POSTER K-Pop
sudah berada di tangan Rania. Hatinya lega kerana semua barang yang dikirim
telah dibeli. Rania sekilas membuat perancangan, balik ke guesthouse boleh terus packing.
Rambang
mata di buatnya bila berada di dalam kedai cenderahati yang menjual pelbagai
barangan artis Korea seperti poster, CD, buku bergambar, poskad, dan
sebagainya. Semuanya mempunyai gambar artis K-Pop.
Rania
tidak mahu berada lama di kedai itu, bimbang dia pula yang terpengaruh untuk
membeli lagi. Duit Korean Won ditangannya semakin menyusut.
Alex
hanya mendiamkan diri sejak dari tadi. Wajahnya mencuka sahaja. Rania buat
tidak tahu dengan perubahan Alex yang berjalan seiring dengannya.
Sekali-sekala
ada mata yang menjeling dan memandang mereka dengan pandangan aneh. Mungkin
melihat 2 insan daripada berlainan agama dan bangsa berjalan seiring.
Terutamanya
Rania menjadi perhatian kerana berjilbab. Kaki Rania mula terasa lenguh akibat
banyak berjalan.
“Saya
mahu balik.” ujar Rania membuatkan Alex terkejut.
“Kamu
tidak mahu beli barang lagi?” soal Alex memohon kepastian daripada Rania.
“Setakat
ini cukup. Semuanya sudah saya beli.” jawab Rania sambil mengambil gambar kedai
tadi.
“Saya
temankan kamu sehingga ke guesthouse.
Apa kata kita berjalan kaki bersama-sama.” cadang Alex kepada Rania.
“Saya
tak kisah. Itu terpulang kepada kamu.” jawab Rania endah tak endah.
Rania
masih dingin dengan aku. Sungguh tidak selesa dibuatnya. Alex hanya mengekori
Rania.
“Boleh
kamu beritahu saya, apa yang boleh membuatkan kamu memaafkan saya?” soal Alex
ingin tahu daripada mulut Rania sendiri.
“Kan
tadi saya sudah kata, bahawa kamu tidak pernah buat salah dengan saya.” Rania
memalingkan muka daripada menatap wajah Alex.
“Saya
tidak percaya. Daripada reaksi kamu, saya tahu yang pagi tadi saya bersalah.
Semuanya di luar kawalan saya.” Alex berkata dengan tenang.
“Itu
masalah kamu. Saya tidak ada kaitan langsung!” tinggi nada suara Rania. Alex
semakin gelisah dengan perkataan itu.
“Kamu
ada kaitan dengan saya. Dari semalam lagi saya sudah beritahu kamu bahawa saya
sayang dan mencintai kamu. Saya tidak main-main.”
Alex
merenung wajah Rania dengan serius.
“Itu
bagi kamu.” pendek sahaja jawapan Rania.
“Tapi
saya benar-benar serius menyayangi kamu. Percayalah dengan kata-kata saya ini.”
Alex berusaha memujuk gadis itu.
“Adakah
kamu sudah mempunyai kekasih hati di Malaysia?” Alex cuba meneka.
“Saya
tidak mahu menjawab soalan itu.” jawab Rania dengan perlahan.
Jantungnya
mula bergerak laju.
“Saya
perlu tahu.”desak Alex.
“Kamu
tidak berhak mahu tahu tentang hati dan perasaan saya.”
Rania
semakin bengang dengan Alex. Cukuplah dengan apa yang berlaku pagi tadi. Dia tidak
mahu terganggu lagi dengan insiden Alex dan Yoonah.
Ini
pun sudah cukup bagus dia mahu bercakap dengan Alex. Ikutkan hati dan rasa amarahnya
mahu saja di membisu dengan Alex. Biar dia rasa!
“Sebelum
kamu balik ke Malaysia pada esok hari. Pertama, saya sekali lagi ingin memberitahu
bahawa antara saya dan Yoonah tiada hubungan istimewa. Kedua, saya sayang dan
mencintai kamu dengan seikhlasnya.” ujar Alex.
Rania
memandang ke arah lain, tidak sanggup menatap mata Alex yang sungguh menawan
dan boleh cair dibuatnya.
“Ada
bantahan?” usik Alex kepada Rania yang hanya membisu sahaja.
“Kamu
tidak boleh memaksa saya!” jawab Rania dengan suara yang tinggi.
Alex
hampa mendengarnya.
“Habis
tu, saya akan berasa bersalah seumur hidup jika kamu tidak maafkan saya.”
