“Bang, bangun
bang sembahyang subuh kemudian bolehla pergi kerja” kejut Maimun. Senyap dan
sunyi. Sedikit bunyi pun tidak ada. Agak pelik perangai suaminya hari ini
kebiasaanya jika dikejut ia akan terus bangun. Maimun bangkit dari tidur dan
bergerak kedapur untuk menyediakan sarapan buat suaminya.
“Mun, abang
pergi kerja dulu dah lambat ni” pekik suaminya beberapa minit kemudian.
“Aik?? Lambat??
Jam di dinding baru menunjukkan pukul 7 pagi, awal lagi ni” jawab Maimun
sendirian.
“Eh Abang! Tak
mandi dulu ke?”
Tanpa menoleh
Badrul terus sahaja menghidupkan enjin kereta dan bergerak ke tempat kerja.
Seperti orang yang kesiangan.
“Kebiasaannya
jam 9 baru bergerak namun hari ini awal sangat” getus Maimun.
“Pelik” gumam
Maimun sambil mengelengkan kepalanya.
Terdengar suasana
riuh dikawasan itu. Itam membuka matanya perlahan dan dalam samar-samar matanya
kelihatan orang lalu lalang.
“Ngiau!!”
jeritnya. Sakit akibat dipijak oleh seorang wanita.
“Alamak! Sorry… akak tak nampak adik kat bawah”
wanita terbabit mengangkat Itam, rasa bersalahnya kerana telah memijak ekor
Itam dengan tidak sengaja. Di urut-urut perlahan. Wanita itu senyum untuk Itam.
“Maafkan kakak
ye sayang” satu ciuman singgah di kepalanya dan kemudian diletakkan di bawah
semula.
tam bergerak
meninggalkan wanita itu yang menyambung sarapannya.
“Nyau…nyau…”
suara Itam. Dirinya seperti tersepit ditengah-tengah kesibukan manusia yang
berada disekelilingnya. Berlari-lari menyembunyikan diri apabila ada beberapa
orang menghalaunya. Seperti tidak suka dengan kehadirannya di situ.
“Syuh!!!
Syuh!!!” suara orang menghalaunya.
“Kemana lagi
ingin aku pergi?” jerit hatinya. Si Itam kemudian duduk di sudut celah pokok.
Walaupun kawasan itu basah akibat hujan yang turun malam tadi namun ia tiada
lagi tempat untuk melarikan diri. Terpaksa merehatkan dirinya di situ dengan
keadaan yang basah, sejuk dan agak kotor. Perutnya masih lagi sakit sungguhpun
bengkaknya sudah berkurangan.
“Yea!!! Yea!!!
Jom kita makan Pelangi!” jerit Karmila setelah menuruni kereta. Di angkutnya
Pelangi kemana sahaja dia pergi. Jika di sekolah boleh bawa kucing sudah lama
ia membawa Pelangi menemaninya. Pelangi yang dipakaikan baju warna merah jambu
itu diletakkan diatas meja. Mata-mata pengunjung di warung Pak Leman ada yang
senyum, ada yang mencebik. Namun semua itu tidak diendahkan Karmila.
“Mak! Mila nak
makan soto nasi eh.” Pintanya setelah mereka berada di salah satu meja
berdekatan sebuah pokok yang agak tinggi.
“Sejuknya……”
kata Karmila lagi. Buyung ditinggalkan dirumah kerana keadaannya yan kurang
baik untuk berada di kawasan sibuk seperti di warung Pak Leman. Pada Buyung, ia
tidak kisah ditinggalkan kerana dia tahu anaknya tetap akan berada disisinya
semula nanti. Dan Buyung berehat di rumah bersama Ciki.
“Nyau” suara
kecil kedengaran. Karmila menoleh kebelakang. Di lihatnya seekor kucing itam
kecil sebaya Pelangi.
“Eh ada anak
kucing Itam la” Karmila turun dari kerusi da nemndekati anak kucing itu. Dia
mengurut-ngurut belakang anak kucing itu. Diangkatnya anak kucing itu.
“Kesiannya awak
kebasahan dan kotor”
“Mak ! Ayah!
Mila nak bawa balik kucing ini. Mila nak bersihakan dia dan jadikan kawan
Pelangi kat rumah. Boleh mereka main sama-sama, Mila teongok mereka berdua ni
sama besar la.” Di bawanya anak kucing Itam itu kepada mak ayahnya. Hanya
geleng kepala sahaja mereka tengok telatah anaknya. Sememangnya mereka rasa
amat bertuah kerana memiliki anak yang begitu penyayang.
