PAPAN tanda
Namdaemun Market jelas terpampang di hadapan mata Rania. Jam
tangannya menunjukkan jam 10.00 pagi, kakinya mula melangkah perlahan. Kamera
mula dipegang untuk menangkap peristiwa atau benda yang menarik perhatiannya.
Tinggal sehari setengah sahaja lagi Rania di bumi
Korea. Bagai tidak percaya dia sudah mahu pulang ke Malaysia.
Namdaemun Market ada menjual pelbagai
barangan seperti pakaian, makanan, peralatan dapur, cenderahati dan sebagainya.
Di sini harganya agak murah berbanding tempat lain dan boleh tawar-menawar.
Sasaran
utama Rania di sini mahu mencari cenderahati seperti t-shirt, pengetip kuku, keychain, chopstick, penanda buku, mafla,
scarves dan sweater untuk dirinya
sendiri dan kawan-kawan.
Pengunjung
agak ramai datang ke situ kerana popular di kalangan pelancong. Hampir setiap
kedai yang ada di situ Rania singgah dan lihat jika ada barang yang berkenan di
hati. Dalam fikirannya sudah ada senarai barang yang mahu di beli.
“Alex,
annyong hasimnika (Apa khabar)?”
suara itu membuatkan Rania pantas menoleh ke belakang. Jantungnya mula
berdebar-debar.
“Cal Cineyo (Baik-baik saja) jawab
seorang lelaki berbangsa Korea dengan senyuman lebar.
“Fuh,
nasib baik bukan Alex yang mengekori aku tapi orang lain.” Rania mengeluh
perlahan.
Dia
meneruskan langkah.
Kenapa aku dari tadi asyik dengar nama dan kelibat Alex
yang terbayang-bayang di mataku.
Rasa macam nak padam terus nama dan wajah Alex
dari memori aku, itu pun kalau boleh dibuat.
“Apa
khabar? Mari masuk.” panggil pemilik
kedai cenderahati yang berbangsa Korea.
Rania tersenyum lebar. Biar betul
lelaki ni pandai cakap Melayu. Pemilik itu turut tersenyum apabila Rania
terkejut mendengar pertuturannya.
“Kuala
Lumpur? Murah-murah.” ujar lelaki itu lagi.
Rania hanya menganggukkan kepala.
Pandai
betul mereka ni bertutur bahasa Melayu atau pun mereka hanya menghafal beberapa
perkataan. Mungkin ini disebabkan ramai pelancong dari Malaysia yang suka shopping di Korea membuatkan mereka
cepat belajar bahasa Melayu. Rania membuat andaian sendiri.
Rambang
mata dibuatnya, semuanya cantik belaka dan unik pada pendapat Rania.
Setelah hampir 20 minit berada di situ,
akhirnya Rania membeli ketip kuku yang ada model orang Korea, fridge magnet yang beridentitikan bangsa
Korea, chopstick yang diukir cantik
dan penanda buku yang unik.
“Ajushi,
beri harga murah lah.” ujar Rania tepat memandang pemilik kedai itu.
“Ya,
saya beri harga murah. Semuanya KRW80,000 saja. Ini kipas Korea saya bagi
percuma untuk awak.” ujar lelaki itu dengan ramah sekali.
“Kamsa hamnida (Terima kasih).” balas
Rania dengan senyuman manis. Beg plastik berwarna hitam segera dicapai.
Apa
lagi yang mahu dibeli, cuaca nampak panas namun Rania tetap rasa sejuk. Mungkin
tidak biasa dengan cuaca sejuk itu.
Tiba-tiba telefon pintarnya berbunyi, ada
pesanan ringkas masuk. Segera Rania melihatnya,
“Assalam, amboi bukan main lagi kau
kat sana. Ingat tau, hari esok balik Malaysia. Jangan lupa ole-ole poster
penyanyi kesukaan aku tu. Btw, ada lelaki cari kau. Okay, bye bye. Take care.”
Rania tersenyum sendirian, SMS dari Zaidah rupanya.
