Daftar   |      Log Masuk   |   Lupa Kata Laluan
Home Novel Cinta Psst... Dia Suami Saya!
Bab 26 - PDSS
SUASANA bising di perkarangan parkir membuatkan Rania sakit kepala. Tanpa melengahkan masa dia terus melangkahkan kaki ke pusat membeli-belah.

Laju kau berjalan!” jerit Zaidah dari belakang.

Rania hanya menoleh sekilas.

“Larilah sikit!” tempik Rania dengan senyuman tak lekang daripada bibirnya.

“Kau makan apa ni, laju semacam aja.” ucap Zaidah termengah-mengah.

Dia memegang kakinya yang lenguh.

“Aku makan nasi, sama macam kau makan.” jawab Rania sengaja mahu mengenakan Zaidah yang berisi sedikit badannya.

“Kenapa jalan laju? Kita hanya nak shoppingkan.” ujar Zaidah tidak puas hati dengan perangai Rania sebentar tadi.

“Kalau kita jalan cepat, maka cepat boleh shopping, lepas tu cepat boleh makan. Kau juga yang kata lapar sejak dari tadi.” usik Rania galak menyakat Zaidah yang sudah kelat wajahnya.

“Kau kan tahu aku jalan cepat. Jangan marah ya.” pujuk Rania apabila melihat perubahan wajah pada kawan baiknya.

“Aku tahu kau memang macam tu. Kita gi makan dulu lah. Perut aku sudah berbunyi-bunyi sejak dari tadi. Kau pun ada dengarkan?” Zaidah bercadang menukar pelan asal yang mereka telah persetujui tadi.

“Ya, aku dengar. Kalau sudah makan, maka lambatlah kita mahu shopping.” Rania memegang erat tas tangan yang dibawanya.

“Kita pergi makan. Lepas tu baru shopping. Bolehlah Rania, kawanku yang cantik jelita!” puji Zaidah berlebih-lebihan membuatkan Rania tergelak sakan.

“Kau ni ada saja mahu pujuk aku kan? Okay, jom kita gi makan. Isikan perut kau yang asyik berbunyi-bunyi tu.” Rania bersetuju dengan cadangan Zaidah.

Sebenarnya dia pun rasa lapar. Tengahari tadi dia hanya makan bihun goreng mamak bersama Asraf. Selepas itu langsung, tidak makan apa-apa lagi.

Setelah Zaidah memesan menu mereka, tiba-tiba tangan Rania dipegang erat oleh Zaidah seperti tidak mahu dilepaskan.

“Rania, aku ada satu cerita paling hot!” ujar Zaidah dengan penuh teruja.

“Cerita sajalah, tak payah nak pegang tangan aku ni.” perli Rania membuatkan Zaidah segera melepaskan pegangan tangannya.

Sorry, aku bukan apa. Aku rasa teruja sesangat ni!” ujar Zaidah seperti tidak cukup bernafas.

“Cuba cakap dengan keadaan tenang. Senang sikit aku mahu faham dan dengar. Tarik nafas, tahan, lepas, tarik nafas, tahan, lepas.” Rania mengalihkan perhatian Zaidah supaya menenangkan dirinya dengan kaedah menarik nafas.

“Okay, sekarang kau mula kan cerita kau yang hot sangat tu!” perli Rania. Matanya sibuk memandang promosi menu makanan untuk restoran tersebut.

“Kau pasti suka kalau dengar cerita ni.” Zaidah masih berteka-teki dengan Rania.

“Belum tentu lagi. Aku tak dengar lagi macam mana aku mahu suka atau sebaliknya.” Rania mencembekkan wajahnya.

“Petang semalam aku dan Asraf turun sekejap di lobi hotel. Lepas tu…” Zaidah segera meneguk segelas air limau dengan penuh nikmat.

“Aku ternampak sesuatu yang sungguh bagaikan berada di dalam mimpi kayangan. Oh, indahnya saat itu.” Sambung Zaidah dengan melentokkan tubuh badannya yang gempal.

Rania hanya memandang dengan rasa pelik.

“Apa yang kau nampak? Bidadari?” sampuk Rania teruja juga ingin tahu.

