Home Novel Keluarga Pelangi....Sayangku
Pelangi....Sayangku
Cheeto
26/2/2014 09:57:48
55,247
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 2

“Senah! Wei Senah!! Kau tengok apa kucing ko dah buat kat rumah aku tu! Habis pecah pasu bunga yang aku beli. Kau tahu berapa harga tu? Mahal tau tak!” jerit Limah jiran sebelah rumah Senah gara-gara Buyung memanjat dinding rumahnya yang menjatuhkan pasu bunga antik itu. Teringat kembali Senah akan perbuatan Buyung yang menyebabkan dia dan jirannya bermasam muka.

Kadang-kadang sesuatu keputusan itu amat berat untuk dilakukan namun ia harus juga dilakukan untuk menjaga hubungan sesama manusia walau keputusan yang diambilnya itu kelak akan mengecewakan hati anak kesayangan nanti.

“Ini saja pilihan yang mak ada Suri, maafkan mak”.

Suri berlari-lari riang kerana tak sabar nak bermain-main dengan anak-anak Buyung. Setibanya Suri dirumah Suri terkedu, Suri melihat kelibat maknya menjinjing guni gula. Dia tahu apa yang berada didalam guni tersebut. Tiba-tiba berair mata Suri.

“Mak!! Janganla buang Buyung dan anak-anak dia. Suri janji yang Suri akan buat semua kerja rumah termasuk membuang najis dan tolong mak untuk memberi mereka semua makan.” Rintih Suri kepada maknya yang telah bersedia memegang guni yang berisi kucing-kucing kesayangannya. Namun ia tidak di endah oleh mak Suri. Suri terduduk di tangga rumah melihatkan beg guni tersebut yang berisi anak-anak Buyung dan Buyung meronta-ronta untuk melepaskan diri. Makin kuat si Buyung meronta, makin kuat kejap tangan mak Suri mengengam.

Kini Buyung dan anak-anaknya telah dibuang ditempat orang ramai. Di kawasan warung yang kebiasaanya sibuk di waktu pagi dan lengang selepas itu. Kelihatan anak-anak Buyung ketakutan dengan suasana baru yang tidak pernah mereka lihat. Keadaan yang lapang, orang yang lalu lalang. Menambah lagi ketakutan mereka. Dari jauh Mak Senah menoleh balik kepada kucing dan anak-anak nya yang baru di buangnya.

“Maafkan aku Buyung, Maafkan aku”.

Redup mata Buyung melihat kelibat Mak Senah yang beransur-ansur jauh meninggalkannya. Kini tinggallah dia bersama-sama anak-anaknya yang di dalam ketakutan itu. Buyung cuba menenangkan anak-anaknya dengan menjilat-jilat badan mereka. Mereka ditinggalkan di bawah meja bersama guni gula tadi.

Buyung kembali menoleh ke arah Mak Senah menghilang...hanya pandangan kosong, deruan motor dan kenderaan ulang alik sahaja kedengaran, tiada lagi suara Suri ....

"Buyung......Suri sayang Buyung"!!!

Tiba-tiba salah seekor anak Buyung yang berwarna kelabu berjalan menuju ke tengah jalan.

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Cheeto