Home Novel Keluarga Sinar Mata, Cahaya
Sinar Mata, Cahaya
Cheeto
4/3/2014 18:09:53
8,240
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Senarai Bab
Bab 3

Fauzi pelajar lelaki yang amat nakal dan susah di kawal. Dia akan buat sesuka hatinya kepada sesiapapun dan semakin galak jika tiada yang menghalangnya. Semasa di sekolah lamanya dia pernah menolak seorang pelajar lelaki ditangga hanya kerana lelaki itu menghalang pergerakannya. Akibat daripada tolakkan itu, pelajar tersebut terjatuh dan patah kakinya. Fauzi sekeras-kerasnya menidakkan kejadian itu namun ada saksi yang tampil kehadapan untuk menyatakan perkara itu adalah benar. Kerana sikap Fauzi yang tidak jujur dan mendatangkan bahaya, dia dinasihatkan untuk ditukarkan ke sekolah lain yang akhirnya ditempatkan di Sekolah Menengah Tasek Utara, Johor.

“Fauzi!! Baik beri balik kucing itu…. Cepat!! ” jerit Suhaila yang geram dengan perangai jahat Fauzi.

“Garang gila kau! Kau ingat, kau jerit-jerit aku takut? Sorry lah, kau salah orang” balas Fauzi. Anak kucing itu dipegang mengunakan dua jarinya. Terjerit-jerit dan ketakutan anak kucing tersebut. Raungan anak kucing itu tidak diendah Fauzi. Apa yang Fauzi tahu dia nak ajar perempuan yang telah memalukannya di kantin sekolah tadi.

“Baru kau tahu aku siapa” bisik hatinya. Fauzi senyum kepada Aiman yang berada di atas motor sambil mengoyangkan kaki.

“Yang kau cari pasal dengan anak kucing tu apasal!! Hah! Kalau kau marah pada aku, jangan libatkan kucing tu lah! Pekik Suhaila dari bawah jejantas.

“Aku nak tengok sejauh mana kau sayang kucing bodoh ni” habis sahaja bercakap, Fauzi terus melepaskan anak kucing tersebut.

“Nyauuuuuu!!!!!!!” jerit anak kucing itu. Fauzi melepaskan pautan di badan anak kucing itu. Terhempas di atas jalan raya. Ketakutan. Mengigil. Pada waktu itu lampu isyarat masih lagi merah dan Suhaila sepantas kilat berkejar ke tengah jalan untuk menyelamatkan nyawa anak kucing yang baru di ambil di kantin sekolahnya.

“Ya, Allah!!!..... Cahaya!!” jerit Suhaila spontan.

Suhaila terus menerpa menyelamatkan anak kucing itu. Keadaan anak kucing itu berdarah di bahagian dagu, patah giginya. Anak kucing itu menjerit-jerit kesakitan. Mengigil-gigil badannya diatas jalan sewaktu Suhaila ingin mengangkatnya. Terus dipeluk anak kucing itu. Kepala anak kucing itu mendongak melihat Suhaila agar dia diselamatkan daripada pemuda yang tiada perasaan belas kasihan itu. Ada airmata dikelopak Suhaila.

“Cahaya…. Ya Allah, adik akak…… sabar ye, nanti akak bawak ke klinik” pujuk Suhaila. Menitik airmatanya petang itu. Tidak sangka yang Fauzi sekejam ini. Suhaila tanamkan di dalam diri dia bahawa tidak akan dia berbaik dengan Fauzi dengan apa yang di telah lakukan.

“Takpe, hari ini hari kau Fauzi, tunggu masa kau nanti” Suhaila bangun dan bergerak semula ke tepi jalan dan tidak perasan akan lampu sudah bertukar ke hijau. Sewaktu Suhaila berpusing kakinya disambar oleh penunggang motor yang tidak dapat mengawal motornya sewaktu lampu bertukar warna. Tercampak ke tepi bersama dengan beg yang masih digalas dan juga Cahaya. Cahaya tersembam di atas rumput dan Suhaila pula terseliuh kakinya.

“Aduh!” ngeluh Suhaila. Tanpa mengendahkan kakinya yang sakit dia terus mendapatkan Cahaya yang duduk ketakutan di atas rumput. Pemuda yang melanggarnya itu menoleh. Berhenti seketika dan berganjak setelah melihat Suhaila mampu bangun.