“Eiks… bidadari apa nya! Aku nampak seorang hero yang sungguh handsome, tinggi lampai dan senyuman yang menawan kalbu. Ohh!!!” Zaidah masih dengan mood asyik yang melampau.

“Kau nampak siapa sebenarnya ni? Cuba straight to the point, tak payah bermadah pujangga sangat. Aku tak faham.” gertak Rania membuatkan Zaidah seperti tersedar dari lamunan indah di dunia yang lain.

“Aku cakap macam tu pun kau tak faham. Bukanlah bahasa sastera sangat pun.” gelak Zaidah membuatkan Rania membuat muka masam.

“Okay, okay… jangan lah stress bila aku cakap macam tu. Aku nampak seorang mamat handsome di Love Coffee Cafe. Dia kerja kat situ!” Zaidah dengan gaya gediknya membuatkan Rania meluat memandangnya.

“Jadi, apa masalahnya bila kau melihat seorang mamat handsome. Ada negara Malaysia dilanda tsunami?” perli Rania lagi membuatkan Zaidah mula berwajah serius.

“Lelaki tu pengurus baru Love Coffee Cafe!” Zaidah separuh menjerit kerana teruja dengan fakta tersebut.

“Itu bukan masalah tapi realiti.” jawab Rania dengan suara yang besar.

“Tu laa.. realitinya. Sekarang ni aku ingin sangat berkenalan dengan dia. Esok kau temankan aku pergi minum coffee kat kafe.” pujuk Zaidah membuatkan Rania memalingkan wajah seolah tidak mendengar permintaan daripada sahabat baiknya.

“Esok aku sibuk. Ada berlambak dokumen yang aku tidak sempat semak dan kemaskini. Kau ajak Asraf.” jawab Rania sambil mengalihkan menu promosi restoran makanan nasi Arab yang terkenal di Kuala Lumpur.

“Sekejap je.” rayu Zaidah.

Matanya tepat memandang wajah Rania yang ayu bertudung.

“Bukan ke kau tak minum kopi?” soal Rania kehairanan.

“Ya, itu sebelum. Tapi, sekarang ni aku sudah boleh minum kopi. Janji dengan aku, esok kita gi sama-sama.”

“Pulak! Macam-macamlah kau ni. Kata kepala sakit selepas minum kopi. Top top hari ini, sudah kata boleh minum air kopi.”

“Humm… nengoklah keadaan esok macam mana.” jawab Rania perlahan.

“Rania, tak kira apa alasan kau, yang penting temankan aku. Huh! Tak sabar aku mahu berjumpa dengan lelaki handsome. Esok aku nak pakai baju apa ya?” Zaidah menguit-guit dagunya berulang kali.

“Tanya aku pulak. Pakai yang menutup auratlah. Apa lagi.”

“Iya, yang pasti esok aku mahu cantik!” Zaidah mula berangan.

“Cepat makan, kita belum shopping lagi ni.” getus Rania. Matanya melirik ke arah jam dinding restoran.

“Kita ada 2 jam lagi. Kalau tak sempat, kita shopping hari lain pulak.” cadang Zaidah, tangannya laju mengambil sudu dan garpu di atas meja.

Rania melirik sekilas pergelangan tangannya.

“Eh! Jam tangan aku? Kau ada nampak tak?” soal Rania cemas.

Jam tangan jenama Bonia yang dibeli 2 tahun lepas terbayang di minda sedarnya.

“Mana kau letak. Masa di officetadi, aku perasan kau pakai jam tangan tu.” balas Zaidah bersungguh.

“Hah sudah! Mana aku letakkan jam tangan.” Rania mula kalut. Sudu dan garpu diletakkan semula di kedudukan asalnya.

“Entah-entah, kau tertinggal semasa ambil wuduk di surau.” teka Zaidah. Air limau terus diteguk perlahan. Terasa sejuk di kerongkongnya.

“Ya Allah, aku ada letakkan di tempat ambil wuduk. Macam mana ni?” soal Rania semakin tertekan.

“Selepas makan, kita singgah sekejap di surau. Aku harap sangat jam tangan tu masih ada di situ.” keluh Rania perlahan.

“Kalau ada rezeki kau, maka adalah kalau tak… kena beli yang baru.” balas Zaidah dengan nada simpati.

