Home Novel Cinta Psst... Dia Suami Saya!
Bab 13 - PDSS
PAPAN tanda Namdaemun Market jelas terpampang di hadapan mata Rania. Jam tangannya menunjukkan jam 10.00 pagi, kakinya mula melangkah perlahan. Kamera mula dipegang untuk menangkap peristiwa atau benda yang menarik perhatiannya.

Tinggal sehari setengah sahaja lagi Rania di bumi Korea. Bagai tidak percaya dia sudah mahu pulang ke Malaysia.

Namdaemun Market ada menjual pelbagai barangan seperti pakaian, makanan, peralatan dapur, cenderahati dan sebagainya. Di sini harganya agak murah berbanding tempat lain dan boleh tawar-menawar.

Sasaran utama Rania di sini mahu mencari cenderahati seperti t-shirt, pengetip kuku, keychain, chopstick, penanda buku, mafla, scarves dan sweater untuk dirinya sendiri dan kawan-kawan.

Pengunjung agak ramai datang ke situ kerana popular di kalangan pelancong. Hampir setiap kedai yang ada di situ Rania singgah dan lihat jika ada barang yang berkenan di hati. Dalam fikirannya sudah ada senarai barang yang mahu di beli.

“Alex, annyong hasimnika (Apa khabar)?” suara itu membuatkan Rania pantas menoleh ke belakang. Jantungnya mula berdebar-debar.

Cal Cineyo (Baik-baik saja) jawab seorang lelaki berbangsa Korea dengan senyuman lebar.

“Fuh, nasib baik bukan Alex yang mengekori aku tapi orang lain.” Rania mengeluh perlahan.

Dia meneruskan langkah.

Kenapa aku dari tadi asyik dengar nama dan kelibat Alex yang terbayang-bayang di mataku.

Rasa macam nak padam terus nama dan wajah Alex dari memori aku, itu pun kalau boleh dibuat.

“Apa khabar? Mari masuk.” panggil pemilik kedai cenderahati yang berbangsa Korea.

Rania tersenyum lebar. Biar betul lelaki ni pandai cakap Melayu. Pemilik itu turut tersenyum apabila Rania terkejut mendengar pertuturannya.

“Kuala Lumpur? Murah-murah.” ujar lelaki itu lagi.

Rania hanya menganggukkan kepala.

Pandai betul mereka ni bertutur bahasa Melayu atau pun mereka hanya menghafal beberapa perkataan. Mungkin ini disebabkan ramai pelancong dari Malaysia yang suka shopping di Korea membuatkan mereka cepat belajar bahasa Melayu. Rania membuat andaian sendiri.

Rambang mata dibuatnya, semuanya cantik belaka dan unik pada pendapat Rania.

Setelah hampir 20 minit berada di situ, akhirnya Rania membeli ketip kuku yang ada model orang Korea, fridge magnet yang beridentitikan bangsa Korea, chopstick yang diukir cantik dan penanda buku yang unik.

“Ajushi, beri harga murah lah.” ujar Rania tepat memandang pemilik kedai itu.

“Ya, saya beri harga murah. Semuanya KRW80,000 saja. Ini kipas Korea saya bagi percuma untuk awak.” ujar lelaki itu dengan ramah sekali.

Kamsa hamnida (Terima kasih).” balas Rania dengan senyuman manis. Beg plastik berwarna hitam segera dicapai.

Apa lagi yang mahu dibeli, cuaca nampak panas namun Rania tetap rasa sejuk. Mungkin tidak biasa dengan cuaca sejuk itu.

Tiba-tiba telefon pintarnya berbunyi, ada pesanan ringkas masuk. Segera Rania melihatnya,

“Assalam, amboi bukan main lagi kau kat sana. Ingat tau, hari esok balik Malaysia. Jangan lupa ole-ole poster penyanyi kesukaan aku tu. Btw, ada lelaki cari kau. Okay, bye bye. Take care.”