Alex
menagih simpati daripada Rania yang terus berjalan ke guesthouse.
“Kamu
tidak pernah buat salah dengan saya. Maka saya tidak perlu nak memaafkan.” Bergetar suara Rania meluahkan isi hatinya yang terluka.
“Maafkan
saya… sepanjang hari ini kamu banyak didesak dengan saya. Ambil masa kamu untuk
berfikir dengan tenang. Beritahu saya apa yang kamu tidak puas hati atau marah
dengan apa yang saya telah lakukan.”
Alex
cuba memancing Rania dengan sikap toleransi dan pendekatan lembut. Dia perlu
bersabar dengan karenah gadis ini. Jika terlalu didesak, Alex bimbang menjadi
perkara lain pula. Minta dijauhkan!
“Kamu
fikirkan elok-elok. Saya tunggu jawapan kamu.”
Alex
mengalah dan memberi ruang untuk Rania berfikir sedalam-dalamnya.
Rania
hanya mendiamkan diri langsung tidak memberikan sebarang reaksi.
“Jika
kamu sudah memaafkan saya, pakailah jam tangan pemberian saya pagi tadi. Saya
tetap mahu mengetahui sama ada kamu memaafkan saya atau sebaliknya.”
Alex
seolah merayu kepada Sang Bidadari hati.
Seketika
kemudian,
“Kita
sudah sampai di guesthouse. Kamu
rehat dengan secukupnya. Jangan lupa fikirkan tentang kita ya.”
Alex
mengingatkan Rania yang sudah tidak sabar mahu masuk ke guesthouse. Rania hanya menganggukkan kepala tanpa sebarang suara
atau lambaian mesra seperti sebelum ini. Dia memerhatikan lenggok Rania
sehingga hilang dari pandangan matanya.
Ketika
itu, hari sudah gelap dan jam tangannya menunjukkan angka 7.45 malam. Angin
sejuk membuatkan Alex segera beredar dari guesthouse.
Sebaik
sahaja Rania masuk ke dalam bilik, 3 orang teman biliknya sudah pulang dari Everland. Wajah masing-masing kelihatan
keletihan namun ceria.
“Awal
kamu semua tiba di guesthouse?” soal
Rania kepada Tuti yang sedang asyik mengurut kaki kanannya.
“Alhamdulillah,
semuanya berjalan lancar. Maka ngak perlu ribut sampai ke sini semula. Kamu
udah makan malam.” soal Tuti kembali setelah melihat Rania seperti keletihan.
“Makan
malam belum lagi. Saya mahu habiskan stok makanan saya. Esok malam saya sudah
mahu pulang ke Malaysia.” jawab Rania sambil membuka sweateryang dipakainya.
“Macam
mana dengan Everland? Seronok tak?”
soal Rania ingin tahu.
“Assikk…
rasanya ngak mahu pulang ke sini. Mahu terus-terusan berada di Everland kalau dibenarkan.” Femil
bersuara. Matanya nampak layu mungkin tidak cukup rehat dan tidur yang
berkualiti.
“Wah,
bagus lah tu… Insya-ALLAH, jika saya datang lagi ke Seoul lokasi Everland akan dimasukkan dalam tempat
yang wajib dikunjungi.” galak Rania ceria bercerita.
“Hari
ni kamu ke mana aja?” soal Vina yang berbaring di katil.
“Shopping di Naedaemun Market dan Myeongdong sahaja. Lihat saja di atas katil
saya banyak barang yang saya beli. Semua ini saya mahu packing malam ini supaya tidak ada barang yang tertinggal di sini.”
Rania
memberitahu teman sebiliknya.
“Assikk…
banyak sekali barang yang kamu beli.” ujar Tuti sambil matanya memandang ke arah
katil Rania yang penuh dengan beg plastik dan kertas.
“Malam
ini kali terakhir kamu bermalam di sini. Esok kamu sudah check-out dan terbang ke Kuala Lumpur.” luah Tuti yang masih
mengurut kakinya.
“Itulah,
ini adalah malam terakhir saya di sini. Kenapa dengan kaki kamu?” soal Rania
tepat memandang ke arah kaki Tuti yang agak berisi.
“Banyak
berjalan loh. Aku kalau berjalan terlalu lama memang kakiku akan sakit. Ngak
usah khuatir, lepas aku sapu ubat ini Insya-ALLAH sakitnya akan kurang. Esok
boleh jalan lagi.” Tuti tertawa girang.
