Bab 18
MATA Rania
melilau mencari kelibat Furqan di balai ketibaan. Walaupun tidak ramai orang
namun suasana masih bising dengan pelbagai ragam pengunjung.
“Mana
pula Furqan ni, janji mahu datang. Sudah nak masuk jam 2.00 pagi ni, hish… ini
yang aku tak suka.” dengus Rania sendirian.
Dia
segera menyentuh telefon pintarnya, mencari no. telefon Furqan.
“Kak
Rania!” suara lelaki jelas dari arah belakangnya.
Rania
segera menoleh. Hah, akhirnya Furqan tiba. Alhamdulillah.
Tersengih-sengih
Furqan memandangnya dari jauh sambil melambai-lambai.
“Awal
kak Rania sampai.” sapa Furqan sambil mengambil beg tarik Rania.
“Mana
awalnya. Akak tiba di sini jam 1.15 pagi, sudah 40 minit akak tunggu Furqan.”
Rania membebel.
Oh!
Malaysia tanahair yang ku cintai, akhirnya kini aku berada semula di sisimu.
Wajah pelbagai bangsa jelas kelihatan. Tiada lagi orang yang memakai kot sejuk.
Tidak perlu lagi menaiki subway.
Rania cuba menyesuaikan diri dengan negara asalnya setelah 5 hari di Korea.
“Mana
boyfriend akak, tak nampak pun.” usik
Furqan sambil tertinjau-tinjau di sekeliling Rania.
“Akak
lupa bawa. Ada, tertinggal di Seoul.” Rania tergelak besar.
“Frustlah Mama dan Papa, kakak tak bawa
balik calon suami orang Korea.” usik Furqan lagi.
Rania
tersengih mendengar gurauan Furqan.
“Hahaha…
pandai buat lawak pagi-pagi ni. Lelaki Korea tak pandang akak pun. Di sana lagi
banyak wanita cantik yang boleh dipilih.” jawab Rania masih dengan gelak
tawanya.
“Alah…
wajah wanita dia orang tak asli. Banyak yang sudah buat plastic surgery. Kak Rania lagi cantik dan asli.” puji Furqan sambil
memandang kakaknya yang tinggi lampai.
“Akak
nampak semakin cantik dan berseri-seri sejak balik dari Seoul ni. Pasti ada
sesuatu kan?” usik Furqan membuatkan Rania membutangkan matanya.
“Melepaslah
Furqan dapat abang ipar orang Korea. Kalau tak, setiap tahun boleh ke Korea
jenguk akak.” gelak Furqan lagi membuatkan Rania menjuihkan lidah.
“Aah…
sudah, jangan nak merepek lagi. Mana Furqan parking
kereta? Akak dah tak sabar mahu tidur dengan teddy bear kat rumah. Mama dan Papa sihat ke?” soal Rania
membuatkan Furqan berhenti seketika. Dia tepat memandang Rania..
“Alhamdulillah,
sihat. Cuma Mama ada batuk-batuk sikit sejak balik dari Mekah hari tu. Ada
cerita best tau dari Mama untuk
akak.”
Furqan
sengaja memancing perhatian Rania.
“Alhamdulillah,
akak di sana selalu berdoa Mama dan Papa memperolehi umrah yang mabrur.” jawab
Rania dengan penuh perasaan.
“Rindunya
dengan cuaca di Malaysia.” tutur Rania sebaik sahaja berada di kawasan parking yang terbuka.
“Rindukan
cuaca atau rindukan boyfriend
Malaysia?” usik Furqan tidak habis menyakat Rania yang kelihatan letih.
“Hahaha..
pastilah rindukan kedua-duanya!” jawab Rania selamba.
Rania
rindukan gelak tawa Furqan adik lelakinya yang berusia 22 tahun. Dua tahun
lebih muda darinya. Walaupun negara Malaysia tiada cuaca sejuk namun dia tetap
berbangga dilahirkan di sini.
“MAMA
dan Papa syukur sangat dapat cukup hajar aswad walaupun masa itu waktu puncak.
