BUTIK
pengantin DeZahra dipandang kosong. Rania hanya memerhatikan baju-baju yang
cantik dipamerkan. Fikirannya jauh melayang. Dia masih tidak percaya akan apa yang
berlaku. Dunia ini dirasakan mahu terbalik!. Rania memejamkan mata.
“Rania.”
Suatu suara memanggilnya.
“Rania,
bangun.” Suara itu jelas kedengaran di telinganya. Matanya dibuka
perlahan-lahan. Sekujur tubuh lelaki menghampirinya. Wajah kacak Alex muncul di
depan matanya. Rania segera bangun dan menjauhkan diri.
“Apa
yang awak buat di sini!” suara Rania tinggi.
Alex
hanya tersenyum lebar memandang wanita Melayu di depan matanya.
“Temankan
awaklah. Masih diulit mimpi lagi atau masih memerlukan diari Lelaki Dari
Langit?” soal Alex dengan wajah yang ceria.
Rania
menukup telinganya dengan kedua tangannya.
“Hentikan!”
jerit Rania. Badannya menggigil mendengar penjelasan daripada Alex.
“Rania,
apa yang berlaku? Awak tidak sihat ke?” balas Alex. Dia segera menghampiri
Rania.
“Jangan
hampiri saya!” jerit Rania lagi.
“Kenapa
ni saya ada buat salah pada awak ke?” rayu Alex yang gelisah dengan kelakuan
Rania.
“Ya.
Memang awak sudah buat salah pada saya. Apa sebenarnya yang awak mahu dari
saya!” Rania memegang tas tangannya dengan erat.
Alex
mengelengkan kepala. Rania dipandang dengan penuh kasih sayang.
“Rania,
tolong dengar kata saya. Niat saya hanya satu, mahu berkahwin dengan awak
secara sah. Itu sahaja. Tiada agenda yang tersirat. Saya sayangkan awak!”
“Tipu!
Saya tidak percayakan awak, Alex. Sejak kita berjumpa di Korea lagi.”