DATO’ Kamil
merenung jauh ke arah luar hotel. Matanya tidak berkelip memandang suasana
sibuk di situ. Tiba-tiba pintunya diketuk orang, Dato’ Kamil segera menoleh.
“Masuk!”
Dato’ Kamil bersuara.
Haikal
muncul di depannya.
“Hah,
Haikal. Mari duduk sini.” Pelawa Dato’ Kamil kepada Haikal yang mempamerkan
senyuman. Tanpa membantah Haikal terus duduk setentang dengan Dato’ Kamil.
“Macam
mana dengan marketing hotel untuk
bulan ini?” soal Dato’ Kamil dengan wajah serius.
Dia
memerlukan maklumat yang terkini bagi memastikan Hotel Princess tetap menjadi
pilihan pengunjung.
“Saya
ada bawa maklumat untuk bulan April. Sehingga ke hari ini, hanya meningkat 5%
sahaja daripada bulan lepas. Ini maklumat lengkapnya.” Haikal menghulurkan
laporan kepada Dato’ Kamil yang rambutnya sudah bertompok-tompok putih.
Mata
Dato’ Kamil terus fokus kepada maklumat yang diperolehinya. Dia mengelengkan
kepala perlahan. Melihat itu Haikal menelan air liur.
“Kenapa
hanya 5% sahaja meningkat. Bukan ke marketing
department telah membuat promosi baru di Internet?” soal Dato’ Kamil terus
memandang tepat ke wajah Haikal yang masih muda lagi usianya.
“Betul
tu Dato’, marketing department telah
melancarkan promosi baucer diskaun di SPA
Hotel Princesssekiranya menginap di sini.” jelas Haikal dengan wajah
serius.
“Awak
fikir semua orang yang menginap di sini gemar dengan SPA? Tidak semua
pengunjung yang mempunyai minat yang sama. Saya fikir pihak hotel perlu mencari
sesuatu aktiviti atau projek yang boleh diterima oleh semua pengunjung yang
datang ke sini.” ujar Dato’ Kamil sambil memegang jangutnya yang sedikit.
“Saya
setuju dengan idea Dato’.” balas Haikal akan penambahbaikan yang diberikan oleh
Dato’ Kamil.
“Saya
mohon masa diberikan kepada saya untuk menyiapkan projek yang baru bagi
memberikan impak yang tinggi kepada Hotel Princess.” Haikal mencari
persefahaman dengan Dato’ Kamil. Dia tahu akan wawasan jauh Dato’ Kamil dalam
bidang perniagaan yang telah dibina sejak 15 tahun yang lalu.
“Baik,
saya tunggu kertas cadangan daripada team
awak.” ujar Dato’ Kamil penuh mengharap.
“Saya
mahu satu projek yang ada kaitan dengan aktiviti keluarga pengunjung.” Dato’
Kamil menambahkan lagi syarat projek baru yang perlu difikirkan oleh team Haikal nanti.
“Satu
lagi, saya mahu tahu tentang Rania. Dia pergi bercuti ke luar negara awak tahu
ke?” soal Dato’ Kamil dengan wajah yang kurang senang.
“Rania?
Ya, dia bercuti selama 5 hari di Korea Selatan. Memang dia ada mengisi
permohonan cuti secara online untuk
saya luluskan. Mengapa tiba-tiba Dato’ bertanya tentang Rania? Ada yang tidak
kena ke?” soal Haikal dengan sedikit cemas apabila nama Rania keluar daripada
mulut Dato’ Kamil.
“Mengapa
awak bagi dia bercuti? Sedangkan prestasi Rania dalam kerja tidak bagus.” Perli
Dato’ Kamil.
Haikal
menelan air liurnya lagi. Terasa sakit pula kerana tekaknya kering.
“Maafkan
saya Dato’. Sebenarnya saya kurang jelas dengan maksud sebenar Dato’ tentang
Rania.” ujar Haikal perlahan memohon pengertian daripada Dato’ Kamil supaya
berterus-terang sahaja dengannya supaya dia jelas dengan apa yang ingin
disampaikan.
“Semasa
Rania bercuti, dan awak pula out station. Hanya tinggal pembantu admin sahaja di bahagian awak. Kenapa
macam tu? Sepatutnya tidak boleh dua-dua tiada di pejabat. Bahagian awak adalah
satu bahagian yang terpenting di dalam hotel ini. Ingat tu!” Dato’ Kamil sudah
mula meninggikan suaranya. Haikal semakin kecut perut dibuatnya.