Alhamdulillah, ALLAH permudahkan.” ujar Mama teruja dengan pengalaman selama 7
hari di Mekah.
Papa
hanya tersenyum mendengar cerita isterinya. Dia berasa gembira dapat berkumpul
dengan 2 orang anaknya, Rania dan Furqan penyeri dalam hidupnya.
“Alhamdulillah,
Rania pun mahu kucup hajar aswad kalau pergi sana nanti.” ujar Rania akan
impiannya.
“Insya-ALLAH,
Rania pasti akan dipanggil sebagai tetamu-Nya nanti. Jangan henti berdoa dan
kumpul duit.” Nasihat Papa kepada anak perempuan sulungnya.
“Apa
yang kakak belikan ole-ole untuk Furqan.” Tiba-tiba Furqan mencelah di ruang
tamu.
Mereka
semua sudah selesai menikmati sarapan, kini mereka berkumpul di ruang tamu.
Saling bertukar cerita antara 2 benua yang berlainan. Papa dan Mama dari bumi barakah Mekah dan Madinah
manakala Rania pula dari bumi Korea Selatan.
“Tak
sabar sejak pagi tadi, asyik tanya ole-ole dia.” usik Rania sambil membuka
sebuah beg plastik berwarna hitam.
“Kak
Rania ada belikan T-shirt ‘I LOVE KOREA’ tak?” soal Furqan teruja.
Sejak
dari Malaysia lagi dia sudah memberitahu Rania supaya jangan lupa belikan T-shirt
tersebut. Berulang kali diingatkan.
“Alamak,
lupalah nak beli. Yang ini hanya T-shirt perempuan sahaja.” ujar Rania dengan
nada kesal.
Dia
memandang tepat ke arah adik lelakinya.
“Akak!!
Biar betul tak belikan. Furqan sudah banyak kali ingatkan.” balas Furqan dengan
nada kecewa. Wajahnya mula muram tidak seceria seperti tadi.
Mama
dan Papa hanya mendiamkan diri tanpa banyak menyoal kepada Rania.
“Hah!
Ada la, tak perasan. Tersorok kat belakang ni. Ini T-shirt yang Furqan nak
sangat tu. Akak beli warna hitam yang macam Furqan mahu.” Terjah Rania
membuatkan Furqan melonjak gembira.
“Terima
kasih kak. Beli juga ole-ole untuk Furqan. Ingatkan sudah lupa pada adik di
Malaysia.
Almaklumkan
banyak lelaki handsome di Korea.” sakat
Furqan galak mengenakan Rania.
Mata
Rania membulat besar bila Furqan menyebut lelaki handsome Korea.
“Nak
kena Furqan ni, tak habis-habis bercakap pasal lelaki handsome Korea. Saja nak kenakan akulah tu!” Rania sempat
bermonolog sendirian.
“Mana
akak boleh lupakan adik yang paling handsome
ni.” usik Rania pula.
Furqan
sudah mula mengayakan T-shirt yang dibelikan Rania dibadannya yang agak gempal
berbanding badannya yang kurus ramping.
“Rania
ada beli brooch buatan Korea. Mama
pilihlah yang mana satu berkenan di hati.” Rania menghulurkan kotak brooch yang dibelinya di E-Lengdang,
Myeongdong.
“Wah,
cantiknya. Mama suka semuanya, pandai Rania pilihkan.” puji Mama kepada anak
gadisnya yang pandai memilih corak dan warna brooch yang sesuai dengan citarasanya.
Walaupun
Rania baru 2 tahun bekerja namun dia mengakui anak gadisnya itu pandai
menyimpan duit dan berjimat-cermat dalam berbelanja.
“Untuk
Papa tak ada ke?” sampuk Papa sambil menjenguk ke beg plastik yang ada di depan
Rania.
Mereka
semua ketawa bila mendengar permintaan Papa.
“Mestilah
ada. Rania tak lupakan ole-ole untuk Papa. Harap sangat Papa suka. Surprise!” Rania segera mengeluarkan
sebuah bantal comel dari sebuah beg plastik.
