Home Novel Keluarga Pelangi....Sayangku
Pelangi....Sayangku
Cheeto
26/2/2014 09:57:48
55,245
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 17

“Incik! Saya tidak nampak juga budak ini mahu lintas, pokok ini menghalang pandangan saya incik!” jelas pemandu berbangsa india itu dengan perasaan yang takut dan serba salah.

“Takpe, takpe…. awak pergi buat laporan polis segera. Hal mangsa ni biar kami uruskan dan ambulans telah dipanggil oleh staff saya.” jelas Dr Kamarul.

Lelaki india segera ke balai polis untuk membuat laporan dan meninggalkkan pemuda itu bersama Dr Kamarul.

“Dok…dok…..” panggil Fad dengan nada yang putus-putus.

“Allah……. Fad, awak bertenang. Jangan banyak bercakap dan mengucap Fad….” Dr Kamarul cuba menenangkan Fad yang berada di dalam keadaan yang tidak pernah dibayangkan. Sepatutnya Fad akan datang ke klinik untuk mengambil si ibu kucing tersebut tetapi kejadian lain pula yang berlaku.

Fad memegang terus tangan Dr Kamarul, dia tarik masuk ke dalam kocek bajunya dan Dr Kamarul merasakan beberapa keping note kertas. Dr Kamarul memandang wajah Fad. Senyuman di muka Fad menunjukkan ia redha dengan apa yang berlaku ke atas dirinya. Tujuannya untuk menyelamatkan ibu kucing telah dilakukan dengan begitu baik sekali. Seandainya saatnya telah tiba, Fad redha dengan ketentuaNYA.

“Ma…afkan saya Doktor. Saya….saya…ti..tii….daak…me.ne.pa.ti. jann…ji.” terketar-ketar nada Fad menahan kesakitan dan cuba menyampaikan sesuatu kepada Dr Kamarul.

Keadaan fizikal di kepala Fad amat parah dan banyak kehilangan darah. Orang disekeliling memerhatikan dan turut bersimpati.

Fad mengenggam tangan Dr. Kamarul dan mendekatkan mulutnya ke telinga dan menyatakan sesuatu kepada Dr Kamarul.

Kemudian Fad menjauhkan diri. Senyum diwajahnya mengambarkan ia seperti puas. Puas kerana telah berusaha menolong mahkluk yang lemah dan kini ia berasa amat tenang setelah Dr Kamarul menyatakan setuju dengan permintaannya. Dr Kamarul mengalirkan airmata kerana sedih dengan situasi yang berlaku sekarang. Dia tidak pernah terfikir perkara ini terjadi di dalam hidupnya dengan perkenalan yang singkat bersama penyelamat ibu kucing berkenaan namun ia telah memberikan suatu pengajaran berguna buat dirinya. Setiap mahkluk nyawa adalah paling mahal, bukan semata-mata untuk duit akan tetapi kesungguhan dalam usaha saling membantu, menerima dan memberi.

“Doktor, maafkan sssaya…..”

“Fad, tenang Fad… Awak jangan fikir apa-apa.. sebentar lagi ambulans sampai.” Dr Kamarul membetulkan kedudukan kakinya agar dapat menampung kepala Fad dan memberi keselesaan padanya.

Kedengaran suara Fad mengucap dua kalimah syahadah, dengan senyuman manis yang terakhir dan gengaman tangan Fad terlepas daripada tangan Dr Kamarul.

“Innalillah………”sayu kedengaran suara Dr Kamarul melihat kematian seorang pemuda yang amat penyayang kepada haiwan. Dia baru sahaja kehilangan seorang sahabat yang bersih hatinya terhadap haiwan.

Orang makin ramai mengerumuni di tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang sedang berlaku. Masing-masing mengelengkan kepala tanpa simpati.

“Sila ketepi…ke tepi tolong.. beri laluan…tolong…” kedengaran suara pegawai perubatan yang datang bersama ambulans mengangkat stretcher. Setelah dipastikan keadaan mangsa, pegawai perubatan itu mengesahkan bahawa dia telah menemui ajalnya.

Dr. Kamarul menolong pegawai itu mengangkat tubuh Fad untuk dimasukkan ke dalam van ambulans.