“Jam tangan tu masih baru dan aku sangat sayang.” wajah Rania mula berubah muram. Jam tangan itu banyak berjasa dan mempunyai kenangan yang indah.

“Cepat makan. Lepas ni kita terus gi surau.” pujuk Zaidah prihatin.

Rania mengangguk lemah. Selera makannya mula hilang. Dalam fikirannya, hanya jam tangan yang terbayang.




PINTU pagar ditutup perlahan. Rania melangkah masuk dengan langkah longlai. Pintu dikuak perlahan.

“Assalammuaikum.”

“Waaikummussalam, awal Rania balik? kata pergi shopping.” soal Puan Noraidah terkejut.

“Eem… tak jadi shoppinglah Ma.” jawab Rania perlahan. Dia melabuhkan punggungnya di sisi Puan Noraidah.

“Kenapa tak jadi? Ada overtimedi office ke?”

“Tak ada overtime pun. Jam tangan Rania hilang di surau.” Tas tangannya diletakkan di sisi.

“Macam mana boleh hilang?”

“Sudah cari semula di surau ?” Puan Noraidah memberikan cadangan. Wajah mulus anak gadisnya dipandang simpati.

“Sudah Ma, tapi tak jumpa pun. Pasti ada orang yang sudah ambil.”

“Jam tangan hilang boleh dibeli. Sudah, jangan sedih sangat.” Puan Noraidah memeluk bahu Rania dengan erat, seolah memujuk.

“Itu jam tangan kesayangan Rania. Duit Rania sendiri.” Rania menyembamkan wajah putihnya di lengan Puan Noraidah.

“Mama tahu. Perkara sudah terjadi. Ini semua ada hikmahnya. ALLAH mahu berikan jam tangan yang lebih baik dari itu.” Puan Noraidah mengosok perlahan bahu Rania.

“Betul cakap Mama tapi Rania sedih sebab cuai.”

“Sudah jangan sedih lagi. Rania naik atas dan pergi mandi. Kalau mahu makan, masih ada lauk.” pujuk Puan Noraidah sambil mengusap lembut bahu Rania.

“Rania sudah makan tadi dengan Zaidah.” Rania segera bangkit daripada lengan Mama.

“Terima kasih Ma. Rania, naik atas mahu mandi.” Tas tangan pantas dicapai.

“Lepas mandi, berehat dan tidur awal.” nasihat Puan Noraidah.

“Okay, Mama jangan beritahu dengan Papa pulak. Nanti Papa bising.” Mata Rania meliar di sekeliling, bimbang perbualan mereka didengari oleh Papa.

“Mama seorang sahaja yang tahu. Sudah, cepat pergi mandi. Mama sudah terbau busuk ni.” Puan Noraidah menutup hidungnya dengan jari.

“Ma!, Rania naik atas dulu.”

Puan Noraidah hanya memandang lenggang lengok Rania dengan pandangan simpati. Dia amat memahami anak gadisnya itu, amat menyayangi barang yang dibeli menggunakan wang poket sendiri.

Sebaik sahaja, pintu bilik Rania dikuak. Matanya memandang tepat katil bujang yang ada.

Rania terus mencampakkan tas tangannya. Dia merebahkan badannya di atas katil dengan keras. Matanya dipejam rapat.

“Kenapalah aku cuai sangat hari ni?” Rania menyalahkan dirinya sendiri.

“Aku tak akan beli jam tangan baru.”

“Oh jam tangan, kenapa kau hilang dari aku.” luah Rania sendirian.

Rania memegang pergelangan tangannya yang selalu setia dipakai jam tangan kesayangannya.

Kini, sudah tiada. Dia terus menggosok-gosokkan pergelangan tangannya perlahan-lahan.

Usai mandi dan solat isyak, Rania mendiamkan diri lama di atas sejadah sembahyang yang dibelikan oleh Mama. Fikirannya mula terfikir kesalahan atau perintah ALLAH yang telah dilanggarnya pada hari ini sehingga jam tangannya hilang.

“Ya ALLAH, ampunkan aku yang banyak dosa ini.” luah Rania perlahan.

Dia terus membuka kain telekung dengan cermat lalu dilipat rapi.