“Apa
tu?” soal Papa terpinga-pinga melihatnya. Dia agak blur.
“Ini
bantallah Papa. Bantal ini bagus untuk kesihatan dan kepala. Cuba Papa pegang,
dalamnya bukan kekabu tapi ada macam biji kacang. Orang Korea kalau tidur
gunakan bantal macam ni. Malam ni Papa boleh cuba gunakan.” ujar Rania
bersungguh.
Bantal
itu hanya sepanjang lengan orang dewasa. Rania membeli warna merah hati supaya
tidak cepat kotor. Rania tertarik untuk membeli kerana tidak ada idea ole-ole yang
sesuai untuk diberikan kepada Papa.
“Ooh…
nampaknya malam ni Papa mimpikan K-Pop la.” ujar Papa membuatkan semua ketawa
sakan.
“Jangan
nak mengada-gada, sedarlah sikit. K-Pop tu untuk orang muda saja.” usik Mama
kepada Papa yang mencium bantal itu berulang kali.
Rania
dan Furqan hanya tersenyum melihat kemesraan suami isteri itu.
“Sekali-sekala
apa salah, bermimpi jadi orang muda. Awak pun boleh cuba gunakan bantal ni
nanti.” balas Papa sambil menghulurkan kepada Mama.
“Bila
Rania mula bekerja?” soal Papa yang duduk tersandar di sofa berbunga ros.
“Insya-ALLAH,
hari isnin ni Rania masuk kerja.” jawab Rania sambil menyusun beg plastik yang
tidak digunakan. Selesai sudah sesi memberi ole-ole kepada ahli keluarganya.
Selepas
ini Rania boleh sambung tidur. Dia mahu qadak tidurnya. Di Seoul, dia kurang
tidur kerana asyik bersiar-siar.
“Rania
sempat main salji ke?” soal Mama yang kelihatan agak gelap mungkin kerana cuaca
panas di sana membuatkan kulitnya berubah warna.
“Eis..
taklah Ma. Rania pergi ni musim bunga. Musim sejuk baru saja berlalu. Tapi
tetap rasa sejuk macam duduk dalam fridge
saja.” balas Rania.
“Kalau
pagi-pagi tu, cakap pun mulut keluar asap. Naik kaku dibuatnya.” sambung Rania
lagi akan pengalamannya di Seoul selama 5 hari.
“Zaidah,
tahan pula dia sejuk. Bukan ke dia tu ada asma dan tak tahan sangat dengan suhu
sejuk.” sampuk Papa.
Dia
mengetahui Zaidah bersama Rania di Seoul.
“Alhamdulillah,
Zaidah okay aja. Semua ubat-ubatan dia sudah bawa sekali.” jawab Rania tanpa
memandang ke arah Papa.
Pasti
kacau kalau Papa dan Mama tahu cerita sebenar bahawa Zaidah last minute tidak jadi ke Korea kerana
asmanya yang teruk.
Rania
bersandar ke sofa setelah barang-barangnya dikemaskan. Tangan Mama disentuh
mesra, “Ma, ole-ole untuk Rania dari Mekah tak ada ke?” Rania seolah-olah
menagih hadiah macam budak kecil.
“Untuk
kak Rania tak ada. Hanya untuk Furqan saja yang Mama belikan. Betul tak Ma?”
Furqan segera duduk di sebelah Mama.
Rania
membuat muka masam bila mendengar kata-kata Furqan.
“Betul,
Ma ada belikan Furqan jubah lelaki dan Rania pula jubah perempuan.”
“Nanti
solat Jumaat Furqan boleh pakai. Kita sama-sama pakai jubah.” Sampuk Papa.
“Okay,
tiada masalah. Sudah lama Furqan nak pakai jubah bila gi solat Jumaat.” Furqan
memeluk Mama dengan penuh kasih sayang sebagai tanda terima kasih.
“Furqan
kalau pakai jubah pasti nampak macam lelaki Arab.” usik Rania.
“Mestilah,
Furqan kan handsome. Pakai apa pun
tetap handsome. Kak Rania jangan jelous ya.” jawab Furqan sambil
membaling bantal kecil sofa kepada Rania.