“Lelaki
mana pula yang cari aku. Macam-macam lah Zaidah ni.” getus Rania sendirian.
Di depannya ada sebuah
bangunan hijau. Oh, ni la tempat E-Lengdang (Jewel Park Accecories) tempat
orang cari brooch.
Rania segera
memasuki bangunan itu yang menjual pelbagai baju, brooch dan lain-lain. Kali ini dia mahu membeli cenderahati untuk
ibu yang mengemari brooch dari Korea.
Kedai
bernombor 209 segera di cari setelah terbaca di dalam salah satu blog mereka
yang pernah shopping di Naedamun Market. Usai membeli 4 brooch, Rania segera keluar dari situ.
Perutnya
mula berbunyi minta diisi. Makanan apa yang boleh dimakan di sini, semuanya
nampak menyelerakan. Namun, Rania ragu dengan kandungan makanan yang disediakan
di gerai makanan yang berderet.
Wajah
Rania segera berubah sebaik sahaja terlihat satu gerai yang menjual kebab oleh
orang Turki. Laju sahaja kakinya ke situ untuk mengalas
perut yang lapar.
“Assalammuaikum.”
ujar lelaki berbangsa Turki kepada Rania setelah dia hampir ke gerainya.
“Waaikummussalam.
Kebab chicken, satu.” ujar Rania
teruja. Lelaki itu menganggukkan kepala dan terus membuat kebab dengan pantas.
Tidak sampai 10 minit kebab sudah siap.
“Terima
kasih.” ujar Rania sebaik sahaja membayar harga kebab ayam. Bau kebab sungguh
menyelerakan di dalam cuaca yang sejuk.
“Sedap
juga walaupun tidak berapa pedas sos nya. Tapi kira okay lah daripada tiada
langsung.” Rania bermonolog sendirian setelah mencuba makan kebab yang dibuat
oleh lelaki Turki yang pemurah dengan senyuman.
“Lepas
ni aku nak ke mana ya?” Rania menyoal dirinya sendiri.
“Aku
mahu ke istana lama orang Korea. Istana Gyeongbokgung
aku tak jadi pergi hari ini. Tapi di tangan aku ni ada banyak barang dan berat
nak bawa. Baik aku balik sekejap ke guesthouse,
lagi pun hanya 1 stesen sahaja dari sini.” Rania bermonolog sendirian lalu segera
membuat keputusan.
Sebaik
sahaja Rania tiba di guesthouse,
namanya dipanggil.
“Rania, this one for you.” ujar staf yang
bertugas di situ. Sebuah bungkusan dihulurkan kepadanya.
“Kamsa hamnida (Terima kasih).” tutur
Rania sebaik sahaja menerima bungkusan itu dengan penuh tanda tanya.
“Apa
benda ni? Siapa pula yang bagi kat aku?” ujar Rania sendirian. Laju sahaja kakinya
melangkah menuju ke bilik.
Pintu
bilik ditutup, bungkusan itu segera dibuka. Hatinya berdebar-debar untuk
mengetahui siapa gerangan yang memberi bungkusan itu. Sebuah jam tangan yang
berwarna keemasan jelas berada ditangannya.
Wah,
cantik gila bila aku pakai. Eh, siapa yang bagi aku ni?
Matanya terperasan
dengan sebuah kad kecil di sisi bekas jam tangan itu. Segera dicapai dan dibaca
dengan rakus!
Buat Rania yang dicintai,
Memori indah bersamamu tetap dalam
ingatanku
Setiap detik ku nantikan
gelak-tawamu yang membuatkan jantungku berdebar
Insiden pagi tadi adalah
kelemahanku
Maafkan aku jika ianya menyakiti
hatimu
Percayalah aku lelaki yang setia
pada dirimu.
Ikhlas
mencintaimu;
Alex
Rania
memejamkan matanya rapat-rapat. Ada air jernih yang mengalir perlahan di
pipinya.
Matanya di buka semula dan tepat memandang jam tangan yang dalamnya
ada bentuk ‘LOVE’. Mukanya disembamkan ke bantal.