Rania tersenyum sendirian, SMS dari Zaidah rupanya.

“Lelaki mana pula yang cari aku. Macam-macam lah Zaidah ni.” getus Rania sendirian.

Di depannya ada sebuah bangunan hijau. Oh, ni la tempat E-Lengdang (Jewel Park Accecories) tempat orang cari brooch.

Rania segera memasuki bangunan itu yang menjual pelbagai baju, brooch dan lain-lain. Kali ini dia mahu membeli cenderahati untuk ibu yang mengemari brooch dari Korea.

Kedai bernombor 209 segera di cari setelah terbaca di dalam salah satu blog mereka yang pernah shopping di Naedamun Market. Usai membeli 4 brooch, Rania segera keluar dari situ.

Perutnya mula berbunyi minta diisi. Makanan apa yang boleh dimakan di sini, semuanya nampak menyelerakan. Namun, Rania ragu dengan kandungan makanan yang disediakan di gerai makanan yang berderet.

Wajah Rania segera berubah sebaik sahaja terlihat satu gerai yang menjual kebab oleh orang Turki. Laju sahaja kakinya ke situ untuk mengalas perut yang lapar.

“Assalammuaikum.” ujar lelaki berbangsa Turki kepada Rania setelah dia hampir ke gerainya.

“Waaikummussalam. Kebab chicken, satu.” ujar Rania teruja. Lelaki itu menganggukkan kepala dan terus membuat kebab dengan pantas. Tidak sampai 10 minit kebab sudah siap.

“Terima kasih.” ujar Rania sebaik sahaja membayar harga kebab ayam. Bau kebab sungguh menyelerakan di dalam cuaca yang sejuk.

“Sedap juga walaupun tidak berapa pedas sos nya. Tapi kira okay lah daripada tiada langsung.” Rania bermonolog sendirian setelah mencuba makan kebab yang dibuat oleh lelaki Turki yang pemurah dengan senyuman.

“Lepas ni aku nak ke mana ya?” Rania menyoal dirinya sendiri.

“Aku mahu ke istana lama orang Korea. Istana Gyeongbokgung aku tak jadi pergi hari ini. Tapi di tangan aku ni ada banyak barang dan berat nak bawa. Baik aku balik sekejap ke guesthouse, lagi pun hanya 1 stesen sahaja dari sini.” Rania bermonolog sendirian lalu segera membuat keputusan.

Sebaik sahaja Rania tiba di guesthouse, namanya dipanggil.

Rania, this one for you.” ujar staf yang bertugas di situ. Sebuah bungkusan dihulurkan kepadanya.

Kamsa hamnida (Terima kasih).” tutur Rania sebaik sahaja menerima bungkusan itu dengan penuh tanda tanya.

“Apa benda ni? Siapa pula yang bagi kat aku?” ujar Rania sendirian. Laju sahaja kakinya melangkah menuju ke bilik.

Pintu bilik ditutup, bungkusan itu segera dibuka. Hatinya berdebar-debar untuk mengetahui siapa gerangan yang memberi bungkusan itu. Sebuah jam tangan yang berwarna keemasan jelas berada ditangannya.

Wah, cantik gila bila aku pakai. Eh, siapa yang bagi aku ni?

Matanya terperasan dengan sebuah kad kecil di sisi bekas jam tangan itu. Segera dicapai dan dibaca dengan rakus!

Buat Rania yang dicintai,

Memori indah bersamamu tetap dalam ingatanku

Setiap detik ku nantikan gelak-tawamu yang membuatkan jantungku berdebar

Insiden pagi tadi adalah kelemahanku

Maafkan aku jika ianya menyakiti hatimu

Percayalah aku lelaki yang setia pada dirimu.

Ikhlas mencintaimu;

Alex

Rania memejamkan matanya rapat-rapat. Ada air jernih yang mengalir perlahan di pipinya.

Matanya di buka semula dan tepat memandang jam tangan yang dalamnya ada bentuk ‘LOVE’. Mukanya disembamkan ke bantal.