“Perasan!”
Rania mengelakkan diri daripada terkena bantal kecil tersebut.
“Anak
Mama dua-dua handsome dan cantik.
Mama belikan Rania jubah hitam, harap sesuai dengan saiz badan Rania. Nanti
Mama ambilkan, Rania boleh cuba.”
Furqan
dan Rania tersenyum gembira dengan kata-kata Mama yang pandai mengambil hati
mereka.
“Rania
dan Furqan jangan lupa minum air zam zam yang Papa dapat daripada agensi umrah.
Sebelum minum selawat dan berdoa mohon kepada ALLAH akan hajat di hati. Doa
mereka yang minum air zam zam adalah mustajab.” ujar Papa sambil tersenyum.
Nasihat
itu turut disampaikan oleh ustaz yang mengiringi perjalanan kembara suci mereka
di sana. Wajah Papa kelihatan bersih dan bercahaya.
“Hah,
dengar tu kak Rania. Berdoa dapat jodoh lelaki Korea sebelum minum air zam
zam.” usik Furqan membuatkan wajah Rania merona merah di hadapan Papa dan Mama.
Rania
segera membaling semula bantal kecil ke arah Furqan. Namun Furqan sempat
mengelak. Dia hanya tersengih menampakkan giginya yang berlapis. Rania
mengetapkan bibir.
“Furqan
pun sama berdoa jodoh isteri yang solehah.” sampuk Mama membuatkan Furqan
terkejut.
Rania
tergelak sakan mendengar kata-kata dari Mama. Padan muka, tadi mengenakan aku
sekarang giliran kau pulak!
“Ma,
Furqan muda lagi. Baru 22 tahun, belajar pun tak habis lagi.” ujar Furqan
perlahan. Dia belum bersedia untuk memberikan komitmen dengan sebuah
perkahwinan.
“Sebab
mudalah, Mama suruh kamu berdoa dapat calon isteri yang beriman. Di Mekah, Mama
lihat banyak pasangan muda yang sudah bernikah buat umrah dan beribadat di
Masjidil Haram.” cerita Mama dengan wajah yang serius.
Papa
hanya memerhatikan dan tersenyum melihat telatah 2 adik-beradik.
“Mama
doakan Furqan dapat jodoh yang baik. Doa ibukan mustajab!” sahut Furqan
malu-malu. Rania hanya tersengih melihat wajah Furqan yang merona merah.
“Iya,
Mama selalu mendoakan jodoh yang baik dan beriman untuk anak-anak Mama. Moga
bahagia dunia dan akhirat.” sambung Mama lagi.
Tangan
Papa dipegang mesra. Perbezaan usia Mama dan Papa hanya 5 tahun sahaja.
“Terima
kasih Ma.” Rania memeluk Mama dengan penuh kasih sayang.
“Mama,
nak suruh Rania simpankan atau Mama mahu tinggalkan di sini.” ujar Rania
sebelum beredar dari situ.
“Biarkan
di sini. Tak puas Mama mahu belek lagi. Jauh brooch ni datang. Rania mahu ke mana?” soal Mama sambil menyusun brooch di atas meja kaca hadapannya.
“Apa
lagi Ma, kak Rania mahu tidurlah tu.” perli Furqan sambil tersengih.
“Kak
Rania keletihan. Asyik berjalan di Seoul 5 hari. Sudah, pergi berehat. Nanti
jam 12.45 tengahari Mama kejutkan.” Mama menjawab bagi pihak anak gadisnya.
Dia
tahu Rania keletihan dan tidak cukup tidur. Melihat wajah Rania yang agak pucat
sudah pasti anaknya itu menggunakan tenaga yang bukan sedikit di Seoul.
“Hah,
dengar tu. Mama pun faham tau!” perli Rania sambil berlalu dari ruang sofa
menuju ke tingkat atas.
Sebaik
sahaja Rania merebahkan badan di atas katil, tangannya segera mengambil teddy bear besar yang berwarna coklat.