“Saya
hanya out-station di Melaka dan Johor
Bahru. Rania pula dia sudah merancang sejak akhir tahun lepas lagi untuk
bercuti di Korea.” Haikal memberikan penjelasan. Dia sungguh berharap Dato’
Kamil memahami dan menerima alasan itu.
Sebaliknya
berlaku apabila Dato’ Kamil memusingkan kerusinya ke arah dinding kaca yang
lutsinar.
“Awak
tidak boleh ikutkan sangat kehendak Rania. Dia boleh saja menunda perancangan
cutinya tu!” Tinggi nada suara Dato’ Kamil.
“Tapi
Rania sudah booking tiket kapal
terbang dan guesthouse di sana. Saya
tidak mahu merosakkan perancangannya yang telah diatur sejak tahun lepas lagi.”
ujar Haikal seolah membela akan tindakan Rania.
Dato’
Kamil memusingkan semula kerusinya, dia memandang tepat ke wajah Haikal.
“Itu
semua alasan. Awak beriya sangat membela Rania ni, awak ada apa-apa ke dengan
dia?” soalan maut itu membuatkan wajahnya bertukar menjadi pucat. Dia sungguh
tidak sangka dengan soalan itu akan terpacul daripada mulut Dato’ Kamil.
“Eh?
Saya dengan Rania hanya antara majikan dan staf sahaja tidak lebih dari itu. Dato’
pun tahu kan yang saya sudah ada kekasih.” jawab Haikal dengan berhati-hati.
Dia tidak mahu Dato’ Kamil mula memandang rendah akan kewibawaan dan kerja
Rania di marketing department.
“Saya
tanya sahaja. Yang awak gabra semacam sahaja kenapa pula.” balas Dato’ Kamil
dengan senyuman sinis.
Haikal
hanya tersenyum pahit. Mengapa pula tiba-tiba hari ini Dato’ Kamil menunjukkan
kurang senang akan Rania?. Sesuatu telah berlaku antara Rania dan Dato’ Kamil
di luar pengetahuan dia. Haikal hanya mendiamkan diri.
“Saya
mahu awak buat laporan projek baru minggu depan. Saya beri awak tempoh seminggu
sahaja. Saya mahu awak dan Rania berbincang untuk satu projek yang terbaik
untuk keuntungan hotel. Sudah, itu sahaja.” ujar Dato’ Kamil seolah-olah
memberi kata dua kepadanya. Haikal menganggukkan kepala dan akur dengan arahan
yang diterima. Dia bingkas beredar dari office
mewah Dato’ Kamil.
Sebaik
sahaja Haikal keluar dari biliknya, Dato’ Kamil membuka lacinya dengan perlahan.
Matanya memandang sekeping foto seorang wanita yang pernah disayangi dalam
hidupnya. Hampir 10 minit, Dato’ Kamil menatap foto itu.
Kring…
kring… kring.
Telefon
di atas meja Dato’ Kamil berbunyi.
Dia
segera menutup lacinya dan terus menjawab panggilan telefon itu.
“Ya,
Dato’ Kamil bercakap. Oh! Datuk Seri Michael, apa cerita pagi ni?” soal Dato’
Kamil dengan nada yang ceria.
“Boleh
saja. Saya pun akan hadir di mesyuarat tersebut. Macam biasa saya akan tetap
sokong Datuk Seri bila ada undian nanti. Baik, tak ada masalah. Saya akan
maklumkan dengan yang lain. Datuk Seri jangan risau, mereka pun akan sokong
penuh.” Dato’ Kamil berborak panjang dengan pemanggil yang bernama Datuk Seri Michael.
“Baik,
esok petang kita jumpa di tempat biasa. Jumpa esok ya Datuk Seri.” Dato’ Kamil
menamatkan perbualannya.
Dia
tersenyum lebar, seolah mendapat durian runtuh. Datuk Seri Michael mempunyai
pengaruh yang agak besar dalam melobi penganjuran yang akan dibuat di Hotel
Princess. Sebelum ini, Datuk Seri Michael banyak memberinya peluang untuk mengadakan
acara besar di Hotel Princess yang bertaraf 5 bintang. Dia tersandar di kerusi
empuknya. Senyuman Dato’ Kamil semakin lebar.
RANIA
leka menjirus pokok bunga ros yang ditanam oleh Mama. Kelihatan pokok-pokok itu
hidup segar dan ada yang sudah berbunga. Hatinya girang melihat keindahan dan
kecantikan bunga ros yang hidup subur di laman rumah.
“Rania,
ada panggilan telefon!” jerit Mama dari arah dapur.
