SUASANA bising
di perkarangan parkir membuatkan Rania sakit kepala. Tanpa melengahkan masa dia
terus melangkahkan kaki ke pusat membeli-belah.
“Laju kau
berjalan!” jerit Zaidah dari belakang.
Rania
hanya menoleh sekilas.
“Larilah
sikit!” tempik Rania dengan senyuman tak lekang daripada bibirnya.
“Kau
makan apa ni, laju semacam aja.” ucap Zaidah termengah-mengah.
Dia
memegang kakinya yang lenguh.
“Aku
makan nasi, sama macam kau makan.” jawab Rania sengaja mahu mengenakan Zaidah
yang berisi sedikit badannya.
“Kenapa
jalan laju? Kita hanya nak shoppingkan.”
ujar Zaidah tidak puas hati dengan perangai Rania sebentar tadi.
“Kalau
kita jalan cepat, maka cepat boleh shopping,
lepas tu cepat boleh makan. Kau juga yang kata lapar sejak dari tadi.” usik
Rania galak menyakat Zaidah yang sudah kelat wajahnya.
“Kau
kan tahu aku jalan cepat. Jangan marah ya.” pujuk Rania apabila melihat
perubahan wajah pada kawan baiknya.
“Aku
tahu kau memang macam tu. Kita gi makan dulu lah. Perut aku sudah
berbunyi-bunyi sejak dari tadi. Kau pun ada dengarkan?” Zaidah bercadang
menukar pelan asal yang mereka telah
persetujui tadi.
“Ya,
aku dengar. Kalau sudah makan, maka lambatlah kita mahu shopping.” Rania memegang erat tas tangan yang dibawanya.
“Kita
pergi makan. Lepas tu baru shopping.
Bolehlah Rania, kawanku yang cantik jelita!” puji Zaidah berlebih-lebihan
membuatkan Rania tergelak sakan.
“Kau
ni ada saja mahu pujuk aku kan? Okay, jom kita gi makan. Isikan perut kau yang
asyik berbunyi-bunyi tu.” Rania bersetuju dengan cadangan Zaidah.
Sebenarnya
dia pun rasa lapar. Tengahari tadi dia hanya makan bihun goreng mamak bersama
Asraf. Selepas itu langsung, tidak makan apa-apa lagi.
Setelah
Zaidah memesan menu mereka, tiba-tiba tangan Rania dipegang erat oleh Zaidah
seperti tidak mahu dilepaskan.
“Rania,
aku ada satu cerita paling hot!” ujar
Zaidah dengan penuh teruja.
“Cerita
sajalah, tak payah nak pegang tangan aku
ni.” perli Rania membuatkan Zaidah segera melepaskan pegangan tangannya.
“Sorry, aku bukan apa. Aku rasa teruja
sesangat ni!” ujar Zaidah seperti tidak cukup bernafas.
“Cuba
cakap dengan keadaan tenang. Senang
sikit aku mahu faham dan dengar. Tarik nafas, tahan, lepas, tarik nafas, tahan,
lepas.” Rania mengalihkan perhatian Zaidah supaya menenangkan dirinya dengan
kaedah menarik nafas.
“Okay,
sekarang kau mula kan cerita kau yang hot
sangat tu!” perli Rania. Matanya sibuk memandang promosi menu makanan untuk
restoran tersebut.
“Kau
pasti suka kalau dengar cerita ni.” Zaidah masih berteka-teki dengan Rania.
“Belum
tentu lagi. Aku tak dengar lagi macam mana aku mahu suka atau sebaliknya.”
Rania mencembekkan wajahnya.
“Petang
semalam aku dan Asraf turun sekejap di lobi hotel. Lepas tu…” Zaidah segera
meneguk segelas air limau dengan penuh nikmat.
“Aku
ternampak sesuatu yang sungguh bagaikan berada di dalam mimpi kayangan. Oh, indahnya
saat itu.” Sambung Zaidah dengan melentokkan tubuh badannya yang gempal.
Rania
hanya memandang dengan rasa pelik.
“Apa
yang kau nampak? Bidadari?” sampuk Rania teruja juga ingin tahu.
“Eiks…
bidadari apa nya! Aku nampak seorang hero yang sungguh handsome, tinggi lampai dan senyuman yang menawan kalbu. Ohh!!!”