Dicium teddy bear tu, hadiah daripada
Papa sejak dia berusia 21 tahun.
Tiba-tiba
mata Rania terpandangkan scarfyang
berwarna merah pemberian Alex. Tanpa disedari dia bangun dan mengambil scarf. Direnung scarf itu lama.
“Apa
khabar Alex? Macam mana keadaan dia hari ini?” soalan itu muncul di fikirannya.
Dipegang scarf yang lembut buatannya.
Bau minyak wangi Alex masih kekal di situ. Seolah-olah Alex berada di sisinya. Scarf itu segera dipakaikan pada leher Mr. Teddy Bear. Dia tersenyum sendirian
melihat Mr. Teddy Bear kelihatan handsome bersama scarf dari Korea. Entah mengapa pagi ini hatinya menjadi dingin, terus
teringatkan Alex yang jauh dari mata.
ALEX
meneliti pesanan biji kopi yang diimport khas dari Amerika Syarikat. Diciumnya
bau biji kopi dengan cermat. Staf di situ hanya memerhatikan kelakuan majikan
yang masih muda dan bujang. ALEX Kim Jie, pemilik penuh Honey Coffee Café yang
terletak di Seoul.
“Biji
kopi ini masih baru. Simpan elok-elok di dalam stor. Ambil sedikit untuk buat
minuman pelanggan hari ini.” ujar Alex dengan wajah yang serius ketika bekerja.
Walaupun
sudah 5 hari dia tidak ke kafé namun setiap pelaporan telah dimaklumkan oleh
pembantunya.
“Baik,
wajah Mr. Alex kelihatan pucat. Tuan sakit ke?” soal staf tadi prihatin.
“Tak,
saya cuma kepenatan sedikit. Kamu boleh bawa guni biji kopi ini ke stor.” Arah
Alex kepada staf lelakinya yang memakai spek mata bulat.
Sehingga
kini, Alex mempunyai 15 orang staf yang terdiri daripada 6 perempuan dan 9
lelaki. Honey Coffee Café beroperasi selama 15 jam setiap hari kecuali hari
Isnin akan ditutup.
Alex
memegang wajahnya, agak panas. Sejak bangun pagi tadi, dia sudah berasa
badannya panas. Alex sempat membuat air teh ubat sebelum ke kafé. Dia perlu
berada di kafé hari ini setelah 5 hari bercuti.
“Mr.
Alex, bunga ros ini mahu diletakkan di mana?” soal seorang staf wanita sambil
tersenyum nakal.
“Kamu
letakkan di pejabat saya. Pastikan bunga itu kelihatan sentiasa segar ya.”
balas Alex.
Matanya
tidak lepas daripada melihat bunga ros itu dibawa masuk ke dalam pejabatnya.
Dia menahan rasa rindu yang memuncak kepada Rania. Tidak sampai 24 jam, Alex
sudah mula serba tidak kena di sini. Dia pasti Rania sudah tiba di Kuala Lumpur
dan bersama ahli keluarganya.
“Mr.
Alex, Cik Yoonah datang dan mahu berjumpa. Dia ada di luar.” Tiba-tiba seorang
staf lelaki datang memberitahunya.
“Katakan
kepadanya yang saya sedang sibuk. Bagi Cik Yoonah minuman kegemarannya. Saya
mahu masuk ke pejabat.” Alex terus beredar dari ruangan dapur yang menempatkan
peralatan membuat minuman coffee.
Staf itu hanya menganggukkan kepala.
Alex
merenung bunga ros yang ditinggalkan Rania semalam. Dia menghampiri bunga ros
itu lalu dicium perlahan. Bau harum menusuk ke hidung mancungnya. Bagaimana
keadaan Rania sekarang di Kuala Lumpur? Adakah Rania masih mengingati dirinya
seorang diri di sini? Sihat ke dia? Atau dia pun demam seperti aku? Pelbagai
persoalan yang muncul difikirannya pagi ini. Kepalanya juga berdenyut-denyut,
Alex menahan sakit. Badannya terasa panas.
