Home Novel Keluarga Sinar Mata, Cahaya
Sinar Mata, Cahaya
Cheeto
4/3/2014 18:09:53
8,222
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Senarai Bab
Bab 4

“Akak, saya harap akak faham dengan situasi ini yer?”

“Baikla, Puan” jawab Mak Timah. Saya akan cuba buat seperti yang Puan arahkan. Dipandang wajah 3 kucing sederhana besar. Usia lebih kurang 7 ke 8 bulan.

“Apalah nasib kamu nanti” keluh Mak Timah.

“Takpelah, nanti aku akn bawa kamu semua balik, takkan sanggup aku buang kau dimana-mana, selagi aku mampu aku tolong” Mak Timah membelai ketiga-tiga dengan perasaan hiba. Tersentuh hatinya dengan kucing-kucing itu. Apalah dosa mereka dibiar hidup sendirian.

Begitula nasib kucing, cantik, sihat dan gemuk semua orang suka tetapi jika dah jadi macam ni, kurus, kurap sini sana, luka-luka dibuang. “Kesian korang semua” hati Mak Timah berbicara sendiri.

Jam empat petang waktu bekerja telah habis buat Mak Timah, diangkutnya ketiga-tiga anak kucing itu. Seperti memahami mereka diam sahaja tanpa memberontak. Gembira dengan manusia yang sanggup ambil mereka untuk di jaga. Dua daripadanya diletak didalam beg sandang dan satu dipeluk erat. Cuaca agak indah hari itu dan berangin. Mata masing-masing melilau dan duduk diam.

“Pandainya korang, diam je..tak banyak kerenah sewaktu ingin di bawa balik ke rumah” luah Mak Timah sambil meletakkan ketiga-tiganya ke lantai setibanya di rumah. Kelihatan Suhaila sedang memberi makan untuk kucing-kucing. Suara ngiauan menceriakan lagi waktu itu. Besar, kecil, gemuk, kurus, tempang, buta mata, koyak telinga, juling mata, macam-macam lagi. Mereka berdua sayang kesemuanya tanpa memilih kasih dan kucing-kucing itu semua seperti menghargai dengan Suhaila dan maknya kerana sudi membela mereka yang serba kekurangan. Salah seekor daripada kucing-kucing itu duduk diam di pangkin sambil memerhati gelagat kawan-kawannya makan. Suhaila mendekatinya.

“Cahaya…. Nape ni? Jom makan.” Pelawa Suhaila.

“Nyau” jawab Cahaya. Dia bangun dan mendekati Suhaila yang sedang duduk di pangkin itu yang memegang semangkuk berisi nasi dan ikan rebus yg di gaul. Cahaya menghidu mangkuk itu dan tidak menjamahnya. Di tenungnya muka Suhaila. Suhaila senyum padanya.

“Kenapa ni sayang? Tak lapar ke?” dibelai Cahaya dengan manja. Manja mendongak dan merasa suka digosok dagunya.

“Suhaila, nih ada lagi tiga ekor anak kucing..beri mereka makan juga ye” panggil Mak Timah. Mak Timah melangkah naik ke ruang rumah dan terus ke dapur.

“Baikla mak” jawab Suhaila.

“Eee….. comel nya kamu semua ni!” girang Suhaila melihat akan kucing-kucing baru yang dibawa mak nya sebentar tadi. Suhaila mengambil nasi di mangkuk itu diletakkan di atas surat khabar yang dibentangnya. Kucing-kucing yang baru itu makan dengan lahap. Kelaparan.

“Tadi kat sekolah, Cikgu sekolah suruh mak buang mereka kerana menganggu persekitaran katanya” jelas Timah sebaik sahaja turun ke pangkin sambil melihat kucing-kucingnya makan.

“Jejas persekitaran pulak?” jawab Suhaila terperanjat. Adakah kucing mencemarkan persekitaran? Suhaila tertanya sendiri.

Tiga ekor kucing itu di dekati Cahaya yang meluru menuju ke Suhaila. Dicium-cium sesame mereka. Tanpa sangka Cahaya menjilat-jilat ketiga-tiga kucing yang baru itu. Seperti keluarganya sendiri.

“Kenapala mereka berfikiran kamu semua ni mencemarkan persekitaran? Pelik betul!” Suhaila berkata-kata sendirian.

Sedang Suhaila melihat telatah Cahaya bersama tiga kucing yang baru. Suhaila dikejutkan dengan bunyi yang bising di belakangnya. Segala cawan dan pinggan yang terletak diatas pangkin bertaburan jatuh berderai kebawah. Mak Timah yang sedang membasuh baju di dapur bergegas menuju ke beranda. Dirinya terperanjat dan tertanya-tanya.