Matanya terus melirik Diari Lelaki Dari Langit. Langkahnya perlahan menuju ke meja kecil di sudut biliknya.

Diari itu terus dibuka perlahan, helaian demi helaian diselak.

Tiba-tiba matanya terhenti pada catatan yang pernah ditulis semasa di Korea.

Jam tangan Alex! Rania terus teringat hadiah pemberian Alex.

Dia bingkas bangun dan mencari kotak simpanan barang di dalam almari.

Tangannya rakus menyelak dan melihat apa yang ada dalam kotak itu.

“Di mana aku simpan jam tangan itu? Takkan lah dalam kotak ini pulak.” Rania menyoal dirinya sendiri.

“Hah, dalam laci!” Rania menuju ke almari kaca yang ada pelbagai hadiah dan cenderahati. Laci almari kaca itu terus ditarik.

Dia tersenyum lebar sebaik sahaja melihat kotak hitam eksklusif tersimpan rapi dalam laci. Tangan kanannya terus mencapai kotak hitam itu lalu dibuka perlahan. Matanya membutang besar.

Jam tangan pemberian Alex masih lagi berfungsi cuma perlu diubah waktu mengikut zon masa Malaysia.

Rania terus mencium jam tangan itu dengan teruja.

“Syukur, kau ada di waktu aku memerlukan khidmatmu. Mohon berkhidmat dengan setia dan baik dengan aku ya.” bisik Rania perlahan.

Jam tangan yang ada bentuk ‘LOVE’ di dalamnya direnung lama.

Alhamdulillah, aku sudah ada jam tangan baru. Tak payah mahu beli yang baru. Terima kasih ALLAH!

Rania segera memakai jam tangan itu di pergelangan tangannya.

Dia tersenyum lebar kerana jam tangan itu sungguh sesuai dengan dirinya. Kelihatan moden, bijak dan bergaya!

Diari Lelaki Dari Langit terus diselak ke helaian bahagian tengah. Pen hitam di dalam mug hiasan dicapai lalu tangannya laju mencoret;

Hai Diariku sayang,

Apa khabar? Terima kasih kerna setia bersama aku walaupun kadang-kala aku mengabaikanmu. Maafkan aku ya. Psst… masih ingat tak jam tangan Alex beri kepada aku semasa di Korea? Hah, bagus kalau ingat. Tepukan gemuruh akan jawapan yang tepat itu. Sebenarnya, jam tangan Bonia yang aku sayang sudah meninggalkan aku sendirian. Namun, Allah tidak biarkan aku bersedih. Malam ini, aku baru teringat semula pemberian jam tangan daripada seorang lelaki handsome berbangsa Korea.

Alex! Apa khabar dia di sana? Sihat ke dia atau sudah berkahwin dengan Yoonah? Aku hanya mendoakan yang baik-baik buat dirinya walaupun aku masih berasa marah dengan perangai buruk dia. Aku masih ingat lagi kata-kata Alex, jika aku sudah memaafkan dia maka pakailah jam tangan itu jika tidak… Eh, kenapa pula aku bercerita insiden yang sudah beberapa bulan berlalu. Esok, aku akan memakai jam tangan ini sebagai teman setiaku yang baru. Alex, aku masih tidak tahu adakah aku sudah memaafkan dirimu atau tidak.

Rania mengeluh perlahan, bila melihat hasil nukilannya di diari kesayangannya. Walaupun bukan hari-hari dia menulis diari, Rania akan mencari diari itu sebagai pendengar setia dan jika dia ada masalah. Dia terus menutup diari setelah selesai mencoret apa yang terlintas di hatinya.

Jam tangan pemberian Alex tetap dipakai.

“Malam ini, kamu tidur bersama saya ya.” Rania mengusap lembut permukaan jam tangan itu.

Warna emas tetap kelihatan bergaya dan bersinar di mata besar Rania walaupun malam semakin berlalu. Rania tertarik melihat bentuk ‘LOVE’ yang direka kreatif.

“Pandai sungguh Alex memilih jam tangan ini, memang sesuai untuk aku.” Rania memuji Alex dalam hati.

Senyuman Rania semakin lebar di keheningan malam yang dingin.

Previous: Bab 25 - PDSS

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Alisyah Alez