Bunga
ros merah hati direnung semula dengan mata yang layu. Alex berasa tidak
bersemangat hari ini. Badannya seolah-olah tidak bermaya hanya disebabkan
ketiadaan Rania di depan matanya. Mereka kini terpisah 4,619.6 kilometer atau 2,870.5 batu jauhnya.
Alex
turut menyalahkan dirinya kerana tidak mendapatkan no. telefon dan akaun facebook gadis itu untuk dihubungi.
Semuanya itu Alex terlupa akibat kalut memikirkan cara memujuk dan memohon maaf
daripada Rania. Alex menundukkan kepalanya di atas meja tanda menyesal.
Tiba-tiba
pintu biliknya dibuka keras, “Hai, Alex!” suara wanita itu cukup dikenali.
Alex
mengangkat wajahnya melihat siapa yang masuk ke pejabatnya ketika ini. Kelibat
Yoonah muncul di depannya dengan tersenyum lebar. Yoonah mara ke arahnya tanpa
disuruh. Dia duduk berhadapan dengan Alex. Matanya terus memandang Alex sambil
tersenyum sinis.
“Tak
ada lah teruk sangat sakit kau ni. Cuma nampak tidak bermaya sahaja.” perli
Yoonah sambil membetulkan rambutnya yang panjang.
“Siapa
benarkan kau masuk ke sini?” soal Alex dengan nada tinggi.
“Tiada
siapa yang benarkan. Aku sendiri yang mahu masuk. Aku mahu melihat kau okay ke
tidak setelah tiadanya Rania di Seoul.” ujar Yoonah tenang. Matanya tidak lepas
memandang bunga ros merah yang tersusun kemas di dalam pasu bunga.
“Bunga
ini untuk Rania? Eh, tapi kenapa ada di pejabat kau pula? Pelik sungguh!”
Yoonah sengaja membuatkan hati Alex panas. Dia sungguh cemburu dengan Rania,
Alex sanggup membelikan jambangan bunga ros untuk gadis yang belum tentu
menerimanya.
“Kau
diam boleh tak? Kepala aku sakit ni. Kau datang bertambah sakit dibuatnya.” jawab
Alex dengan sinis.
“Aku
cuma bertanya sahaja. Ingin mengetahui cerita sebenar apa yang telah berlaku
semalam. Rania tidak terima pemberian bunga ros ni ke?” duga Yoonah membuatkan
Alex merenung tajam wajah putih Yoonah di depannya.
“Rania
tertinggal bunga ros.” jawab Alex lemah.
“Betul
ke Rania tertinggalkan bunga ros ini, bukan sebab dia menolak cinta kau?” ujar
Yoonah lagi. Dia pasti Rania menolak pemberian bunga ros ini daripada Alex
setelah mendengar cerita baby mereka.
Nampaknya lakonannya berjaya dan berkesan. Yoonah tersenyum sendirian.
“Kenapa
kau tersenyum?” soal Alex dengan penuh rasa curiga dengan kelakuan Yoonah.
“Aku
senyum pun tak boleh?” pantas Yoonah menjawab. Dia mula berdiri, beg tanggannya
digenggam erat.
“Okaylah
Alex, aku mahu beredar. Aku tidak mahu menganggu khayalan kau dengan gadis
Malaysia tu. Kalau kau perlukan teman untuk berhibur, aku sudi menerimanya.
Jangan lupa call aku ya.” ujar Yoonah
dengan nada manja. Alex hanya memalingkan muka ke arah lain. Menyampah dan
meluat dengan perangai Yoonah yang sengaja membuatnya sakit hati.
Alex
memeluk badannya. Kerusi dipusingkan. Dia mendengus panjang. Marah
akan dirinya sendiri kerna gagal menambat hati Rania selama 5 hari yang lalu.
Kini, Rania sudah tiada di Seoul. Harapannya semakin tipis atau tiada langsung .
Bagaimana aku mahu menghubungi Rania di Malaysia sedangkan satu maklumat pun
aku tak ada. Dia memejamkan matanya rapat. Alex mati akal.