Zaidah masih dengan mood asyik yang
melampau.
“Kau
nampak siapa sebenarnya ni? Cuba straight
to the point, tak payah bermadah pujangga sangat. Aku tak faham.” gertak
Rania membuatkan Zaidah seperti tersedar dari lamunan indah di dunia yang lain.
“Aku
cakap macam tu pun kau tak faham.
Bukanlah bahasa sastera sangat pun.” gelak Zaidah membuatkan Rania membuat muka
masam.
“Okay,
okay… jangan lah stress bila aku
cakap macam tu. Aku nampak seorang mamat handsome
di Love Coffee Cafe. Dia kerja kat
situ!” Zaidah dengan gaya gediknya membuatkan Rania meluat memandangnya.
“Jadi,
apa masalahnya bila kau melihat seorang mamat handsome. Ada negara Malaysia dilanda tsunami?” perli Rania lagi
membuatkan Zaidah mula berwajah serius.
“Lelaki
tu pengurus baru Love Coffee Cafe!”
Zaidah separuh menjerit kerana teruja dengan fakta tersebut.
“Itu
bukan masalah tapi realiti.” jawab Rania dengan suara yang besar.
“Tu
laa.. realitinya. Sekarang ni aku ingin sangat berkenalan dengan dia. Esok kau
temankan aku pergi minum coffee kat
kafe.” pujuk Zaidah membuatkan Rania memalingkan wajah seolah tidak mendengar
permintaan daripada sahabat baiknya.
“Esok
aku sibuk. Ada berlambak dokumen yang aku tidak sempat semak dan kemaskini. Kau
ajak Asraf.” jawab Rania sambil mengalihkan menu promosi restoran makanan nasi
Arab yang terkenal di Kuala Lumpur.
“Sekejap
je.” rayu Zaidah.
Matanya
tepat memandang wajah Rania yang ayu bertudung.
“Bukan
ke kau tak minum kopi?” soal Rania kehairanan.
“Ya,
itu sebelum. Tapi, sekarang ni aku sudah boleh minum kopi. Janji dengan aku, esok kita
gi sama-sama.”
“Pulak!
Macam-macamlah kau ni. Kata kepala sakit selepas minum kopi. Top top hari ini,
sudah kata boleh minum air kopi.”
“Humm…
nengoklah keadaan esok macam mana.” jawab Rania perlahan.
“Rania,
tak kira apa alasan kau, yang penting temankan aku. Huh! Tak sabar aku mahu berjumpa
dengan lelaki handsome. Esok aku nak pakai baju apa ya?” Zaidah menguit-guit
dagunya berulang kali.
“Tanya
aku pulak. Pakai yang menutup auratlah. Apa lagi.”
“Iya,
yang pasti esok aku mahu cantik!” Zaidah mula berangan.
“Cepat
makan, kita belum shopping lagi ni.” getus Rania. Matanya melirik ke arah jam dinding
restoran.
“Kita
ada 2 jam lagi. Kalau tak sempat, kita shopping
hari lain pulak.” cadang Zaidah, tangannya laju mengambil sudu dan garpu di
atas meja.
Rania
melirik sekilas pergelangan tangannya.
“Eh!
Jam tangan aku? Kau ada nampak tak?” soal
Rania cemas.
Jam
tangan jenama Bonia yang dibeli 2 tahun lepas terbayang di minda sedarnya.
“Mana
kau letak. Masa di officetadi, aku
perasan kau pakai jam tangan tu.” balas
Zaidah bersungguh.
“Hah
sudah! Mana aku letakkan jam tangan.” Rania mula kalut. Sudu dan garpu diletakkan semula di kedudukan
asalnya.
“Entah-entah,
kau tertinggal semasa ambil wuduk di surau.” teka Zaidah. Air limau terus diteguk perlahan.
Terasa sejuk di kerongkongnya.
“Ya
Allah, aku ada letakkan di tempat ambil wuduk. Macam mana ni?” soal Rania
semakin tertekan.
“Selepas
makan, kita singgah sekejap di surau.
Aku harap sangat jam tangan tu masih ada di situ.” keluh Rania perlahan.
“Kalau
ada rezeki kau, maka adalah kalau tak…
kena beli yang baru.” balas Zaidah dengan nada simpati.
