Home Novel Cinta Psst... Dia Suami Saya!
Prolog - PDSS

BUTIK pengantin DeZahra dipandang kosong. Rania hanya memerhatikan baju-baju yang cantik dipamerkan. Fikirannya jauh melayang. Dia masih tidak percaya akan apa yang berlaku. Dunia ini dirasakan mahu terbalik!. Rania memejamkan mata.

“Rania.” Suatu suara memanggilnya.

“Rania, bangun.” Suara itu jelas kedengaran di telinganya. Matanya dibuka perlahan-lahan. Sekujur tubuh lelaki menghampirinya. Wajah kacak Alex muncul di depan matanya. Rania segera bangun dan menjauhkan diri.

“Apa yang awak buat di sini!” suara Rania tinggi.

Alex hanya tersenyum lebar memandang wanita Melayu di depan matanya.

“Temankan awaklah. Masih diulit mimpi lagi atau masih memerlukan diari Lelaki Dari Langit?” soal Alex dengan wajah yang ceria.

Rania menukup telinganya dengan kedua tangannya.

“Hentikan!” jerit Rania. Badannya menggigil mendengar penjelasan daripada Alex.

“Rania, apa yang berlaku? Awak tidak sihat ke?” balas Alex. Dia segera menghampiri Rania.

“Jangan hampiri saya!” jerit Rania lagi.

“Kenapa ni saya ada buat salah pada awak ke?” rayu Alex yang gelisah dengan kelakuan Rania.

“Ya. Memang awak sudah buat salah pada saya. Apa sebenarnya yang awak mahu dari saya!” Rania memegang tas tangannya dengan erat.

Alex mengelengkan kepala. Rania dipandang dengan penuh kasih sayang.

“Rania, tolong dengar kata saya. Niat saya hanya satu, mahu berkahwin dengan awak secara sah. Itu sahaja. Tiada agenda yang tersirat. Saya sayangkan awak!”

“Tipu! Saya tidak percayakan awak, Alex. Sejak kita berjumpa di Korea lagi.”

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Alisyah Alez