Sekembali Dr Kamarul ke kliniknya, dibajunya ada kesan darah Fad. Dan dia menyalin baju lebihan yang ada di klinik kemudian dengan rasa sedih dia terus menelefon isterinya menyatakan tentang peristiwa yang baru sahaja berlaku.

“Sabar abang…tu semua telah tertulis untuknya”. Isterinya cuba menenangkan suaminya yang masih lagi dalam keadaan terperanjat.

“Betul apa yang awak cakapkan tu.” Balas suaminya.

Dengan merah yang mata, Dr Kamarul mendekati sangkar Buyung. Buyung memerhati sahaja gerak geri Dr Kamarul. Dr Kamarul kemudian membuka sangkar dan mengeluarkan Buyung. Diletakkan di atas meja rawatan. Ditariknya kerusi tinggi dan dibelai-belai Buyung dengan penuh kasih saying sambil mengalirkan airmata. Dr Kamarul senyum kepada Buyung namun senyumannya pahit.

“Awak tahu tak? Pemuda yang telah selamatkan awak itu telah tiada lagi.. Dia terlibat di dalam kemalangan sewaktu datang untuk mengambil awak balik ke rumah….. baru sahaja berlaku sayang..” beritahu Dr Kamarul kepada Buyung mengharapkan bahawa ibu kucing berkenaan memahami dengan apa yang disampaikan.

Buyung mengelipkan mata.

“Nyau….” Sambil mengesel-geselkan kepala di atas tapak tangan Dr Kamarul.

Teringat kembali pesan Fad padanya sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.

“Doktor, saya minta maaf pada doktor kerana saya tidak dapat menjaga ibu kucing itu. Saya telah mungkir janji saya. Saya berharap doktor dapat mencari penjaga untuk ibu kucing berkenaan seandainya tiada tolonglah jagakan ia untuk saya. Dia perlukan perhatian dan rawatan untuk teruskan hidupnya. Sewaktu saya mengambilnya yang cedera hari itu, saya terlihat dua jasad anak kucing yang kecil berdekatannya mungkin itu adalah anak-anaknya. Saya rasa ia tentu sedih di atas kehilangan anak-anaknya itu...Terima kasih Dr, hanya Allah dapat membalas jasa baik Dr kelak.” Fad berbisik di telinganya dengan nada yang amat lemah.

“Allahuakbar…..”

“Didalam kocek baju saya ini ada baki duit rawatan untuk ibu kucing itu doktor. Saya tiada lagi apa-apa hutang dengan doktor. Doktor ambillah duit ini sebagai tanda saya selesaikan hutang saya.” tambah Fad sebelum nafasnya bergerak laju.

Bergenang air matanya apabila mengenangkan kesungguhan pemuda itu untuk membantu ibu kucing malang ini. Dibelai lagi Buyung. Buyung menjilat-jilat tangan Dr Kamarul tanda memujuk. Sepertinya Buyung memahami perasaan yang sedang dialami oleh Dr. Kamarul. Buyung memerhati lagi wajah Dr Kamarul diangkatnya kaki ke muka Dr Kamarul di sentuhnya muka Dr Kamarul dengan lembut beberapa kali.

Dr Kamarul sayu dan sedih dengan sikap ibu kucing yang malang ini. Sepertinya mengharapkan untuk seseorang menjaganya setelah ia menjadi cacat dan hanya mampu mengesot sahaja.

“Awak jangan risau sayang, awak hanya cacat fizikal sahaja tetapi tidak pada hati awak.”

“Nyau” balas Buyung sambil mendekatkan mukanya kepipi Dr Kamarul mencium-cium manja….

Satu kucupan lembut pula diberikan untuk Buyung oleh Dr Kamarul.

“Thanks sebab awak menjadi baik dan saya akan menjaga awak sebaiknya” ucap Dr Kamarul buat Buyung.

Perbuatan Dr Kamarul itu diperhatkan oleh pekerjanya, Asmah. Airmatanya turut tertumpah kerana peristiwa yang berlaku dan dia pasti bahawa majikannya takkan membiarkan kucing malang itu sendirian.

"Kesian ibu kucing ini" bicaranya sendiri sambil mengesat matanya dan berlalu pergi ke kaunter semula untuk meneruskan pekerjaannya.


Previous: Bab 16
Next: Bab 18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Cheeto