Rania menjerit nama Alex sekuat hatinya! Badannya bergegar.



AQUARIUM ikan ditenung lama, umpama mahu menerobos cermin aquarium lagaknya. Alex mendiamkan diri di sofa berwarna putih. Telefon pintar di depan mata Alex.

Badannya letih akibat mencari Rania di Muzium Jong Sing dan Istana Gyeongbokgung. Hampir seharian dia menunggu di situ seperti menunggu sesuatu yang tidak pasti.

Sungguh bosan dan menyakitkan hatinya kerana gagal menemui Rania. Sangkaannya meleset sama sekali!

“Harap sangat Rania menerima hadiah jam tangan lalu memaafkan aku.” Alex bermonolog sendirian.

Kedua tangannya disilang kemas di badan. Ke manakah Rania menghilangkan diri hari ini?.

Serba tidak kena dibuatnya kerna mereka berjumpa dalam keadaan Alex yang mengaibkan pagi tadi.

Dia mahu berpisah dengan Rania secara baik dan bahagia sebelum gadis itu pulang ke Malaysia pada esok hari. Sesuatu yang mahu ditangguhkan dan tidak mahu ianya terjadi. Berpisah antara 2 negara.

Alex merebahkan badannya di sofa yang empuk. Tangannya pantas mencapai telefon pintar, gambar-gambar Rania dilihat satu persatu tanpa ada rasa jemu.

Dia berharap sangat Rania akan menelefon atau memberi SMS.

Alex tidak kisah Rania mahu marah, merajuk atau sebagainya yang paling penting dia mahu bersemuka dengan Rania dari mata ke mata. Matanya lama-lama semakin mengecil dan mengecil. Dia berada di alam lain.

“Kamu seorang lelaki yang curang lagi tidak boleh dipercayai. Saya benci kamu! Kamu lupakan saya. Ingat, kita saling tidak mengenali!” gertak Rania keras membuatkan Alex terduduk.

“Rania!!!” jerit Alex sekuat hatinya.

Matanya terbuka dan dia segera mencari kelibat Rania yang bercakap dengannya sebentar tadi.

“Rania, kamu masih di sini ke?” Alex memanggil nama itu dengan sepenuh hatinya.

Sunyi sepi tiada sesiapa yang membalasnya. Hanya bunyi air di akuarium yang jelas kedengaran.

“Aku bermimpi rupanya.” bisik hatinya lemah.

Alex termenung memandang ke arah luar. Pemandangan bangunan pencakar langit di Seoul dapat dilihat dengan mata kasarnya.

Moga Rania tidak apa-apa. TUHAN, tolong jaga gadisku! Alex berdoa dengan penuh pengharapan.

Baju segera dibuka, Alex terus membersihkan diri dan menenangkan diri di dalam apartment mewah yang dibelinya  sejak 1 tahun yang lepas.

Sambil merendamkan diri dengan buih sabun dan air panas, Alex berkhayal. Dia memikirkan strategi yang paling berkesan untuk berjumpa dengan Rabia.

Usai mandi dia bersiap-siap untuk pergi semula ke guesthouse tempat penginapan Rania. Dia tetap mahu jumpa Rania tidak kira apa yang bakal terjadi. Dia nekad dan perlu berani menghadapi sebarang risiko!.

Dua jam kemudian, Alex sudah terpacak di ruang lobi Kimchee Myeongdong Guesthouse. Segera dia bertanya kepada staf yang bertugas sama ada Rania sudah menerima bungkusan yang dikirimkan.

Kamsa hamnida.” ujar Alex sebaik sahaja mendengar perkhabaran gembira bahawa Rania sudah pulang ke guesthouse.

Lega hatinya, moga nota kecil Rania sudah baca dan sudi memaafkannya.

Alex melabuhkan punggungnya di sofa merah yang disediakan oleh pihak guesthouse. Dia mahu menunggu di situ sehingga dapat ketemu Rania. Biar Rania terkejut melihat kemunculan dia.