“Suhaila!! Kenapa tu!” pekik Mak Timah yang bergegas-gegas ingin tahu. Belum sempat Mak Timah bersuara dilihatnya kucing jantan, Cekoleh terketar-ketar. Melompat-lompat dan menghempaska-hempaskan dirinya seperti kena rasuk. Suhaila yang berdekatan cuba merapatkan diri kepada Cekoleh untuk melihat apa yang sebenarnya yang telah terjadi. Cahaya hanya memerhati dari jauh. Tiga kucing yang baru bertempiaran lari ke atas rumah dan menjenguk di muka pintu memerhati kerana terperanjat. Manakala kucing-kucing yang lain yang sedang makan berhenti serta melihat sahaja keadaan Cekoleh.

“Ya Allah, Cekoleh kenapa ni sayang??” Suhaila memberanikan diri mendekati Cekoleh. Dilihatnya keadaan tubuh Cekoleh yang berada di atas tanah. Tetapi tiada apa-apa yang luka dibadannya. Di angkatnya kepala Cekoleh dan pada masa itu Cekoleh seperti sawan lagi. Menghempas-hempas kepalanya ke tanah dan meraung-raung seperti didalam kesakitan yang amat sangat. Suhaila mula menangis. Di usapnya kepala Cekoleh. Cekoleh merupakan kucing jantan yang diambil ketika kecil lagi. Seminggu selepas berjumpa Cahaya. Cekoleh di jumpa di kedai membaiki basikal. Ia telah dibuang oleh penjaga sebelumnya kerana kurap yang teruk.

“Cinggg…cingggg…..” panggil Suhaila ketika hari pertama bertemu Cekoleh. Cekoleh membatukan diri di tiang batu kedai itu. Di dekati Cekoleh perlahan-lahan. Ketika itu Cekoleh seperti ingin menyerang Suhaila kerana ketakutan. Suhaila merapati dengan lemah lembut. Dihulurkan tangan dengan berhati-hati. Cekoleh yang ketakutan mencakar-cakar tangan Suhaila. Suhaila menarik semua tangannya.

“Jangan takut sayang…akak datang nak pegang awak, akak akan cuba lindungi awak, berilah akak peluang untuk memegang awak ye….”

Suhaila mencangkung lagi. Dirapatnya tangan ke Cekoleh yang masih lagi kecil itu. Cekoleh tetap merengus-rengus. Kebiasaannya, kucing seperti itu akan cuba mempertahankan diri daripada bahaya. Cara hidup persekitaran yang penuh cabaran telah menjadikan ia berada dalam keadaan yang garang pada sesiapa yang mendekatinya. Perlahan-lahan Suhaila mendekatkan tangannya ke Cekoleh. Tidak kisah pedih luka tergaris di tangannya yang baru dicakar. Kepala Cekoleh dipegang. Cekoleh menunduk-nundukkan kepalanya dan menarik kebelakang untuk menjauhkan diri daripada Suhaila. Mata Suhaila merenung mata Cekoleh. Kelip-kelip mata Cekoleh menandakan ia bersedia untuk dipegang. Setelah melihatkan ia tenang, Suhaila terus memegang leher Cekoleh untuk tenangkan ia. Cekoleh merasa seperti sang ibu mengangkat anaknya.

Cekoleh dibuang beberapa hari lepas. Dibiarkan Cekoleh menghadapi kesukaran hidup di bumi yang terluas terbentang. Kerana lapar hidup di tempat asing, segala apa yang dijumpainya dimakan. Sisa-sisa roti yang dibuang di ratahnya dengan lahap hanya untuk mengisi perutnya yang lapar. Air lopak dihirup untuk mengalas haus.

“Macam ni la. Akak sayang awak. Awak ni nampak comot sangat. Cantikla bulu awak ni, kelabu tua” bicara Suhaila setelah Cekoleh berjaya dipujuk. Dibelai-belai kepala, diusap-usap dagu dan di peluk erat.

“Mak tentu gembira melihat awak nanti bila sampai kat rumah kakak” Suhaila senyum melihat muka Cekoleh. Hanya ngiauan sayu dari Cekoleh buat Suhaila ketika itu. Semestinya ia gembira apabila masih lagi ada orang yang berhati baik untuk mengutip kucing buangan sepertinya.

“Akak namakan awak Cekoleh! Sebab awak bulat macam koleh air”

“Nyau” jawab Cekoleh sambil memerhati muka Suhaila yang rapat di mukanya itu. Berkaca. Diciumnya Suhaila tanda terima kasih.

Bersambung ...

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Cheeto