Peristiwa itu tidak dapat Suhaila lupakan. Kerana Cahaya lah, dia kenal perangai manusia seperti Fauzi. Kerana Cahaya jugala dia kini telah membela sebanyak 25 ekor anak kucing jalanan. Sejak Cahaya hadir dirumahnya, Suhaila sudah banyak mengutip kucing-kucing jalanan. Kucing jalanan yang dikutipnya bukanla yang sihat-sihat. Ada diantaranya berpenyakit kurap, patah kaki, putus ekornya dan macam-macam lagi. Namun itu bukan penghalangnya untuk menjaga mereka yang lemah.

“Apa agaknya budak setan si Fauzi tu buat sekarang ye? Soalnya sendirian.

Lamunan sewaktu sekolah terhenti ketika Montel datang menjilat-jilat kaki Suhaila.

“Eh Montel… nak apa sayang?” diambilnya Montel dan didukungnya kucing berkaki tiga itu. Macam mana keadaan Montel hari ni ye?.. Meh kakak tengok kaki awak tu.”

Montel seekor kucing kurang upaya, dia dijumpai mereka dua beranak ketika balik daripada pasar malam di Bandar Baru Uda. Ketika itu Montel sedang makan saki-baki makanan yang dibuang penjual di pasar malam dengan rakus dan dalam keadaan menyedihkan, seperti kelaparan. Dua kaki hadapan dan satu kaki kanan belakang menongkat badannya manakala kaki belakang kirinya hancur nampak tulang. Didekati kucing malang itu, dibelai belakang badannya.

“Kenapa dengan awak ni sayang?” tanya Suhaila apabila mendekatinya.

“Kesiannya kucing ini” Timah tahu akan perangai Suhaila. Sekiranya perkataan kesian keluar daripada mulut anaknya itu maka ia akan membawa balik kucing berkenaan. Kerana itulah sifat anaknya, walau garang namun dia mempunyai hati yang mulia dan baik. Suhaila tunggu kucing berkenaan habis menikmati makanannya dan diangkatnya dengan perlahan.

“Lembutnya bulu awak ni… kucing secantik awak orang buang? Siapalah yang buang ketika awak menderita ni? Mesti orang tu tak pandai memandang kecantikan awak, kan?” bertalu-talu soalan Suhaila untuk kucing itu. Hanya ngiauan sahaj yang dibalas. Seperti memahami apa yang di cakapkannya. Dibawanya pulang kucing malang itu kerumah dan dirawatnya sendiri. Luka-luka kakinya sudah kering dan Suhaila tidak pasti apa punca kakinya itu hancur.

“Kesian awak.” senyum Suhaila.

“Pastinya awak menjalani kehidupan yang sukar di luar sana kan? Awak jangan risau ye, dirumah ni saya akan merawat dan beri perhatian pada awak…” digosoknya dagu Montel dan merasa selesa dengan perlakuan Suhaila. Kucing itu mengeluarkan bunyi tanda gembira dan tenang di samping orang yang menyelamatkannya. Diperhatikan Suhaila kemudian ia cuba bangunkan diri dan menyandar di kaki Suhaila.

“Manjanya dia……” sambil dipegang kaki dan dibuang-buang luka kering itu.

“Saya akan cuci kaki awak ni dan buang darah-darah kering ye sayang… awak tahan sikit tau.”

"Nyau....." Montel mengiau lagi menghentikan lamunan Suhaila. 

"Oh...lapa ea.. jom!" panggil Suhaila dan Montel mengikutinya.

Montel yang berkaki tiga berlari-lari mengikuti Suhaila kedapur. Diperhatikan pergerakan Suhaila dan cuba nak menangkap kakinya. Suhaila berlari-lari anak sambil memanggil nama Montel. Ngiauan dan larian daripada kucing berkaki tiga itu amat mengembirakan hatinya.

“Meh sini…meh, akak belanja friskies.” ajak Suhaila. Dipanggilnya Montel dan seperti biasa sekelian kucing yang berada dirumahnya berlari-lari menuju ke Suhaila. Setiap daripada mereka ada ceritanya tersendiri.

Timah memerhati sahaja kelakuan anaknya itu. Dia tahu sejak kehilangan ayahnya hanya kucing yang menjadi teman bicaranya. Dia juga tahu, kucing dapat memberi ketenangan jiwa dan terapi buat penjaganya. Dia tidak pelik. Tetapi dia pelik dengan sikap sesetengah manusia, ada yang susah terima kehadiran kucing.

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Cheeto