“Incik! Saya tidak nampak juga
budak ini mahu lintas, pokok ini menghalang pandangan saya incik!” jelas pemandu berbangsa india itu dengan perasaan yang takut dan serba salah.
“Takpe, takpe…. awak pergi buat
laporan polis segera. Hal mangsa ni biar kami uruskan dan ambulans telah
dipanggil oleh staff saya.” jelas Dr Kamarul.
Lelaki india segera ke balai
polis untuk membuat laporan dan meninggalkkan pemuda itu bersama Dr Kamarul.
“Dok…dok…..” panggil Fad dengan
nada yang putus-putus.
“Allah……. Fad, awak bertenang.
Jangan banyak bercakap dan mengucap Fad….” Dr Kamarul cuba menenangkan Fad yang
berada di dalam keadaan yang tidak pernah dibayangkan. Sepatutnya Fad akan
datang ke klinik untuk mengambil si ibu kucing tersebut tetapi kejadian lain pula
yang berlaku.
Fad memegang terus tangan Dr
Kamarul, dia tarik masuk ke dalam kocek bajunya dan Dr Kamarul merasakan
beberapa keping note kertas. Dr Kamarul memandang wajah Fad. Senyuman di muka
Fad menunjukkan ia redha dengan apa yang berlaku ke atas dirinya. Tujuannya
untuk menyelamatkan ibu kucing telah dilakukan dengan begitu baik sekali.
Seandainya saatnya telah tiba, Fad redha dengan ketentuaNYA.
“Ma…afkan saya Doktor.
Saya….saya…ti..tii….daak…me.ne.pa.ti. jann…ji.” terketar-ketar nada Fad menahan
kesakitan dan cuba menyampaikan sesuatu kepada Dr Kamarul.
Keadaan fizikal di kepala Fad amat
parah dan banyak kehilangan darah. Orang disekeliling memerhatikan dan turut
bersimpati.
Fad mengenggam tangan Dr. Kamarul
dan mendekatkan mulutnya ke telinga dan menyatakan sesuatu kepada Dr Kamarul.
Kemudian Fad menjauhkan diri.
Senyum diwajahnya mengambarkan ia seperti puas. Puas kerana telah berusaha
menolong mahkluk yang lemah dan kini ia berasa amat tenang setelah Dr Kamarul
menyatakan setuju dengan permintaannya. Dr Kamarul mengalirkan airmata kerana
sedih dengan situasi yang berlaku sekarang. Dia tidak pernah terfikir perkara
ini terjadi di dalam hidupnya dengan perkenalan yang singkat bersama penyelamat
ibu kucing berkenaan namun ia telah memberikan suatu pengajaran berguna buat
dirinya. Setiap mahkluk nyawa adalah paling mahal, bukan semata-mata untuk duit
akan tetapi kesungguhan dalam usaha saling membantu, menerima dan memberi.
“Doktor, maafkan sssaya…..”
“Fad, tenang Fad… Awak jangan
fikir apa-apa.. sebentar lagi ambulans sampai.” Dr Kamarul membetulkan
kedudukan kakinya agar dapat menampung kepala Fad dan memberi keselesaan
padanya.
Kedengaran suara Fad mengucap dua
kalimah syahadah, dengan senyuman manis yang terakhir dan gengaman tangan Fad
terlepas daripada tangan Dr Kamarul.
“Innalillah………”sayu kedengaran
suara Dr Kamarul melihat kematian seorang pemuda yang amat penyayang kepada
haiwan. Dia baru sahaja kehilangan seorang sahabat yang bersih hatinya terhadap
haiwan.
Orang makin ramai mengerumuni di
tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang sedang berlaku. Masing-masing
mengelengkan kepala tanpa simpati.
“Sila ketepi…ke tepi tolong..
beri laluan…tolong…” kedengaran suara pegawai perubatan yang datang bersama
ambulans mengangkat stretcher. Setelah dipastikan keadaan mangsa, pegawai
perubatan itu mengesahkan bahawa dia telah menemui ajalnya.
Dr. Kamarul menolong pegawai itu
mengangkat tubuh Fad untuk dimasukkan ke dalam van ambulans.