Rania menjerit nama Alex
sekuat hatinya! Badannya bergegar.
AQUARIUM
ikan ditenung lama, umpama mahu menerobos cermin aquarium lagaknya. Alex
mendiamkan diri di sofa berwarna putih. Telefon pintar di depan mata Alex.
Badannya letih akibat mencari Rania di Muzium Jong Sing dan Istana Gyeongbokgung.
Hampir seharian dia menunggu di situ seperti menunggu sesuatu yang tidak pasti.
Sungguh bosan dan menyakitkan hatinya kerana gagal menemui Rania. Sangkaannya
meleset sama sekali!
“Harap
sangat Rania menerima hadiah jam tangan lalu memaafkan aku.” Alex bermonolog
sendirian.
Kedua tangannya
disilang kemas di badan. Ke manakah Rania menghilangkan diri hari ini?.
Serba
tidak kena dibuatnya kerna mereka berjumpa dalam keadaan Alex yang mengaibkan
pagi tadi.
Dia mahu berpisah dengan Rania secara baik dan bahagia sebelum gadis
itu pulang ke Malaysia pada esok hari. Sesuatu yang mahu ditangguhkan dan tidak
mahu ianya terjadi. Berpisah antara 2 negara.
Alex
merebahkan badannya di sofa yang empuk. Tangannya pantas mencapai telefon
pintar, gambar-gambar Rania dilihat satu persatu tanpa ada rasa jemu.
Dia
berharap sangat Rania akan menelefon atau memberi SMS.
Alex tidak
kisah Rania mahu marah, merajuk atau sebagainya yang paling penting dia mahu
bersemuka dengan Rania dari mata ke mata. Matanya lama-lama semakin mengecil
dan mengecil. Dia berada di alam lain.
“Kamu
seorang lelaki yang curang lagi tidak boleh dipercayai. Saya benci kamu! Kamu
lupakan saya. Ingat, kita saling tidak mengenali!” gertak Rania keras
membuatkan Alex terduduk.
“Rania!!!”
jerit Alex sekuat hatinya.
Matanya
terbuka dan dia segera mencari kelibat Rania yang bercakap dengannya sebentar
tadi.
“Rania,
kamu masih di sini ke?” Alex memanggil nama itu dengan sepenuh hatinya.
Sunyi
sepi tiada sesiapa yang membalasnya. Hanya bunyi air di akuarium yang jelas kedengaran.
“Aku
bermimpi rupanya.” bisik hatinya lemah.
Alex termenung memandang ke arah luar.
Pemandangan bangunan pencakar langit di Seoul dapat dilihat dengan mata
kasarnya.
Moga Rania
tidak apa-apa. TUHAN, tolong jaga gadisku! Alex berdoa dengan penuh
pengharapan.
Baju segera dibuka, Alex terus membersihkan diri dan menenangkan
diri di dalam apartment mewah yang
dibelinya sejak 1 tahun yang lepas.
Sambil
merendamkan diri dengan buih sabun dan air panas, Alex berkhayal. Dia
memikirkan strategi yang paling berkesan untuk berjumpa dengan Rabia.
Usai mandi
dia bersiap-siap untuk pergi semula ke guesthouse
tempat penginapan Rania. Dia tetap mahu jumpa Rania tidak kira apa yang bakal
terjadi. Dia nekad dan perlu berani menghadapi sebarang risiko!.
Dua jam
kemudian, Alex sudah terpacak di ruang lobi Kimchee
Myeongdong Guesthouse. Segera dia bertanya kepada staf
yang bertugas sama ada Rania sudah menerima bungkusan yang dikirimkan.
“Kamsa hamnida.” ujar
Alex sebaik sahaja mendengar perkhabaran gembira bahawa Rania sudah pulang ke guesthouse.
Lega
hatinya, moga nota kecil Rania sudah baca dan sudi memaafkannya.
Alex
melabuhkan punggungnya di sofa merah yang disediakan oleh pihak guesthouse. Dia mahu menunggu di situ
sehingga dapat ketemu Rania. Biar Rania terkejut melihat kemunculan dia.
