jumpa saya.” ujar Rania dengan
perasaan lega.
Buah
strawberi masih dikunyah perlahan-lahan. Matanya terus memandang ke arah
sungai.
“Flight kamu jam berapa?” soalan Yoonah
membuatkan Rania berpaling.
“Jam
8.00 malam.”
“Tidak
sampai 24 jam lagi kamu akan meninggalkan Seoul. Pasti kamu suka kan?” usik
Yoonah dengan senyuman manis.
Rania
hanya menganggukkan kepala.
“Iya,
saya rindukan Malaysia. Datanglah ke Malaysia, saya akan tunggu.” Pelawa Rania
kepada Yoonah yang hanya memakai skirt pendek walaupun cuaca agak sejuk di
waktu pagi begini.
Yoonah
tergelak kuat.
“Saya
akan datang ke Malaysia sekiranya Alex membawa saya ke sana. Oh ya, kalau boleh
saya mahu bawa ‘baby’ kami ke Malaysia.
Pasti seronok!” ujar Yoonah bersahaja.
Rania
terasa ada seketul batu yang seberat 5 kilogram menghempap kepalanya tanpa
sempat dielak. Dia bagai mahu pengsan di situ juga apabila mendengar perkataan
‘baby’ kami.
Betul
ke telinga aku mendengar perkataan ‘baby’ kami daripada mulut Rania. Aah..
benar-benar menyesakkan nafasku ketika ini. Sesak sekali seolah tidak boleh
bernafas!
“Mengapa
wajah kamu berubah macam mendengar berita buruk sahaja.” usik Yoonah.
Rania
tergamam. Saki-baki strawberi yang ada dalam mulutnya dikunyah perlahan. Rasa
manis terus berubah menjadi masam!
“Mengapa,
wajah saya pucat ke?” tanya Rania dengan soalan bodoh.
“Iya,
pucat sekali. Kamu tidak sihat ke?” ujar Yoonah seolah-olah prihatin lagi
mengambil berat akan dirinya.
“Eem…
saya tidak cukup tidur dan kurang rehat.” balas Rania lemah.
“Balik
Malaysia nanti kamu perlu ambil cuti dan berehat secukupnya.”
“Saya
tahu, kamu mesti terkejut bila saya katakan ‘baby’ kami. Sebenarnya Alex pun
tidak tahu lagi. Rania, kamu orang pertama yang saya beritahu. Kamu sangat
bertuah!” ujar Yoonah dengan senyuman lebar.
“Oh
iya ke? Tahniah Yoonah. Kamu bakal dapat title
‘mum’ tidak lama lagi. Saya turut gembira.”
Rania
berlagak seolah teruja mendengar berita itu. Kepalanya mula berdenyut-denyut.
“Saya
tidak sangka hamil, kami sudah tinggal bersama sejak tahun lepas untuk lebih
mengenali antara satu sama lain. Oh ya, kamu jangan beritahu Alex berita
gembira ini. Saya mahu buat surprise
kepada Alex semasa kami ada dinner
hujung minggu ini.” Yoonah galak bercerita akan hal kehamilannya.
Apa
aku ada kisah, Yoonah dan Alex bukan beragama Islam. Mungkin mereka terpengaruh
dengan budaya Barat yang mengamalkan bersekedudukan antara lelaki dan wanita sebelum
berkahwin.
Rania
mengeluh panjang.
“Sebentar
tadi saya mencari kamu di guesthouse,
namun saya tidak jumpa. Akhirnya kita bertemu di tepi sungai pula. Cantikkan
sungai ini, kami di Seoul sangat berbangga dengan transformasi sungai ini
daripada sungai yang paling teruk tercemar dan kotor bertukar menjadi sungai
yang bersih lagi jernih. Walaupun airnya tidak boleh diminum, namun pencemaran
udara dapat dikurangkan di Seoul. Menarik kan?” soal Yoonah kepada Rania yang
hanya memandang sepi sungai itu.
Rania
hilang fokus.
“Saya
sudah jarang ke sini sejak mula bekerja. Kadang-kadang saya dan Alex datang ke
sini untuk menyaksikan aktiviti kebudayaan yang diadakan. Sungai ini sebenarnya
ada 2 course perjalanan iaitu course 1 yang sepanjang 2.9 kilometer.
Sepanjang course 1 akan ada Cheonggyecheon
Stream Plaza - Gwangtonggyo Bridge - Samilgyo Bridge (Jongno, Insadong) -
Ogansugyo Bridge (Dongdaemun fashion town) - Saebyeokdari (Bridge of Dawn;
Gwangjang Market, Bangsan Market) - Supyogyo Bridge. Jika kamu berminat, ianya akan
mengambil masa sedikit untuk berjalan ke situ.” penjelasan Yoonah tidak menarik
langsung perhatian Rania yang sudah melayang ke tempat lain.
“Jika kamu mahu jalan lagi, untuk course 2 pula sepanjang 2.6 kilometer
dan ada Cheonggyecheon Stream Culture
Center - Gosanjagyo Bridge - Dumuldari Bridge - Malgeunnaedari Bridge -
Ogansugyo Bridge (Dongdaemun fashion town) kalau tidak silap saya. Aktiviti
kebudayaan atau keramaian yang berlangsung di sini, selalunya dihadiri ramai
pengunjung sama ada dalam atau luar negara. Kamu pasti tidak menyesal jika
turut serta.” Yoonah galak menyambung penjelasannya tentang peta perjalanan
yang disediakan kepada pengunjung yang datang ke situ.
“Okay Rania, saya mahu pergi
bekerja. Saya sangat gembira dapat berjumpa dan berkenalan dengan kamu. Take care and safely journey. Annyonghi gyeseyo (Selamat
Tinggal).”
Yoonah
menghulurkan tangannya kepada Rania.
“Kamu
juga, take care.” balas Rania lemah.
Tangan Yoonah disambut mesra.
Mereka
saling berpelukan.
“Bye bye Yoonah.” ucap Rania sambil
melambaikan tangan kepada Yoonah yang sudah berlalu dari situ.
Rania
membatukan diri di situ. Fikirannya kosong! Air sungai yang jernih dilihat tanpa ada rasa damai
seperti yang dirasakan sebelum ini.
Dia
lost dalam dunianya sendiri. Kalimat
‘baby’ kami membuatkan Rania bertambah tidak percaya akan keikhlasan Alex
terhadap dirinya. Alex benar-benar telah mempermainkan perasaan wanitanya.
Rania
sungguh tidak percaya yang dia terbabit dengan cinta Alex yang penuh dengan
kepalsuan dan lakonan. Untuk apa, Alex buat semua ini. Rania sendiri tiada
jawapannya.
Bekas
strawberi segera dikemaskan lalu dimasukkan ke dalam beg sandangnya. Rania bingkas
bangun. Dia mula mengorak langkah longlai ke perjalanan course 1 di Sungai Cheonggyecheon.
Walaupun
dalam perancangan asal peta perjalanan 2 course
itu tidak termasuk dalam itenarinya pagi ini, namun Rania nekad mahu
menghabiskan masanya di situ. Misi ke Istana Gyeongbokgung dibatalkan.
Berita
yang tidak diundang, pagi ini Rania tewas dengan perkataan ‘baby’ kami.
“Tidak
sangka sampai ke tahap itu perhubungan antara mereka. Yoonah mengandungkan
benih Alex, lelaki playboy!” getus
Rania sendirian.
Bibirnya
diketap kuat. Tangan kanannya digenggam erat. Matanya mula bertakung dengan
butir-butir jernih. Hati Rania seolah-olah ditikam pisau, amat sakit dan pedih
sekali!.