Home Novel Keluarga Pelangi....Sayangku
Pelangi....Sayangku
Cheeto
26/2/2014 09:57:48
55,237
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 16

“Alamak, lupa pulak aku nak keluarkan duit yang dimasukkan oleh admin Dunia Kucing tu untuk membayar baki rawatan ibu kucing.” Sambil menyeluk saku mengeluarkan kad ATM.

“Mana pulak bank ni….?” Fad tercari-cari bank di sekitar Taman Perdana.

“Takkan takde kot?” keluh dia lagi.

Fad keluar daripada keretanya dan menyeberangi jalan untuk mencari-cari servis ATM di bank berdekatan.

“Ah, takpela. Klinik Dr Kamarul seberang je, malas nak pergi jauh-jauh” bicaranya sendiri.

Setelah puas mencari akhirnya Fad ternampak sebuah bank di sebelah kedai kek.

“Alhamdullilah, jumpa juga akhirnya.” Senyum Fad sendirian.

Habis tugasnya mengeluarkan wang di mesin ATM di bank tersebut, Fad terus bergerak menuju ke Klinik Dr Kamarul di seberang jalan. Duit dimasukkan kedalam kocek bajunya dan meletakkan balik kad ATM ke dalam dompetnya semula.

“Ibu kucing yang aku sayang tunggu ye…hari ini aku akan bawa ko balik kerumah dan menjaga ko sebaiknya” niat Fad apabila menuju ke Klinik Dr Kamarul.

Sementara itu di dalam klinik Dr Kamarul.

“Nyau…nyau….”kedengaran suara Buyung agak bising di dalam sangkarnya, dia resah. Dr Kamarul memerhati gelagat Buyung yang secara tiba-tiba bising.

Buyung tiba-tiba senyap dan memerhatikan Dr Kamarul. Mata Buyung seperti ingin menyatakan sesuatu. Namun Dr Kamarul tidak dapat tangkap apa-apa.

Sedang Fad melintas jalan, telefonnya berbunyi.

“Assalamualaikum”.

DANG!!!!!!! Kedengaran satu hentaman kuat di kawasan itu. Sepi seketika.

“Allah!!” jerit Fad.

Fad tercampak ke hadapan dan terseret beberapa meter akibat hentaman yang menerjah dirinya secara tiba-tiba.

“Fad! Fad!” suara Sahrul kedengaran di dalam telefon.

“Hello! Fad! Ko kat mana nie” tanya Sahrul lagi. Namun tiada jawapan dan hanya kedengaran bising dari dalam telefonnya.

Hati Sahrul mula rasa tidak sedap seperti ada sesuatu yang buruk berlaku.

“Eh!! Ada orang kena langgar! Ya Allah, kesiannya dia” salah seorang wanita yang berdekatan di kawasan kejadian menjerit.

“Tolong! Tolong!!! Ada orang kena langgar!” pekik wanita itu lagi.

Fad terbaring di atas jalan dengan darah mengalir dari atas kepalanya akibat hentakkan kuat pada cermin lori yang melanggarnya. Di tangan masih lagi memegang telefon dan suara Sahrul masih di situ. Sewaktu dia mengangkat panggilan telefon, dia tidak menoleh ke kiri jalan yang menyebabkan dia dilanggar oleh lori yang kebetulan laju di lorong kanan. Pemandu lori berkenaan tidak sempat untuk memperlahankan kenderaannya.

“Amma!!” terkejut pemandu lori berkenaan akibat kejadian yang tidak disangka itu. Pokok yg berada di pembahagi jalan telah menutup penglihatannya dan tidak perasan ada orang yang melintas di situ.

“Ayoo…yooo” sambil menepuk dahi Kumar memberhentikan kenderaannya serta merta dan turun untuk melihat keadaan orang yang dilanggarnya.

Fad masih lagi bernyawa ketika itu.

“Doktor!! Doktor!! Tolong Doktor! Ada orang terlibat dalam kemalangan depan klinik kita ni” suara cemas Asmah kedengaran. Dr. Kamarul yang leka dengan kerja merawat kucing di dalam bilik rawatan berhenti kerja sementara.


“Awak tolong balutkan kaki kucing itu dahulu, saya mahu pergi tengok mangsa kemalangan sebentar!’ arah Dr Kamarul sambil menyerahkan kain balut kepadanya.

“Baikla Doktor! Saya telah panggilkan ambulans ke sini tadi dan mereka dalam perjalanan” jelas Asmah lagi.

Setibanya di muka pintu klinik. Dr Kamarul bergegas ke tempat kejadian. Kerana posisi lori yang menutup pandangan mangsa kemalangan Dr Kamarul pergi lebih dekat untuk melihat dan menolong sekadar mampu sementara menunggu ambulans tiba.

“Ya Allah Fad! Jerit Dr Kamarul. Dia kenal akan lelaki itu kerana dia memang sedang menanti kedatangan lelaki muda ini untuk membawa pulang ibu kucing yang dirawatnya.

“Masya’allah … Fad!! Fad!!” panggil Dr Kamarul tetapi keadaan Fad tidak memungkin untuk bersuara jelas.

Telefonnya masih kedengaran suara Sahrul.

“Hello! Hello! Apa sebenarnya yang berlaku di situ” cemas Sahrul terus bertambah kerana sehingga kini dia tidak dengar suara Fad hanya suara bising sahaja.

“Hello, Maaf, Fad kemalangan” ringkas jawab Dr Kamarul.

“Apa!!??” terperanjat Sahrul mendengar akan hal itu daripada suara orang yg tidak dikenalinya.

“Hello! Hello!!”

Tuutt… talian dimatikan.


Previous: Bab 15
Next: Bab 17

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Cheeto