“Jam
tangan tu masih baru dan aku sangat sayang.”
wajah Rania mula berubah muram. Jam tangan itu banyak berjasa dan mempunyai
kenangan yang indah.
“Cepat
makan. Lepas ni kita terus gi surau.” pujuk Zaidah prihatin.
Rania
mengangguk lemah. Selera makannya mula hilang. Dalam fikirannya, hanya jam
tangan yang terbayang.
PINTU
pagar ditutup perlahan. Rania melangkah masuk dengan langkah longlai. Pintu
dikuak perlahan.
“Assalammuaikum.”
“Waaikummussalam,
awal Rania balik? kata pergi shopping.”
soal Puan Noraidah terkejut.
“Eem…
tak jadi shoppinglah Ma.” jawab
Rania perlahan. Dia melabuhkan punggungnya di sisi Puan Noraidah.
“Kenapa
tak jadi? Ada overtimedi office ke?”
“Tak
ada overtime pun. Jam tangan Rania
hilang di surau.” Tas tangannya diletakkan di sisi.
“Macam
mana boleh hilang?”
“Sudah
cari semula di surau ?” Puan Noraidah memberikan cadangan. Wajah mulus anak
gadisnya dipandang simpati.
“Sudah
Ma, tapi tak jumpa pun. Pasti ada orang yang sudah ambil.”
“Jam
tangan hilang boleh dibeli. Sudah, jangan sedih sangat.” Puan Noraidah memeluk
bahu Rania dengan erat, seolah memujuk.
“Itu
jam tangan kesayangan Rania. Duit Rania sendiri.” Rania menyembamkan wajah
putihnya di lengan Puan Noraidah.
“Mama
tahu. Perkara sudah terjadi. Ini semua ada hikmahnya. ALLAH mahu berikan jam
tangan yang lebih baik dari itu.” Puan Noraidah mengosok perlahan bahu Rania.
“Betul
cakap Mama tapi Rania sedih sebab cuai.”
“Sudah
jangan sedih lagi. Rania naik atas dan pergi mandi. Kalau mahu makan, masih ada
lauk.” pujuk Puan Noraidah sambil mengusap lembut bahu Rania.
“Rania
sudah makan tadi dengan Zaidah.” Rania segera bangkit daripada lengan Mama.
“Terima
kasih Ma. Rania, naik atas mahu mandi.” Tas tangan pantas dicapai.
“Lepas
mandi, berehat dan tidur awal.” nasihat Puan Noraidah.
“Okay,
Mama jangan beritahu dengan Papa pulak. Nanti Papa bising.” Mata Rania meliar
di sekeliling, bimbang perbualan mereka didengari oleh Papa.
“Mama
seorang sahaja yang tahu. Sudah, cepat pergi mandi. Mama sudah terbau busuk
ni.” Puan Noraidah menutup hidungnya dengan jari.
“Ma!,
Rania naik atas dulu.”
Puan
Noraidah hanya memandang lenggang lengok Rania dengan pandangan simpati. Dia
amat memahami anak gadisnya itu, amat menyayangi barang yang dibeli menggunakan
wang poket sendiri.
Sebaik
sahaja, pintu bilik Rania dikuak. Matanya memandang tepat katil bujang yang
ada.
Rania
terus mencampakkan tas tangannya. Dia merebahkan badannya di atas katil dengan
keras. Matanya dipejam rapat.
“Kenapalah
aku cuai sangat hari ni?” Rania menyalahkan dirinya sendiri.
“Aku
tak akan beli jam tangan baru.”
“Oh
jam tangan, kenapa kau hilang dari aku.” luah Rania sendirian.
Rania
memegang pergelangan tangannya yang selalu setia dipakai jam tangan
kesayangannya.
Kini,
sudah tiada. Dia terus menggosok-gosokkan pergelangan tangannya perlahan-lahan.
Usai
mandi dan solat isyak, Rania mendiamkan diri lama di atas sejadah sembahyang
yang dibelikan oleh Mama. Fikirannya mula terfikir kesalahan atau perintah
ALLAH yang telah dilanggarnya pada hari ini sehingga jam tangannya hilang.
“Ya
ALLAH, ampunkan aku yang banyak dosa ini.” luah Rania perlahan.
Dia
terus membuka kain telekung dengan cermat lalu dilipat rapi.