Sementara
itu, mata Rania terbuka perlahan-lahan. Dia bingkas bangun apabila melihat jam
tangan menunjukkan jam 3.00 petang. Rania sungguh tak sangka yang dia terlena, towel merah segera dicapai untuk
membersihkan diri.
Matanya
agak sembab dan bengkak akibat banyak menangis tadi.
Usai solat zuhur, Rania mengalas
perutnya dengan sebiji buah epal Korea yang agak besar jika dibandingkan dengan buah epal
yang pernah dilihatnya di Kuala Lumpur.
Jam tangan
pemberian Alex disimpan semula dalam bekasnya. Rania bersiap-siap mahu keluar.
Perancangannya telah bertukar, dia mahu shopping
lagi tetapi kali ini di kawasan Myeongdong sahaja kerna hari sudah agak lewat
untuk ke tempat lain.
Esok pagi sahaja
dia akan ke Istana
Gyeongbokgung. Sebaik
sahaja Rania memberi kunci bilik kepada staf yang bertugas, dia terus berjalan keluar dari
guesthouse.
“Rania!”
satu suara yang cukup dikenali. Segera dia menoleh ke belakang. Jantungnya
berdegup kencang.
“Alex!”
luah Rania terkejut.
Dia segera memalingkan muka semula dan berjalan laju
meninggalkan Alex. Melihat itu, Alex terus berlari anak menghampiri Rania yang
sudah maju ke depan.
Alex terus
berdiri di depan Rania dan menghalangnya daripada terus berjalan.
“Rania,
dengar cakap saya!” ucap Alex dengan termengah-mengah.
“Kenapa ni?
Jangan ganggu saya!” jawab Rania dengan nada tinggi.
“Rania,
kenapa kamu larikan diri daripada saya.” kata Alex tepat memandang ke wajah
Rania.
“Mana ada
saya larikan diri daripada kamu.” balas Rania memberi alasan mudah. Matanya
memandang ke arah kanan. Wajah Alex langsung tidak dipandang.
“Habis tu,
yang saya panggil tadi. Kamu langsung tidak mahu berjumpa dengan saya?” ujar
Alex serius.
“Saya tidak
perasan yang kamu panggil saya. Jangan ganggu laluan saya!” Rania menolak Alex
ke tepi. Dia meneruskan perjalanan. Alex terkejut namun mendekati Rania yang
laju berjalan.
“Kamu marah
saya kan?” ujar Alex lembut membuatkan Rania segera memandang tepat ke wajah
Alex.
Matanya dibesarkan.
“Marah?
Buat apa saya mahu marahkan kamu!” balas Rania dengan suara yang tinggi.
“Habis tu,
wajah kamu masam sahaja sebaik sahaja ketemu dengan saya.” usik Alex membuatkan
Rania mendengus kuat dan berpaling ke arah lain.
“Saya bad mood itu sahaja.” pendek sahaja
jawapan Rania.
Kedai Nature Republic segera dimasuki, Alex
hanya mengekori langkah Rania. Wajah artis Korea yang terkenal Jang Geun Seuk
terpampang besar di bahagian atas pintu masuk kedai tersebut.
“Kenapa
pula kamu bad mood, sebelum ini kamu
ceria sahaja.” soal Alex lagi membuatkan Rania menjeling tajam ke arahnya.
“Saya letih
dan kurang tidur.” pantas Rania menjawab.
Di depannya
ada deretan barangan komestik dan kesihatan yang dibungkus cantik. Dia mahu
mencari BB cream untuk dirinya sendiri. Pelbagai barangan komestik yang ada
seperti snail cream, facial mask, losyen
dan sebagainya.
“Kamu
kurang tidur kerana teringatkan saya kan?” usik Alex lagi membuatkan Rania
menjeling tajam kepada Alex.
Melihat
itu, Alex tersenyum nakal. Dia suka melihat jelingan mata Rania yang besar.
“Saya tiada
masa mahu memikirkan kamu!” tempelak Rania keras.