Rania
dan yang lain turut ketawa sakan mendengar cerita Tuti yang kelakar orangnya.
“Rania.
kamu tulis nama dan alamat di Malaysia pada buku ini. Mudah untuk dihubungi
nanti.”
Vina
menghulurkan sebuah buku kecil kepadanya. Rania segera mengambil dan
mencatatkan maklumat dirinya.
“Ingat
ya, hubungan kita bukan setakat di sini sahaja. Insya-ALLAH, kita boleh saling
berhubung.” jelas Vina yang masih berbaring kerna keletihan.
Rania
tersenyum dan menganggukkan kepalanya. Dia segera ke katilnya, malam ini
sebelum tidur dia mahu mengemas terlebih dahulu barang-barang yang sudah dibeli
ke dalam beg tariknya.
“Banyak
pula barang yang aku beli ni. Mana aku mahu sumbatkan.” keluh Rania sendirian.
Dia menenangkan diri dan berfikir sejenak untuk memastikan barang-barang
tersebut di packing sebaik mungkin.
“Wah,
cantiknya jam tangan. Kamu beli di mana ya? Mahal ngak?” tiba-tiba suara Vina
membuatkan Rania sedikit terkejut.
“Ini
kawan yang belikan. Tak tahu dia beli di mana dan berapa harganya.” jawab Rania
dengan malas.
Janganlah
Vina tanya lebih-lebih lagi tentang jam tangan pemberian Alex pagi tadi.
“Kawan
lelaki yang hantar kamu pulang ke guesthouse
itu ya? Waduh, bagus banget loh… dapat hadiah daripada lelaki Korea. Kamu
saling mengenali ya?” soal Vina lagi seperti tidak puas hati dengan penjelasan
tadi.
Rania
terkejut bila Vina menyebut lelaki Korea, ini mesti mereka nampak Alex hantar
aku tadi.
Eiss…
habis lah banyak yang akan ditanya oleh Vina ni.
“Aa’ah
lelaki Korea. Kami saling mengenali kerana dia kawan kepada sahabat baik saya.”
jawab Rania dengan tergagap.
Dia
membohongi Vina akan cerita sebenar, bimbang semakin panjang ceritanya nanti.
“Oh
begitu, mantap sekali kamu berdua. Persisnya seperti sepasang kekasih aja aku
lihat. Cocok banget!” ujar Vina semakin galak memberi pendapatnya.
Rania
hanya tersenyum namun dalam hatinya meminta Vina tidak lagi bercakap tentang
Alex.
“Siapa
nama dia? Ganteng banget. Wajahnya seperti aku pernah lihat sebelum ini.” ujar
Vina sambil memegang kepalanya seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.
“Alex.
Itu perasan kamu aja.” Rania berkata sambil tergelak.
“Untung
kamu dapat berkenalan dengan lelaki Korea yang ganteng. Aku pingin sekali mahu ada
pacar seperti Alex.” Vina ketawa besar.
Rania
turut tertawa mendengar impian Vina itu.
“Udah
Vina, jangan diganggu sama Rania. Dia mahu mengemas barang-barangnya. Kamu ni
bikin ganggu aja. Tidur cepat, esok kita mahu menggunakan banyak tenaga.”
Tuti
menegur temannya Vina supaya tidak lagi menganggu Rania yang kelihatan sibuk mengemaskan
barang.
“Iya
mengerti. Maafin aku ya. Aku tidur dulu. Assalammuaikum.” ujar Vina dengan rasa
bersalah.
Rania
menarik nafas panjang, lega kerana tiada lagi soalan yang berkaitan dengan Alex
dan jam tangan itu lagi.
Mata
Rania memandang jam tangan itu dengan pandangan kesian lagi terharu. Alex suruh
aku berfikir dengan tenang malam ni sebelum memberikan sebarang keputusan. Mana
boleh suka-suka beri aku tempoh masa singkat untuk aku berfikir.
Suka
hati aku lah mahu berfikir atau tidak, sekarang ni aku langsung tidak boleh
berfikir. Kepala aku sedang serabut mahu menyusun barang-barang ni dalam beg
tarik. Lepas tu aku mahu berehat dan tidur.
“Banyak
lagi ke barang-barang yang mahu di packing.
Kamu perlukan bantuan?” tiba-tiba Tuti muncul di sisi katilnya.
Rania
terkejut kerna dia fikir semuanya telah tidur akibat keletihan di siang hari.