Itam di
letakkan di sebelah Pelangi. Mereka berpandangan. Pelangi mendekati si Itam.
Dijilat-jilat abangnya itu tanda ia memang merindui akan abang setelah dua
abangnya lagi telah mati beberapa minggu lepas.
“Wah! Mereka
suka antara satu sama lain la” telatah dua ekor anak kucing itu diperhatikan
oleh Karmila sekeluarga.
“Baikla intan
payung. Mila boleh membela mereka Tetapi kena rajin belajar ye” Sofea
memberitahu anaknya yang satu itu dan membelai-belai rambut Karmila.
“Terima kasih Mak!
Ayah!” jawab Karmila gembira.
Habis
bersarapan di warung Pak Leman, mereka sekeluarga bergerak balik. Karmila
mendukung kedua-dua anak kucing itu dengan perasaan gembira. Pada masa yang
sama, Farid memerhatikan akan kejadian itu dan menadah tangan ke hadrat Allah
tanda syukur kerana ada insan yang mulia mengambil Itam untuk dijaga dengan
baik.
“Terima kasih,
Ya Allah atas segalanya” diraup ke muka dan Farid berlalu pergi meninggalkan
warung itu dengan perasaan yang begitu gembira. Dia akan memberitahu kepada
adiknya Enal dengan apa yang dilihatnya itu dan pastinya Enal gembira juga.
Sekembalinya
Farid daripada warung Pak Leman, dia diberitahu jiran tetangga yang bekerja
bersama ayahnya bahawa ayahnya telah terlibat didalam kemalangan sewaktu
menjalankan tugas. Badrul ditimpa besi cerucuk yang jatuh daripada bangunan
yang masih belum kukuh. Terkedu Farid dengan berita yang didengarnya itu. Segera
ia berlari dan terus berlari menuju ke rumahnya bagi memastikan berita daripada
jirannya itu benar.
“Mak! Mak!”
jeritan Farid dari luar tidak berbalas. Setibanya di muka pintu alangkah
terperanjatnya dengan apa yang dilihat. Ibunya tersedu-sedu. Enal meratap hiba.
Sekujur tubuh terbaring di ruang tamu. Dengan perlahan dia mendekati tubuh itu.
Dibuka kain penutup dan dilihatnya yang baring itu adalah insan yang pernah dia
benci kerana menghukum kucing tanpa belas.
“Allah”
sepotong ayat terkeluar daripada mulutnya. Keadaan ayahnya yang amat
menyedihkan itu membuatkan dirinya seperti ingin pengsan.
“Semoga Allah
mengampunkan dosa mu wahai ayah” sekali lagi Farid bersuara. Kali ini tangisnya
kuat dan tidak dapat dibendung lagi. Dipeluk adiknya Enal erat dan ibunya.
Adakah ini balasan Allah terhadap hambanya yang menyiksa mahkluk nya? Farid
redha. Farid dan Enal kini telah menjadi anak yatim.
Sementara itu, Mak
Senah kini menghadapi dilemma bersama anaknya Suri. Sejak peristiwa ia membuang
Buyung dan selepas Suri menanam jasad anak-anak Buyung, Putih dan Kelabu, Suri
kerap memencilkan diri. Jika dahulu Suri kanak-kanak yang periang namun kini tidak.
Akibat daripada kebisuannya menjadikan ia kanak-kanak takut akan orang.
Bermacam-macam cara Mak Senah lakukan untuk pulihkan semangat anaknya itu.
Semuanya sia-sia belaka. Suri kerap bercakap sendirian yang Mak Senah sendiri
tak memahaminya.
“Ya Allah,
sembuhkanlah anakku, Suri. Jika ini balasan atas perbuatanku yang tidak
berfikir dengan baik kerana merampas kebahagiaan anakku, kau balikkanla
keperitan itu kepadaku. Aku tak sanggup melihat anakku jadi begini ya Allah” itulah
doa Mak Senah setiap kali bersembahyang agar anaknya itu pulih seperti
sediakala.
Mak Senah redha
dengan ketentuan yang telah di tetapkan. Kerana nafsunya mendengar cakap jiran
dan untuk menjaga hati jiran, dia terlupa untuk menjaga hati anak kesayangannya
itu.
Mak Senah
selalu terbayang apakah nasib Buyung dan dua lagi anaknya. Penyesalan yang
tiada penghujungnya. Dirinya terpaksa menanggung silapnya.