Sibuk saja Alex ni,
mengekorinya sejak dari guesthouse.
Mahu pujuk aku lah tu. Faham sangat dengan lelaki playboy macam Alex!
“Saya tidak
percaya. Kamu rindu saya kan?” teka Alex.
Rania hanya mendiamkan diri malas mahu
bercakap lagi dengan Alex.
Sebaik
sahaja Rania selesai memilih BB Cream
dan Snail Cream, dia terus ke kaunter
untuk membuat pembayaran.
Semuanya berharga KRW60,000. Belum sempat Rania
mengeluarkan duit dari begnya, Alex terlebih dahulu telah menghulurkan wang
tersebut.
Alex
tersenyum memandang Rania sambil berkata, “Saya belanja kamu supaya kamu
kelihatan lebih cantik.”
Rania tergamam.
Dia terus mengucapkan kamsa hamnida kepada pembantu jualan
yang berbangsa Korea. Rania mengelengkan kepala dengan tingkah laku Alex.
Sebaik
sahaja Rania keluar dari Nature Republic, matanya tertarik melihat maskot besar seekor kucing yang berwarna coklat.
Maskot
yang sebesar tubuh manusia itu membuat pelbagai aksi gaya dan menarik perhatian
orang ramai yang lalu di situ. Ada yang mengambil kesempatan mahu bergambar
dengan maskot itu yang kelihatan sungguh comel dan mesra.
Keadaan
agak sesak dan happening dengan pengunjung
di Myeongdong. Majoriti di sini orang muda dan wajah pelancong dari pelbagai
negara.
Mungkin di
sini banyak menjual produk kesihatan, kecantikan seperti The Face Shop dan Etude House.
Kedai makanan dan pakaian turut ada di sini. Pakaian dan kosmetik di sini
banyak menggunakan model artis dan K-Pop sebagai jurucakap produk mereka.
Maka tidak
hairan hampir di setiap di kedai akan ada gambar dan poster besar artis. Lagu
K-Pop turut diputarkan di kedai berkenaan. Memang happening!
“Kamu tidak
mahu bergambar dengan maskot kucing?” soal Alex kepada Rania yang ceria melihat
gelagat maskot itu.
“Saya tidak
mahu.” jawab Rania acuh tidak acuh.
Dia
meneruskan perjalanan sambil mengambil gambar penjual lemon jus sebagai
kenang-kenangan untuk koleksi peribadinya.
“Esok flight kamu jam berapa?” soal Alex yang
berada di sisinya.
“Malam.”
jawab Rania malas.
Tangannya
leka membelek deretan pakaian wanita yang berwarna-warni.
“Saya
temankan kamu sehingga di airport ya.”
Alex menawarkan diri untuk bersama Rania sehingga ke akhir pertemuan mereka.
“Tidak
perlu. Saya akan pergi sendiri.” jawab Rania perlahan.
"Kacau!
Rania masih berkeras untuk dihampiri dan berbual mesra seperti 4 hari yang
lepas" Alex mengeluh perlahan.
Dia mula
memikirkan strategi lain untuk membolehkan Rania memaafkan dirinya. Alex perlu
segera memberi penjelasan yang sebenar.
“Rania,
sebenarnya kamu sudah salah faham. Antara saya dan Yoonah tidak ada apa-apa
perhubungan. Kami hanya kawan biasa sahaja. Yoonah membantu saya kerana mabuk
yang teruk. Itu sahaja, tiada apa-apa yang terjadi antara kami malam tadi.”
jelas Alex bersungguh.
Dia tahu
Rania mendengarnya walaupun gadis itu buat muka tenang seolah-olah tiada apa
yang berlaku.
“Tiada apa
yang salah faham. Saya tidak mahu ambil tahu kisah kamu berdua. Lagi pun kita
tiada sebarang hubungan.” jawab Rania tanpa memandang ke wajah Alex.
Akhirnya
Rania memilih baju t-shirt berwarna hijau kerana warnanya yang cantik. Kaki Rania
mula menaiki ke tingkat 2 untuk melihat koleksi baju yang lain pula.