Rania
menoleh dan menganggukkan kepala. Pili air segera ditutup. Dia berjalan laju ke
arah ruang tamu di mana dia meletakkan telefon pintarnya sebelum memulakan
tugasan menyiram pokok bunga.
Selipar
yang dipakainya berbunyi kuat akibat langkah kaki Rania yang cepat. ‘Siapa pula
yang telefon pagi-pagi ni?’ hatinya berbisik.
Rania
membetulkan rambutnya yang berjurai di dahinya.
‘Fareed?’
soal Rania sendirian sebaik sahaja melihat ada 3 missed call dari
Fareed.
‘Ada
apa Fareed call pagi ni?’
Jam
hiasan di atas meja menunjukkan jam 9.00 pagi. Rania hanya memandang sahaja
nama Fareed. Belum sempat dia berbuat apa-apa tiba-tiba SMS masuk. Rania terus
membacanya.
Assalam Rania, sedang buat apa? Hari
ini free tak?Jom temankan Fareed shopping. Balas SMS ini kalau sudah baca.
Fareed tunggu.
Rania
hanya tersenyum membaca SMS daripada Fareed.
“Amboi,
baca SMS pun sudah tersenyum lebar. Belum jumpa lagi.” Tiba-tiba Furqan muncul
di depannya. Furqan tersenyum nakal ke arahnya.
“Siapa
tu kak? Furqan nak jumpa dengan bakal abang ipar.” usik Furqan membuatkan Rania
tersenyum sipu.
“Akak
senyum pun tak boleh. SMS ini kelakar. Itu sebab akak senyum bila membacanya. Ni awal bersiap mahu ke
mana?” Rania mengubah topik perbualan. Dia tidak mahu Furqan bertanya lebih
tentang lelaki yang memberinya SMS tadi.
“Aik,
Furqan tanya tentang bakal abang ipar tapi akak tanya Furqan pulak. Ini saja
mahu tukar topik perbualan kan?” perli Furqan.
Tangannya
mencapai sepasang kasut kegemarannya. Rania menjengkelkan matanya kepada
Furqan.
“Pagi-pagi
sudah bercakap bakal abang ipar ni. Sudah ada calonnya ke?” suara Mama dari
belakang membuatkan Rania memejamkan mata dan berkerut dahinya. Furqan hanya
menjengketkan kedua bahunya apabila Mama terdengar perbualan mereka.
“Siapa
nama bakal abang ipar Furqan tu?” soal Mama ingin tahu.
Rania
memegang tangan Mama.
“Mama
jangan layan sangat dengan soalan Furqan tu. Dia sengaja cari modal mahu kena
kan Rania pagi-pagi ni.” jawab Rania tenang.
Dia
tidak mahu Mama mengetahui akan kewujudan Fareed.
“Furqan
tanya perkara yang baik kan Ma. Bukan nak cari modal ke apa.” balas Furqan
tidak mahu kalah dengan kakaknya yang lebih tua 2 tahun darinya.
“Tak
ada apa la Ma.” Pujuk Rania kepada Mama yang kelihatan sungguh berminat dengan
perbualan mereka.
Tiba-tiba
mata Rania memandang sesuatu yang dikenali.
“Ma,
scarf tu tak perlu basuh.” Rania
segera mengambil scarf yang berwarna
merah daripada bakul yang dibawa oleh Mama.
“Scarf tu macam sudah kotor. Mama pungut
sekali.” ujar Mama hairan dengan tingkah-laku Rania.
“Scarf tu tak kotor Ma. Biar Rania yang
basuh sendiri.” pujuk Rania.
Tangannya
mengenggam erat scarfitu.
“Mama
nengok, kak Rania bersungguh tak mahu basuh scarf
tu. Ini mesti pemberian boyfriend!”
usik Furqan membuatkan mata Rania membulat besar.
Mahu
kena Furqan ni, tak habis-habis mahu mengenakan aku pagi-pagi ni.
“Mama
jangan dengar cakap Furqan. Ada saja yang dikenakan Rania sejak dari tadi.”
Rania membela dirinya daripada terus dikenakan oleh Furqan. Mulutnya
dimuncungkan.
“Furqan,
sudah la tu. Asyik nak mengusik Rania. Nanti bila sudah mula semester baru
tahu!” Mama mula membebel dengan perangai Furqan yang suka sangat mengusik
Rania. Mereka berdua ni tak boleh berjumpa ada sahaja yang digaduhkan. Gaduh
adik-beradik, menceriakan hidup Mama dan Papa.
