“Senah! Wei Senah!! Kau tengok
apa kucing ko dah buat kat rumah aku tu! Habis pecah pasu bunga yang aku beli.
Kau tahu berapa harga tu? Mahal tau tak!” jerit Limah jiran sebelah rumah Senah
gara-gara Buyung memanjat dinding rumahnya yang menjatuhkan pasu bunga antik
itu. Teringat kembali Senah akan perbuatan Buyung yang menyebabkan dia dan
jirannya bermasam muka.
Kadang-kadang sesuatu keputusan
itu amat berat untuk dilakukan namun ia harus juga dilakukan untuk menjaga
hubungan sesama manusia walau keputusan yang diambilnya itu kelak akan
mengecewakan hati anak kesayangan nanti.
“Ini saja pilihan yang mak ada
Suri, maafkan mak”.
Suri berlari-lari riang kerana
tak sabar nak bermain-main dengan anak-anak Buyung. Setibanya Suri dirumah Suri
terkedu, Suri melihat kelibat maknya menjinjing guni gula. Dia tahu apa yang
berada didalam guni tersebut. Tiba-tiba berair mata Suri.
“Mak!! Janganla buang Buyung dan
anak-anak dia. Suri janji yang Suri akan buat semua kerja rumah termasuk
membuang najis dan tolong mak untuk memberi mereka semua makan.” Rintih Suri
kepada maknya yang telah bersedia memegang guni yang berisi kucing-kucing
kesayangannya. Namun ia tidak di endah oleh mak Suri. Suri terduduk di tangga
rumah melihatkan beg guni tersebut yang berisi anak-anak Buyung dan Buyung
meronta-ronta untuk melepaskan diri. Makin kuat si Buyung meronta, makin kuat
kejap tangan mak Suri mengengam.
Kini Buyung dan anak-anaknya
telah dibuang ditempat orang ramai. Di kawasan warung yang kebiasaanya sibuk di
waktu pagi dan lengang selepas itu. Kelihatan anak-anak Buyung ketakutan dengan
suasana baru yang tidak pernah mereka lihat. Keadaan yang lapang, orang yang
lalu lalang. Menambah lagi ketakutan mereka. Dari jauh Mak Senah menoleh balik
kepada kucing dan anak-anak nya yang baru di buangnya.
“Maafkan aku Buyung, Maafkan
aku”.
Redup mata Buyung melihat kelibat
Mak Senah yang beransur-ansur jauh meninggalkannya. Kini tinggallah dia
bersama-sama anak-anaknya yang di dalam ketakutan itu. Buyung cuba menenangkan
anak-anaknya dengan menjilat-jilat badan mereka. Mereka ditinggalkan di bawah
meja bersama guni gula tadi.
Buyung kembali menoleh ke arah
Mak Senah menghilang...hanya pandangan kosong, deruan motor dan kenderaan ulang
alik sahaja kedengaran, tiada lagi suara Suri ....
"Buyung......Suri sayang
Buyung"!!!
Tiba-tiba salah seekor anak
Buyung yang berwarna kelabu berjalan menuju ke tengah jalan.