Alex tetap
mengekori Rania. Walaupun sebelum ini Rania telah memberi amaran keras supaya
tidak mengekorinya lagi.
Tingkat 2 menawarkan
pelbagai baju wanita dan lelaki mengikut fesyen terkini. Rania teruja kerana
fesyen baju di situ selalu dipakai oleh artis Korea.
“Cantiknya
baju ni!” Rania menjerit kecil tatkala melihat design baju yang menarik, iaitu mini dress. Dia mahu memakai dengan skirt
panjang.
Namun, Rania
meletakkan semula mini dress yang
berwarna merah itu ke tempat asalnya sebaik sahaja melihat harga KRW80,000
sehelai. Harga yang agak mahal untuk dibeli.
Rania budget KRW40,000 sahaja untuk membeli pakaian
di situ. Walaupun ada dipaparkan harga diskaun 20 hingga 70 peratus namun
harganya masih mahal buat Rania. Wajahnya berubah kelat.
“Kenapa
kamu tidak beli?” soal Alex hairan bila Rania tidak mengambilnya.
Rania hanya
menjengkitkan bahu dan berlalu dari situ.
Alex segera
mengambil baju itu dan melihat tanda harganya. Oh, patutlah Rania tidak jadi
beli kerana harganya mahal.
Dia
mengelengkan kepala dengan gelagat Rania.
“Total amount KRW50,000.” ujar lelaki
muda yang gayanya seperti artis K-Pop. Memang sesuai imej itu di sini. Rania
menyerahkan wang tunai.
Matanya terpegun
melihat lelaki muda itu melipat t-shirt dengan rapi.
Sebaik sahaja beg kertas
diserahkan kepada Rania, seorang pemuda yang memakai spek mata datang kepada
Rania dengan sebuah bungkusan berwarna putih.
“This is for you. Kamsa hamnida.” lembut sahaja tutur pemuda itu. Senyuman tidak
lekang dari bibirnya.
Rania
terkejut, dia terus menerima beg kertas dan melihat isinya. Mini dress tadi! Mata Rania terbeliak
melihatnya.
“Siapa yang bayarkan mini dress
ni?” hatinya tertanya.
“Ayuh, kita
ke kedai lain.” sapa Alex yang tiba-tiba muncul di sebelahnya.
Hah! Ini mesti
kerja Alex. Bayarkan mini dress yang
aku tidak jadi beli tadi.
Matanya
terus memandang Alex, namun Alex hanya tersenyum penuh makna. Alex dengan wajah
selamba terus berjalan keluar.
“Kamu mahu
beli apa lagi?” soal Alex sebaik sahaja mereka ke laluan utama Myeongdong.
Pengunjung masih ramai lagi menyesakkan keadaan. Bising!
“Saya mahu
beli poster K-Pop. Kawan saya suruh belikan.”
“Kenapa
kamu belikan saya mini dress tu?”
soal Rania yang masih tidak sangka Alex berbuat demikian.
“Kamu suka
mini dress tu, jadi saya belikan
sebagai ole-ole untuk kamu.” jawab Alex dengan girang.
“Tapi… saya
tidak suruh kamu belikan untuk saya pun.” rungut Rania.
Dia tidak
mahu Alex memberinya hadiah lagi.
“Sebelum
tu, kenapa kamu tidak pakai jam tangan yang saya berikan pagi tadi?” soal Alex
sambil memandang pergelangan tangan Rania.
“Siapa kata
saya menerima hadiah kamu tu? Saya mahu pulangkan.” ujar Rania sambil memandang
ke tempat lain.
Tidak
sanggup Rania melihat reaksi wajah Alex yang mungkin kecewa dengan jawapannya.
“Jangan! Kamu
tidak perlu pulangkan. Anggap sahaja itu adalah hadiah dari saya sebab kamu
sudi berkawan dengan saya. Senangkan?” ujar Alex tenang namun dia mengharapkan
lebih dari itu.
“Itu tidak
bermakna saya memaafkan kamu.” jawab Rania perlahan.
Alex tergamam.