“Suri, maafkan
mak nak” sambil memeluk anaknya yang diam seribu bahasa. Sepatah ayat tidak
pernah keluar daripada mulut anak kecil itu kerana semangatnya telah dirampas.
Kita sebagai manusia sebenarnya tidak boleh
menghukum terus haiwan-haiwan yang tidak berakal ini. Mereka masih mempunyai
naluri sungguhpun tidak boleh berfikir seperti kita. Janganlah kita sesekali
menghukum mereka atas kesilapan manusia itu sendiri.
Kini sebulan
telah berlalu, Buyung kembali bersama–sama dengan kedua-dua anaknya setelah
terpisah. Kehidupan mereka bersama keluarga Dr Kamarul amat mengembirakan.
Buyung tetap cacat namun semua itu bukan penghalang untuk dia menjaga kedua-dua
anaknya itu didepan mata. Air susunya kini tetap dinikmati oleh Pelangi dan
Itam, hatinya gembira.
Setahun
kemudian,
Pelangi…..
Sayangku, ibu gembira kerana kita bertemu semula. Gembiralah engkau bersama
keluarga barumu sayang. Ibu gembira dengan pertemuan kita setelah berpisah
akibat daripada perbuatan manusia. Ibu sentiasa mendoakan kamu dan adikmu agar
sihat dan dapat meneruskan hidup dengan baik disamping keluarga yang penyayang
seperti Dr Kamarul. Bermacam dugaan kita telah lalui dalam menjalani kehidupan
didunia yang fana ini anakku. Sesungguhnya ibu tidak akan berputih mata kerana
apa yang ibu hajatkan telah dimakbulkan. Seandainya ibu tiada lagi selepas ini,
teruskan hidupmu. Jagala zuriatmu dengan baik seperti mana setiap ibu menjagamu...
Luahan ibu ini harap dapat didengari oleh manusia sayang. Tiada mahkluk didunia
ini inginkan kesengsaraan terutama berpisah dengan ahli keluarga mereka
sendiri. Peritnya rasa. Akhir kata jagala dirimu, Pelangi ku…….
“Doktor!
Doktor! Ibu Pelangi dah nazak!” kata Asmah. Buyung telah jatuh sakit akibat
daripada serangan strok yang teruk sejak beberapa bulan yang lalu. Buyung kerap
kejang-kejang badan dan kini sedang dirawat oleh Dr Kamarul. Namun Buyung kini
tidak lagi dapat menahan sakit lagi. Daya badannya tidak mampu menampung
peritnya sakit. Dr Kamarul sudah tidak mampu menahan sedih. Andainya ini adalah
jalan terbaik untuk ibu kucing ini dia pasrah dan redha.
Buyung
memerhati sekeliling bilik rawatan itu mencari-cari susuk tubuh anak-anaknya.
Karmila yang baru sampai membawa kedua ekor anaknya itu untuk menemui ibunya.
Diletaknya Pelangi dan Itam di sebelah Buyung.
“Nyau” pendek
suara Buyung.
Kedua-dua anak
kucing itu menjilat-jilat tubuh badan Buyung. Buyung mengangkat kepalanya dan
memanggil mereka. Patuh dengan panggilan itu kemudian Pelangi dan Itam duduk
dan menunduk kepala mereka. Dijilat-jilat pula oleh Buyung buat kali terakhir.
Jilatan ibu yang terlalu menyayangi anak-anaknya. Setelah puas dijilat mereka
keduanya, Buyung kejang balik dan kali ini kejangannya menyebabkan goyangan
kuat diatas meja rawatan itu. Kejadian itu disaksikan oleh Karmila dan Puan Sofea.
Dr Kamarul cuba menenangkan Buyung. Mata buyung terbuka, mulutnya ternganga.
Dan akhirnya
Buyung pergi jua.
Kedua-dua
anaknya kembali merapat ke jasad ibunya. Ngiauan demi ngiauan memanggil ibunya
untuk bangun. Senyap. Sepi. Hampa.
Perginya Buyung
membawa memori Suri, Fad dan Dr Kamarul bersama-sama jiwa
anak-anaknya Putih dan Kelabu. Jasad Buyung di bawa balik dan ditanam di rumah
Dr Kamarul. Pelangi dan Itam merenung kubur ibu mereka. Merenung dengan penuh kerinduan.
Petang itu Pelangi dan Itam duduk berhampiran dan menemani ibunya, Buyung.
“Ibuku Buyung,
dirimu akan kami rindui selalu………"
Pelangi datang buat
sementara, hanya warnanya akan memberi kebahagiaan dan kegembiraan buat yang sabar
menanti kemunculannnya.