Waktu persekolahan tamat pada jam
1.00 petang. Suhaila keluar dari kelas dan berlari-lari dengan pantas menuju ke
kantin sekolah. Dia tidak sabar untuk mengambil anak kucing yang dia tolong
tadi. Sebelum waktu rehat tamat, dia sempat dia pesan kepada mak cik kantin
agar tolong jagakan kucing itu sehingga waktu sekolahnya habis dan dia akan
ambil untuk dibawa balik. Setibanya di kantin sekolah senyumannya di ukir tika
ternampak anak kucing itu sedang asyik bermain sendirian di tiang besi. Dia
bertemu dengan makcik kantin dan mengucapkan terima kasih kerana menjaganya
walau untuk sementara.
“Takpe lah nak, makcik jaga dia
pun sekejap saja. Bawalah dia balik
daripada dia sendirian di sini, asyik kena buli saja dengan budak-budak nakal”
jelas makcik kantin kepada Suhaila. Dengan segera diangkatnya anak kucing itu.
Dipeluknya dan dibelai manja. Anak kucing itu seperti suka dengan apa yang
Suhaila buat padanya. Sepanjang perjalanan keluar dari sekolah Suhaila tidak
putus senyum dan bercakap dengan anak kucing tersebut. Ada yang pandang semacam
sahaja, pada Suhaila itu semua bukan masalah mereka. Suhaila menuju ke
perhentian bas yang jaraknya memakan masa 10 minit perjalanan. Sekolahnya
berada jauh ke dalam dan berbukit. Di kawasan itu juga terdapat bengkel-bengkel
kereta, pejabat pendidikan negeri dan juga kem latihan khidmat negara.
Kucing itu dipeluk erat.
“Zi, itu ke budak perempuan yang
tumbuk kau di kantin?” Aiman yang duduk di atas motosikal memuncungkan
bibirnya. Fauzi yang bersiap sedia untuk menghidupkan enjin motornya terbantut
seketika.
“Ye, betul!! Itu la perempuannya!”
Jawabnya pendek.
Jaga kau perempuan. Aku tau apa
nak buat dengan kau. Kau tumbuk aku gara-gara seekor kucing tadi kan, nanti kau
tahu la akibatnya! Dia berkata didalam hati dengan geram. Fauzi menaiki motor
dan Aiman dibelakangnya. Sambil menyalakan rokok Fauzi tersenyum.
“Siap kau!”
Segera motornya di gerakkan untuk
mengejar pergerakkan Suhaila. Makin lama makin dekat. Suhaila tidak perasan
akan pergerakkannya di ekori oleh Fauzi. Khayal akan kucing yang dipegangnya.
Beg yang di galas di bahu di betulkan.
“Sihatnya dia….” Suhaila
memicit-micit perut kucing yang di bawanya. Kucing itu terasa geli dan
menendang-nendang kaki apabila jari Suhaila menyentuh perutnya.
“Oh melawan ea….. cubit perut dia”
acah Suhaila lagi.
Preng!!!!! Preng!!!. Tiba-tiba
Suhaila dengar sesuatu yang membisingkan telinganya. Ditoleh kebelakang dan
nampak akan dua orang lelaki memakai baju sekolah sedang mengekorinya.
“Tadi kau tumbuk hidung aku ye?”
Fauzi bersuara sebaik saja berhenti dekat dengan Suhaila. Ditongkatnya
motosikalnya dan Aiman kawannya masih lagi berada di atas motor tersebut. Rokok
di mulutnya di sedut laju kemudian di hembus keluar ke muka Suhaila. Ditoleh ke
Aiman memberi isyarat. Aiman berganjak daripada tempat duduknya dan menuju ke
belakang Suhaila. Diperhatikan tubuh Suhaila atas bawah. Aiman sentuh beg
sandang Suhaila. Dan satu tendang diberikan Suhaila ke betis Aiman.
“Ooo… main kasar ye!” Aiman
bersuara. Dikenyitkan mata kepada Fauzi. Fauzi tersengeh macam kerang busuk.
Suhaila tidak pernah gentar dengan apa yang sedang dialaminya. Dia percayakan
dirinya. Suhaila tidak suka di pandang lemah dan akan melawan sekiranya dia di
usik. Suhaila tetap meneruskan perjalannya menuju ke perhentian bas sedikit
perasaan takut tak wujud didalam dirinya.
“Awak penat… ea?” soal Suhaila
kepada kucing yang dikendongnya. Telatahnya diperhatikan Fauzi da Aiman. Gelak
kuat mereka apabila melihatkan Suhaila bercakap dengan kucing.
“Apa bodohla kau ni perempuan.
Dengan kucing yang tak faham bahasa tu pun nak bercakap? Gila ke apa?” tegur
Fauzi sambil cuba merampas kucing itu. Rampasan Fauzi terlepas dan kucing itu
masih kemas dalam pegangan Suhaila. Mata Suhaila membulat.
“Apa kau sibuk sangat, aku
menyusahkan hidup kau ke kalau aku bercakap dengan kucing? Lebih baik aku cakap
dengan kucing daripada aku cakap dengan orang macam korang berdua ni. Takde
adab dan takde bahasa” marah Suhaila. Geram Suhaila apabila kucing yang
dipegangnya cuba dirampas dua budak lelaki itu.
“Jangan kacau aku kalau tak mahu
berdarah lagi hidung tu” Suhaila memberi amaran kepada mereka berdua. Fauzi
memegang hidungnya yang bertampal. Tersenyum dan mengangkat keningnya kepada
Aiman tanda mengejek.
Suhaila teruskan perjalanannya
tanpa menghiraukan dua pemuda itu. Ada beberapa orang pelajar juga yang
melalui jalan itu untuk menuju ke perhentian bas dan ternampak apa yang sedang
berlaku antara Suhaila dan dua orang pelajar lelaki tetapi mereka tidak ambil
peduli dengan apa yang berlaku. Masing-masing buat tidak tahu dan tak ambil
endah. Fauzi berpatah balik ke motornya di ikuti Aiman. Fauzi masih tidak berpuashati
dengan Suhaila.
“Ko ni tak malu ea cari pasal
dengan perempuan? Lelaki jenis apa kau ni?”
“Ok, kau nak tahu aku lelaki jenis
apa ye? Sini aku tunjuk kau” dirampasnya anak kucing itu dan di tekan minyak
motor dengan laju menuruni bukit. Suhaila berlari mengejar Fauzi dengan
geram. Dikejarnya sehingga sampai ke jejantas dimana Fauzi terlebih dahulu
sampai ke atas sambil memegang anak kucing itu dihalakan ke bawah. Diturun naik
anak kucing itu sambil ketawa melihatkan raut muka Suhaila yang ketakutan dan
amat marah.
Bersambung ....