Sementara itu, mata Rania terbuka perlahan-lahan. Dia bingkas bangun apabila melihat jam tangan menunjukkan jam 3.00 petang. Rania sungguh tak sangka yang dia terlena, towel merah segera dicapai untuk membersihkan diri.

Matanya agak sembab dan bengkak akibat banyak menangis tadi.

Usai solat zuhur, Rania mengalas perutnya dengan sebiji buah epal Korea yang agak besar jika dibandingkan dengan buah epal yang pernah dilihatnya di Kuala Lumpur.

Jam tangan pemberian Alex disimpan semula dalam bekasnya. Rania bersiap-siap mahu keluar. Perancangannya telah bertukar, dia mahu shopping lagi tetapi kali ini di kawasan Myeongdong sahaja kerna hari sudah agak lewat untuk ke tempat lain.

Esok pagi sahaja dia akan ke Istana Gyeongbokgung. Sebaik sahaja Rania memberi kunci bilik kepada staf yang bertugas, dia terus berjalan keluar dari guesthouse.

“Rania!” satu suara yang cukup dikenali. Segera dia menoleh ke belakang. Jantungnya berdegup kencang.

“Alex!” luah Rania terkejut.

Dia segera memalingkan muka semula dan berjalan laju meninggalkan Alex. Melihat itu, Alex terus berlari anak menghampiri Rania yang sudah maju ke depan.

Alex terus berdiri di depan Rania dan menghalangnya daripada terus berjalan.

“Rania, dengar cakap saya!” ucap Alex dengan termengah-mengah.

“Kenapa ni? Jangan ganggu saya!” jawab Rania dengan nada tinggi.

“Rania, kenapa kamu larikan diri daripada saya.” kata Alex tepat memandang ke wajah Rania.

“Mana ada saya larikan diri daripada kamu.” balas Rania memberi alasan mudah. Matanya memandang ke arah kanan. Wajah Alex langsung tidak dipandang.

“Habis tu, yang saya panggil tadi. Kamu langsung tidak mahu berjumpa dengan saya?” ujar Alex serius.

“Saya tidak perasan yang kamu panggil saya. Jangan ganggu laluan saya!” Rania menolak Alex ke tepi. Dia meneruskan perjalanan. Alex terkejut namun mendekati Rania yang laju berjalan.

“Kamu marah saya kan?” ujar Alex lembut membuatkan Rania segera memandang tepat ke wajah Alex.

Matanya dibesarkan.

“Marah? Buat apa saya mahu marahkan kamu!” balas Rania dengan suara yang tinggi.

“Habis tu, wajah kamu masam sahaja sebaik sahaja ketemu dengan saya.” usik Alex membuatkan Rania mendengus kuat dan berpaling ke arah lain.

“Saya bad mood itu sahaja.” pendek sahaja jawapan Rania.

Kedai Nature Republic segera dimasuki, Alex hanya mengekori langkah Rania. Wajah artis Korea yang terkenal Jang Geun Seuk terpampang besar di bahagian atas pintu masuk kedai tersebut.

“Kenapa pula kamu bad mood, sebelum ini kamu ceria sahaja.” soal Alex lagi membuatkan Rania menjeling tajam ke arahnya.

“Saya letih dan kurang tidur.” pantas Rania menjawab.

Di depannya ada deretan barangan komestik dan kesihatan yang dibungkus cantik. Dia mahu mencari BB cream untuk dirinya sendiri. Pelbagai barangan komestik yang ada seperti snail cream, facial mask, losyen dan sebagainya.

“Kamu kurang tidur kerana teringatkan saya kan?” usik Alex lagi membuatkan Rania menjeling tajam kepada Alex.

Melihat itu, Alex tersenyum nakal. Dia suka melihat jelingan mata Rania yang besar.

“Saya tiada masa mahu memikirkan kamu!” tempelak Rania keras.