“Tak
perlu. Tinggal sedikit sahaja lagi barang yang perlu dikemas. Kamu masih belum
tidur?” soal Rania kepada Tuti yang lengkap dengan pakaian tidurnya.
“Aku
ngak boleh tidur. Aku capek banget hari ni. Itu sebab tidak boleh tidur,
ikutkan aku memang mahu tidur. Sudah dipaksa mata ni, tapi masih ngak mahu
tidur lagi.” luah Tuti dengan suara perlahan bimbang jika bercakap kuat akan
menganggu tidur Femil dan Vina.
“Kamu
baca saja buku ini atau minum susu supaya cepat mengantuk.”
Rania
memberikan cadangan kepada Tuti yang tekun melihatnya mengemaskan barang.
“Bagus
juga idea itu. Aku cuba.”
Tuti
bergegas meninggalkan Rania keseorangan di katilnya.
“Kamu
terus tidur ya selepas selesai packing
barang.” ujar Tuti dengan rasa prihatin.
“Iya,
sweet dream Tuti.” ujar Rania
perlahan kepada Tuti yang sudah berbaring di katilnya.
Hampir
jam 11.00 malam, baru Rania selesai mengemas barang-barangnya. Beg tarik
diletakkan di tepi supaya mudah dicapai pada esok hari.
Rania
menarik nafas lega kerana misinya telah berjaya diselesaikan. Sekarang masa
untuk aku menulis diari Lelaki Dari Langit.
Hari ke-4 di Seoul,
Hai, apa khabar diariku sayang?
Moga baik-baik saja. Masa sungguh pantas berlalu. Hari ini aku shopping sakan
di Naedaemun Market dan Myeondong. Sebelum itu sesuatu yang sedih telah berlaku
pada diriku. Sebenarnya aku malas mahu bercerita namun aku perlu luahkan supaya
hatiku tenang seperti air sungai yang mengalir tenang.
Psst… Alex telah berlaku curang!
Ya, aku tidak berbohong atau mereka cerita. Mata besar aku sendiri yang nampak
Alex tidak berbaju dan keluar dari bilik Yoonah. Lepas tu pulak Yoonah cium
pipi Alex dengan mesra sekali. Sakit mata aku melihatnya.
Hadiah jam tangan yang diberikan
kepada aku langsung tidak dapat memadamkan insiden pagi tadi. Alex bersungguh
menyatakan yang aku sudah salah faham. Dia turut mencintai aku. Entah, aku
sendiri tidak pasti perasaan aku terhadap Alex. Baiklah, aku tidak dapat
menulis lagi bimbang air mataku akan tumpah gara-gara lelaki yang bernama Alex!
Diari
segera ditutup perlahan, Rania meletakkannya di sisi.
Dia
termenung seketika, akhirnya matanya terpejam rapat. Bunyi dengkuran mula berkumandang
di bilik itu.
FAREED
memerhatikan rumah Rania dengan tekun. Dia masih ingat lagi lokasi rumah Rania
walaupun 2 tahun sudah berlalu. Rumah teres 2 tingkat itu tetap sama kecuali
warna catnya sahaja telah bertukar warna hijau pucuk pisang.
Kereta
Toyota Vios kepunyaan ayah Rania ada di parkir kereta namun keadaan di rumah
itu seperti tiada orang langsung. Fareed membuat telahan. Sudah hampir sejam
dia melihat dan menunggu di seberang jalan. Dia berhasrat untuk berjumpa dengan
Rania.
Pesanan
yang ditinggalkan tempohari langsung tiada maklum balas. Mungkin staf di
pejabat Rania lupa untuk memberitahu Rania. Hari ini merupakan hari ke-3,
Fareed melakukan aktiviti itu. Dia tetap setia dan tidak jemu menunggu kelibat
Rania.
Mana
pergi semua orang di rumah Rania ni? Sunyi sepi aja aku tengok. Fareed pasti
itu rumah Rania. Ingatannya masih kuat untuk mengingati.
Aku
mahu tanya jiran Rania, nanti dia fikir aku penyamun yang merancang untuk
merompak rumah Rania. Tapi takkan aku mahu menunggu macam ni saja. Bagaimana
rupa Rania sekarang ni, adakah masih cantik seperti 2 tahun lepas?
Matanya
masih setia memandang rumah Rania tanpa ada rasa bosan. Fareed tidak sabar
untuk melihat Rania. Dia mempunyai hasrat yang besar dengan Rania. Impian hati
Fareed yang mengunung tinggi. Hanya seorang gadis yang diburu iaitu si cantik Rania!