“Iya
lah, nanti bila Furqan sudah mula masuk kuliah semester baru mesti Furqan rindu
mahu usik kak Rania. Mesti boring!”
jelas Furqan. Wajahnya sedikit kecewa.
“Ma,
Rania naik atas. Mahu tukar baju. Kain ni sudah basah.” Rania sengaja memberi
alasan supaya dapat lari dari situ.
Dia
terus menaiki anak tangga. Mama dan Furqan hanya melihat dengan pelbagai
persoalan.
“Ma,
lihat kak Rania tu. Tadi tersenyum baca SMS, lepas tu ambil scarf tak bagi basuh. Sah, kak Rania ni
ada menyorokkan sesuatu dari kita.” ujar Furqan sambil memeluk bahu Mama.
“Mama
pun hairan dengan perangai Rania sejak dia balik dari Korea. Pelik, sebelum ini
pantang baju kotor sikit sudah dimasukkan sekali untuk dibasuh. Ini tidak,
sanggup dia ambil semula dari bakul baju kotor.” Mama mengelengkan kepala
melihat apa yang berlaku.
Rania
segera membuka kipas angin di atas mejanya. Dia terus mengambil scarf tadi, diajukan scraf tersebut ke arah pusingan kipas
supaya scarf itu cepat kering.
Setelah 10 minit melakukan aktiviti itu, Rania memegang scarf itu dengan berhati-hati. Tanpa disedari, dia mencium scarfitu. Dia tersenyum lebar. Bau
minyak wangi Alex masih ada di scarf
itu. Rania merebahkan tubuh badannya di atas katilnya. Lega yang amat kerana
bau minyak wangi itu tidak hilang. Pasti Alex telah memakai minyak wangi yang mahal
kerana baunya masih ada lagi.
Rania
memandang Mr. Teddy Bear, dia bangun semula lalu memakaikan Mr. Teddy Bear
dengan scarfpemberian Alex. Kini,
Mr. Teddy Bear kelihatan sungguh kacak lagi bergaya macho, bisik hati Rania.
“Jangan
nakal-nakal ya Mr. Teddy Bear. Rania tak suka Mr. Teddy Bear melihat wanita
lain. Ingat tu!” Rania berkata sendirian.
Dicubitnya
hidung Mr. Teddy Bear sambil tergelak. Mr. Teddy Bear dipeluk erat. Tiba-tiba
Rania menghentikan perlakuannya, pelukan dengan Mr. Teddy Bear dileraikan
perlahan. Kakinya melangkah ke arah laci. Diari Lelaki Dari Langit terus dibuka
perlahan. Helaian demi helaian diselak perlahan. Tarikh akhir dia menulis adalah
2 hari yang lepas. Satu keluhan berat dihembuskan. Pen hitam segera diambil
lalu tangannya laju mencatat sesuatu.
Hai, Diariku sayang. Sihatkah kamu?
Aku sihat namun ada sesuatu yang
membuatkan aku tiba-tiba merasa satu perasaan yang sedih ketika ini. Jangan
tanya aku apa dia, kerna aku sendiri pun tidak tahu apa yang menyebabkan ianya
berlaku. Psst… scarf Alex masih tetap wangi walaupun nyaris-nyaris mahu
dimasukkan ke dalam washing machine. Alhamdulillah, aku
sempat selamatkan.
Sudah hampir sebulan aku meninggalkan
bumi Seoul dan lelaki handsome itu. Alex! Apa khabar agaknya dia di sana. Pasti
dia sedang berbahagia dengan Yoonah dan baby mereka. Kenapa aku jadi begini,
tetap masih ingatkan Alex walaupun dia bukanlah lelaki yang boleh dipercayai!
Aku sendiri tidak pasti mengapa hingga ke hari ini aku masih ingat akan Alex.
Mungkin aku perlukan masa yang agak lama untuk melupakan Alex dalam hidup aku.
Mesti kau fikir aku ni bodoh kerna masih ingat akan Alex. Ya, kau boleh kata
kan apa sahaja. Aku tak kisah, kerna aku sendiri pun tidak ada jawapan bagi
menjawab soalan kau itu. Bila agaknya semuanya akan berakhir?
Rania
berhenti menulis. Dia menoleh ke belakang melihat Mr. Teddy Bear. Rania menutup
Diari Lelaki Dari Langit dengan cermat. Dia maju ke arah Mr. Teddy Bear, Rania
memeluk semula Mr. Teddy Bear dengan penuh perasaan seolah-olah melepaskan
rindu yang pasti kepada seseorang yang pernah membuatnya tersenyum!