Sibuk saja Alex ni, mengekorinya sejak dari guesthouse. Mahu pujuk aku lah tu. Faham sangat dengan lelaki playboy macam Alex!

“Saya tidak percaya. Kamu rindu saya kan?” teka Alex.

Rania hanya mendiamkan diri malas mahu bercakap lagi dengan Alex.

Sebaik sahaja Rania selesai memilih BB Cream dan Snail Cream, dia terus ke kaunter untuk membuat pembayaran.

Semuanya berharga KRW60,000. Belum sempat Rania mengeluarkan duit dari begnya, Alex terlebih dahulu telah menghulurkan wang tersebut.

Alex tersenyum memandang Rania sambil berkata, “Saya belanja kamu supaya kamu kelihatan lebih cantik.”

Rania tergamam.

Dia terus mengucapkan kamsa hamnida kepada pembantu jualan yang berbangsa Korea. Rania mengelengkan kepala dengan tingkah laku Alex.

Sebaik sahaja Rania keluar dari Nature Republic, matanya tertarik melihat maskot besar seekor kucing yang berwarna coklat.

Maskot yang sebesar tubuh manusia itu membuat pelbagai aksi gaya dan menarik perhatian orang ramai yang lalu di situ. Ada yang mengambil kesempatan mahu bergambar dengan maskot itu yang kelihatan sungguh comel dan mesra.

Keadaan agak sesak dan happening dengan pengunjung di Myeongdong. Majoriti di sini orang muda dan wajah pelancong dari pelbagai negara.

Mungkin di sini banyak menjual produk kesihatan, kecantikan seperti The Face Shop dan Etude House. Kedai makanan dan pakaian turut ada di sini. Pakaian dan kosmetik di sini banyak menggunakan model artis dan K-Pop sebagai jurucakap produk mereka.

Maka tidak hairan hampir di setiap di kedai akan ada gambar dan poster besar artis. Lagu K-Pop turut diputarkan di kedai berkenaan. Memang happening!

“Kamu tidak mahu bergambar dengan maskot kucing?” soal Alex kepada Rania yang ceria melihat gelagat maskot itu.

“Saya tidak mahu.” jawab Rania acuh tidak acuh.

Dia meneruskan perjalanan sambil mengambil gambar penjual lemon jus sebagai kenang-kenangan untuk koleksi peribadinya.

“Esok flight kamu jam berapa?” soal Alex yang berada di sisinya.

“Malam.” jawab Rania malas.

Tangannya leka membelek deretan pakaian wanita yang berwarna-warni.

“Saya temankan kamu sehingga di airport ya.” Alex menawarkan diri untuk bersama Rania sehingga ke akhir pertemuan mereka.

“Tidak perlu. Saya akan pergi sendiri.” jawab Rania perlahan.

"Kacau! Rania masih berkeras untuk dihampiri dan berbual mesra seperti 4 hari yang lepas" Alex mengeluh perlahan.

Dia mula memikirkan strategi lain untuk membolehkan Rania memaafkan dirinya. Alex perlu segera memberi penjelasan yang sebenar.

“Rania, sebenarnya kamu sudah salah faham. Antara saya dan Yoonah tidak ada apa-apa perhubungan. Kami hanya kawan biasa sahaja. Yoonah membantu saya kerana mabuk yang teruk. Itu sahaja, tiada apa-apa yang terjadi antara kami malam tadi.” jelas Alex bersungguh.

Dia tahu Rania mendengarnya walaupun gadis itu buat muka tenang seolah-olah tiada apa yang berlaku.

“Tiada apa yang salah faham. Saya tidak mahu ambil tahu kisah kamu berdua. Lagi pun kita tiada sebarang hubungan.” jawab Rania tanpa memandang ke wajah Alex.

Akhirnya Rania memilih baju t-shirt berwarna hijau kerana warnanya yang cantik. Kaki Rania mula menaiki ke tingkat 2 untuk melihat koleksi baju yang lain pula.