Sekembali Dr Kamarul ke
kliniknya, dibajunya ada kesan darah Fad. Dan dia menyalin baju lebihan yang
ada di klinik kemudian dengan rasa sedih dia terus menelefon isterinya
menyatakan tentang peristiwa yang baru sahaja berlaku.
“Sabar abang…tu semua telah
tertulis untuknya”. Isterinya cuba menenangkan suaminya yang masih lagi dalam
keadaan terperanjat.
“Betul apa yang awak cakapkan
tu.” Balas suaminya.
Dengan merah yang mata, Dr
Kamarul mendekati sangkar Buyung. Buyung memerhati sahaja gerak geri Dr Kamarul.
Dr Kamarul kemudian membuka sangkar dan mengeluarkan Buyung. Diletakkan di atas
meja rawatan. Ditariknya kerusi tinggi dan dibelai-belai Buyung dengan penuh
kasih saying sambil mengalirkan airmata. Dr Kamarul senyum kepada Buyung namun
senyumannya pahit.
“Awak tahu tak? Pemuda yang telah
selamatkan awak itu telah tiada lagi.. Dia terlibat di dalam kemalangan sewaktu
datang untuk mengambil awak balik ke rumah….. baru sahaja berlaku sayang..”
beritahu Dr Kamarul kepada Buyung mengharapkan bahawa ibu kucing berkenaan
memahami dengan apa yang disampaikan.
Buyung mengelipkan mata.
“Nyau….” Sambil mengesel-geselkan
kepala di atas tapak tangan Dr Kamarul.
Teringat kembali pesan Fad
padanya sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.
“Doktor, saya minta maaf pada doktor
kerana saya tidak dapat menjaga ibu kucing itu. Saya telah mungkir janji saya.
Saya berharap doktor dapat mencari penjaga untuk ibu kucing berkenaan
seandainya tiada tolonglah jagakan ia untuk saya. Dia perlukan perhatian dan
rawatan untuk teruskan hidupnya. Sewaktu saya mengambilnya yang cedera hari
itu, saya terlihat dua jasad anak kucing yang kecil berdekatannya mungkin itu
adalah anak-anaknya. Saya rasa ia tentu sedih di atas kehilangan anak-anaknya
itu...Terima kasih Dr, hanya Allah dapat membalas jasa baik Dr kelak.” Fad
berbisik di telinganya dengan nada yang amat lemah.
“Allahuakbar…..”
“Didalam kocek baju saya ini ada
baki duit rawatan untuk ibu kucing itu doktor. Saya tiada lagi apa-apa hutang
dengan doktor. Doktor ambillah duit ini sebagai tanda saya selesaikan hutang
saya.” tambah Fad sebelum nafasnya bergerak laju.
Bergenang air matanya apabila
mengenangkan kesungguhan pemuda itu untuk membantu ibu kucing malang ini. Dibelai
lagi Buyung. Buyung menjilat-jilat tangan Dr Kamarul tanda memujuk. Sepertinya
Buyung memahami perasaan yang sedang dialami oleh Dr. Kamarul. Buyung memerhati
lagi wajah Dr Kamarul diangkatnya kaki ke muka Dr Kamarul di sentuhnya muka Dr
Kamarul dengan lembut beberapa kali.
Dr Kamarul sayu dan sedih dengan
sikap ibu kucing yang malang ini. Sepertinya mengharapkan untuk seseorang
menjaganya setelah ia menjadi cacat dan hanya mampu mengesot sahaja.
“Awak jangan risau sayang, awak
hanya cacat fizikal sahaja tetapi tidak pada hati awak.”
“Nyau” balas Buyung sambil mendekatkan
mukanya kepipi Dr Kamarul mencium-cium manja….
Satu kucupan lembut pula
diberikan untuk Buyung oleh Dr Kamarul.
“Thanks sebab awak menjadi baik
dan saya akan menjaga awak sebaiknya” ucap Dr Kamarul buat Buyung.
Perbuatan
Dr Kamarul itu diperhatkan oleh pekerjanya, Asmah. Airmatanya turut
tertumpah kerana peristiwa yang berlaku dan dia pasti bahawa majikannya takkan
membiarkan kucing malang itu sendirian.
"Kesian ibu kucing ini" bicaranya sendiri sambil mengesat matanya dan berlalu pergi ke kaunter semula untuk meneruskan pekerjaannya.