Matanya
terus melirik Diari Lelaki Dari Langit. Langkahnya perlahan menuju ke meja
kecil di sudut biliknya.
Diari
itu terus dibuka perlahan, helaian demi helaian diselak.
Tiba-tiba
matanya terhenti pada catatan yang pernah ditulis semasa di Korea.
Jam
tangan Alex! Rania terus teringat hadiah pemberian Alex.
Dia
bingkas bangun dan mencari kotak simpanan barang di dalam almari.
Tangannya
rakus menyelak dan melihat apa yang ada dalam kotak itu.
“Di
mana aku simpan jam tangan itu? Takkan
lah dalam kotak ini pulak.” Rania menyoal dirinya sendiri.
“Hah,
dalam laci!” Rania menuju ke almari kaca yang ada pelbagai hadiah dan
cenderahati. Laci almari kaca itu terus ditarik.
Dia
tersenyum lebar sebaik sahaja melihat kotak hitam eksklusif tersimpan rapi
dalam laci. Tangan kanannya terus mencapai kotak hitam itu lalu dibuka
perlahan. Matanya membutang besar.
Jam
tangan pemberian Alex masih lagi berfungsi cuma perlu diubah waktu mengikut zon
masa Malaysia.
Rania
terus mencium jam tangan itu dengan teruja.
“Syukur,
kau ada di waktu aku memerlukan khidmatmu. Mohon berkhidmat dengan setia dan
baik dengan aku ya.” bisik Rania perlahan.
Jam
tangan yang ada bentuk ‘LOVE’ di dalamnya direnung lama.
Alhamdulillah,
aku sudah ada jam tangan baru. Tak payah mahu beli yang baru. Terima kasih ALLAH!
Rania
segera memakai jam tangan itu di pergelangan tangannya.
Dia
tersenyum lebar kerana jam tangan itu sungguh sesuai dengan dirinya. Kelihatan
moden, bijak dan bergaya!
Diari
Lelaki Dari Langit terus diselak ke helaian bahagian tengah. Pen hitam di dalam
mug hiasan dicapai lalu tangannya laju mencoret;
Hai Diariku sayang,
Apa khabar? Terima kasih kerna
setia bersama aku walaupun kadang-kala aku mengabaikanmu. Maafkan aku ya. Psst…
masih ingat tak jam tangan Alex beri kepada aku semasa di Korea? Hah, bagus
kalau ingat. Tepukan gemuruh akan jawapan yang tepat itu. Sebenarnya, jam
tangan Bonia yang aku sayang sudah meninggalkan aku sendirian. Namun, Allah
tidak biarkan aku bersedih. Malam ini, aku baru teringat semula pemberian jam
tangan daripada seorang lelaki handsome berbangsa Korea.
Alex! Apa khabar dia di sana? Sihat
ke dia atau sudah berkahwin dengan Yoonah? Aku hanya mendoakan yang baik-baik
buat dirinya walaupun aku masih berasa marah dengan perangai buruk dia. Aku
masih ingat lagi kata-kata Alex, jika aku sudah memaafkan dia maka pakailah jam
tangan itu jika tidak… Eh, kenapa pula aku bercerita insiden yang sudah beberapa
bulan berlalu. Esok, aku akan memakai jam tangan ini sebagai teman setiaku yang
baru. Alex, aku masih tidak tahu adakah aku sudah memaafkan dirimu atau tidak.
Rania
mengeluh perlahan, bila melihat hasil nukilannya di diari kesayangannya.
Walaupun bukan hari-hari dia menulis diari, Rania akan mencari diari itu
sebagai pendengar setia dan jika dia ada masalah. Dia terus menutup diari
setelah selesai mencoret apa yang terlintas di hatinya.
Jam
tangan pemberian Alex tetap dipakai.
“Malam
ini, kamu tidur bersama saya ya.” Rania mengusap lembut permukaan jam tangan
itu.
Warna
emas tetap kelihatan bergaya dan bersinar di mata besar Rania walaupun malam
semakin berlalu. Rania tertarik melihat bentuk ‘LOVE’ yang direka kreatif.
“Pandai
sungguh Alex memilih jam tangan ini, memang sesuai untuk aku.” Rania memuji
Alex dalam hati.
Senyuman
Rania semakin lebar di keheningan malam yang dingin.