Alex tetap mengekori Rania. Walaupun sebelum ini Rania telah memberi amaran keras supaya tidak mengekorinya lagi.

Tingkat 2 menawarkan pelbagai baju wanita dan lelaki mengikut fesyen terkini. Rania teruja kerana fesyen baju di situ selalu dipakai oleh artis Korea.

“Cantiknya baju ni!” Rania menjerit kecil tatkala melihat design baju yang menarik, iaitu mini dress. Dia mahu memakai dengan skirt panjang.

Namun, Rania meletakkan semula mini dress yang berwarna merah itu ke tempat asalnya sebaik sahaja melihat harga KRW80,000 sehelai. Harga yang agak mahal untuk dibeli.

Rania budget KRW40,000 sahaja untuk membeli pakaian di situ. Walaupun ada dipaparkan harga diskaun 20 hingga 70 peratus namun harganya masih mahal buat Rania. Wajahnya berubah kelat.

“Kenapa kamu tidak beli?” soal Alex hairan bila Rania tidak mengambilnya.

Rania hanya menjengkitkan bahu dan berlalu dari situ.

Alex segera mengambil baju itu dan melihat tanda harganya. Oh, patutlah Rania tidak jadi beli kerana harganya mahal.

Dia mengelengkan kepala dengan gelagat Rania.

Total amount KRW50,000.” ujar lelaki muda yang gayanya seperti artis K-Pop. Memang sesuai imej itu di sini. Rania menyerahkan wang tunai.

Matanya terpegun melihat lelaki muda itu melipat t-shirt dengan rapi.

Sebaik sahaja beg kertas diserahkan kepada Rania, seorang pemuda yang memakai spek mata datang kepada Rania dengan sebuah bungkusan berwarna putih.

This is for you. Kamsa hamnida.” lembut sahaja tutur pemuda itu. Senyuman tidak lekang dari bibirnya.

Rania terkejut, dia terus menerima beg kertas dan melihat isinya. Mini dress tadi! Mata Rania terbeliak melihatnya.

“Siapa yang bayarkan mini dress ni?” hatinya tertanya.

“Ayuh, kita ke kedai lain.” sapa Alex yang tiba-tiba muncul di sebelahnya.

Hah! Ini mesti kerja Alex. Bayarkan mini dress yang aku tidak jadi beli tadi.

Matanya terus memandang Alex, namun Alex hanya tersenyum penuh makna. Alex dengan wajah selamba terus berjalan keluar.

“Kamu mahu beli apa lagi?” soal Alex sebaik sahaja mereka ke laluan utama Myeongdong. Pengunjung masih ramai lagi menyesakkan keadaan. Bising!

“Saya mahu beli poster K-Pop. Kawan saya suruh belikan.”

“Kenapa kamu belikan saya mini dress tu?” soal Rania yang masih tidak sangka Alex berbuat demikian.

“Kamu suka mini dress tu, jadi saya belikan sebagai ole-ole untuk kamu.” jawab Alex dengan girang.

“Tapi… saya tidak suruh kamu belikan untuk saya pun.” rungut Rania.

Dia tidak mahu Alex memberinya hadiah lagi.

“Sebelum tu, kenapa kamu tidak pakai jam tangan yang saya berikan pagi tadi?” soal Alex sambil memandang pergelangan tangan Rania.

“Siapa kata saya menerima hadiah kamu tu? Saya mahu pulangkan.” ujar Rania sambil memandang ke tempat lain.

Tidak sanggup Rania melihat reaksi wajah Alex yang mungkin kecewa dengan jawapannya.

“Jangan! Kamu tidak perlu pulangkan. Anggap sahaja itu adalah hadiah dari saya sebab kamu sudi berkawan dengan saya. Senangkan?” ujar Alex tenang namun dia mengharapkan lebih dari itu.

“Itu tidak bermakna saya memaafkan kamu.” jawab Rania perlahan.

Alex tergamam.

Previous: Bab 12 - PDSS

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Alisyah Alez