Home Novel Keluarga Pelangi....Sayangku
Pelangi....Sayangku
Cheeto
26/2/2014 09:57:48
55,251
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 8

Karmila sedang khusyuk menikmati sarapan pagi. Soto nasi dan air milo adalah kegemarannya. “Makan betul-betul Mila”, kedengaran suara ayah Karmila menegur cara anaknya makan. Kamarul dan isterinya, Sofea sedang menikmati nasi lemak dan roti prata yang mana merupakan makanan kegemaran mereka. Di warung Pak Leman itulah menjadi rutin setiap minggu untuk menikmati sarapan mereka sekeluarga.

“Hei apa nih! Menyibuk la anak kucing ni! Pergi main jauh-jauh, aku nak makan pun tak senanglah!” jerkah seorang wanita yang sedang menikmati sarapannya. Satu sepakan terkena di kepala anak kucing itu dan ia berlalu pergi sambil menoleh kepada wanita tersebut sambil mengiau tak henti-henti. Hanya ia sahaja yang merasa betapa sakitnya sepakan untuknya.

Karmila turun daripada tempat duduknya dan menuju ke anak kucing tersebut. Anak kucing itu ketakutan. Karmila yang berusia 9 tahun itu mengambil anak kucing itu, memeluk, membelai.

“Awak cantikla.” Bicara Karmila ringkas.

“Awak lapar ye? Nah amikla ayam ni. Saya kasi awak”. Si tiga warna makan dengan lahap. Sejak peristiwa semalam ia tidak menjamah apa-apa makanan selain air susu ibunya. Kini ia sendirian. Tiada lagi ibu yang menemaninya.

“Nomm…nomm….nommm”

“Ayah! Mak!... Tengok ni, anak kucing ni cantikla!” Mila nak amik bela boleh?” tanya Karmila kepada ibu bapanya yang sedang menjamu sarapan. Mereka berdua mengangguk tanda setuju dengan anaknya.

“Boleh sayang. Betul ke Mila nak bela si comel ini. Mak tengok pun macam kucing yang baik dan manja. Kesian dia keseorangan agaknya.” Jawab ibu Karmila.

Menari kegembiraan Karmila sambil mendukung anak kucing tiga warna itu. Di peluknya, dibelainya si anak kucing tersebut.

“Mak! Tengok ni… jari dia banyak la… Eee…. Istimewanya awak ni!” bicara Karmila sambil menunjukkan tapak kaki anak kucing tiga warna itu pada ibubapanya. Mereka tersenyum.

Sedang Karmila asyik bermain dengan anak kucing tiga warna, dia terpandang dua lagi jasad anak kucing bewarna kelabu dan putih.

“Kesian nya mereka…mati sebab apa ye?” hati Mila tertanya-tanya.

“Adik beradik ko ye?” tanya Mila lagi pada si tiga warna.

“Nyau..”

Karmila mengambil daun2 kering menutup kedua-dua jasad anak kucing tu. Amat menyayat hati keadaan kedua anak kucing itu. Kesian.

“Tak baik orang buang anak kucing” getus hati Mila.

“Awak jangan bimbang ye, aku akan jaga awak dengan baik, awak boleh berkawan dengan Ciki kat rumah, dapatla dia kawan” Karmila membelai-belai badan kucing tiga warna itu dengan asyik sekali.

“Apa nama awak?” tanya Karmila pada anak kucing itu. Anak kucing itu hanya memerhati sahaja gelagat Karmila yang banyak bertanya.

“Hmmmm……. Mila suka dengan warna awak. Warna awak sangat cantik dan awak juga istimewa mempunyai jari lebih dikaki..ekor pun panjang. Cuma agak kotor sikit. Tapi takpe, Mila akan mandikan di rumah nanti tau….”

Anak kucing itu seperti mengerti apa yang Karmila bicara padanya dan ia mengeluarkan nada gembira.

“Pelangi…..” Mila senyum.

Sambil berlari ke arah ibubapanya yang sedang lagi bersarapan.

“Mak! Ayah!. Mila namakan dia Pelangi!”

“Cantik nama tu sayang. Pandai anak mak pilih nama.” jawab Sofea sambil memandang suaminya dan tersenyum.

“Pelangi!”

“Nyau”.

Senyum gembira anak kecil itu bersama Pelangi yang baru dijumpainya sendirian di warung Pak Leman.

“Mila, jom kita balik sayang” panggil ibunya.

“Ya mak”.

Pelangi sempat menoleh ke dua jasad abang-abangnya kelabu dan putih dengan pandangan yang sedih. Andainya mereka dijumpai awal, alangkah baiknya. Tidak lah dia terpisah dengan ibunya dan tidakla ia melihat jasad dua abangnya terbaring kaku.

Nyau………..

Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Cheeto