Home Novel Keluarga Pelangi....Sayangku
Pelangi....Sayangku
Cheeto
26/2/2014 09:57:48
55,255
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 18

Setelah beberapa hari di klinik, kini Buyung telah sihat sepenuhnya. Kurap di badannya telah sembuh. Walaupun mengesot, Buyung seekor kucing yang aktif. Dr Kamarul mengambil keputusan untuk membawa balik ke rumahnya untuk di jaga dengan baik. Isterinya Sofea tidak membantah apalagi yang Karmila gembira dan boleh menerima Buyung untuk menjadi salah satu keluarganya. Keadaan Buyung suka bergerak dan bermain-main dengan Pelangi dan Ciki mengembirakan mereka sekeluarga. Sememangnya keluarga Dr. Kamarul tidak tahu hubungan sebenar Buyung dan Pelangi. Namun Ciki agak garang dengan Buyung. Ciki tidak suka akan Buyung yang tinggal bersamanya. Pada Buyung, cukup sekadar anaknya yang seekor ini ada didepan matanya.

Pertama kali datang ke rumah Dr. Kamarul, Buyung kelihatan begitu gembira. Naluri keibuannya menyatakan bahawa seperti ada sesuatu yang mengembirakannya akan berlaku disitu.

“Nyau… nyau…” suara anak kucing kedengaran.

Buyung di dalam sangkar tercari-cari suara berkenaan. Ke kiri ke kanan kepalanya meninjau-ninjau akan punca suara itu. Sepertinya ia mengenali suara kecil itu.

“Assalamualaikum” Dr Kamarul memberi salam setibanya di rumah. Ditangannya ada sebuah sangkar yang di bawa dari kliniknya.

“Wa’alaikumsalam.” kucupan mesra buat suami daripada isteri yang setia menanti di rumah. Begitula yang biasa di buat setiap kali suami tersayangnya tiba di rumah.

Buyung yang dibawa oleh Dr Kamarul disambut oleh Sofea.

“Wah, bertambah sihat ibu kucing ini..pastinya ia gembira sekarang” Sofea menyuarakan rasa gembiranya setelah mengambil keluar Buyung. Buyung masih lagi dipakaikan pampers dan telah membuka sangkar mengambil Buyung. Sofea meletakkan Buyung di atas lantai. Buyung yang baru tiba di rumah itu memanjangkan lehernya. Meninjau-ninjau sekeliling ruang tamu.

“Ngiiau….” suara Buyung kedengaran di rumah.

Terdengar ketawa kecil Karmila di sebelahnya.

“Ibu kucing ni cantik, kan mak? Warnanya sama dengan Pelangi,” Karmila memberitahu ibunya sambil membelai-belai badan Buyung. Buyung merapatkan muka ke tangan anak kecil itu dan menjilat-jilatnya. Karmila ketawa kegelian dengan telatah Buyung.

Kemudian Dr. Kamarul dan isterinya bangun menuju ke halaman rumah dan meninggalkan anaknya bermain bersama ibu kucing tersebut.

Digosok-gosok bulu lembut Buyung, dicium kepala Buyung tanda gembira Karmila mendapat teman baru setelah kehadiran Pelangi beberapa minggu lepas.

Buyung masih memerhatikan sekeliling ruang tamu dan ia terlihat akan sesusuk tubuh yang sedang khayal merapikan diri. Buyung mengesot mendekati tubuh kecil berkenaan. Perlahan-lahan dan mendekat.

“Ngiau…” panggil Buyung pada susuk tubuh kecil itu.

Anak kucing kecil itu mengangkat kepalanya dan dengan cepatnya ia bergerak laju kepada Buyung.

“Nyau…nyau….nyau” bunyi anak kucing kecil itu.

“Mak! Ayah! Tengok Pelangi…. Dia datang kepada ibu kucing inilah.” Karmila memanggil kedua ibubapanya yang ketika itu sedang berada dihalaman rumah untuk berehat.

“Ye ke Mila. Biarla mereka. Agaknya si ibu kucing itu pernah kehilangan anak agaknya dan si Pelangi juga mungkin pernah terpisah dengan maknya” jawap Sofea kepada anaknya. Dr. Kamarul memerhati sahaja telatah anaknya sambil membelai rambut anak kesayangannya itu.

“Mila, esok kita sarapan di warung Pak Leman nak??” pelawa Dr Kamarul.

“Nak!! Nak!! Boleh Mila bawak Pelangi sekali sarapan bersama..ye ayah!” girang hati Karmila apabila ayahnya ingin membawanya sarapan ke sana lagi. Kerana disitula dia bertemu dengan Pelangi.

Sementara itu di rumah Enal.

“Hei, Enal. Anak kucing yang kau bawak ni bisingla!” jerit ayahnya dari dapur rumah.

“Kalau kau nak bela tolong jangan kasi dia bising, aku buang nanti anak kucing ni!!” marah Badrul kepada anak bongsunya. Kucing Itam yang dijumpai beberapa minggu itu tidak pernah diam. Kerap bising di rumah hingga membuatkan ayahnya tidak selesa.

“Iskh… janganla macam ni… jangan bising nanti ayah aku buang kau” Enal memeluk anak kucing itu untuk menenangkannya.

Sejak ia mengambil anak kucing itu di warung Pak Leman, ia sentiasa bising dan tercari-cari sesuatu. Setiap kali ia mendekati kucing di rumah dia dipukul oleh mereka. Kucing-kucing dirumah seperti tidak dapat menerima kehadiran si Itam.

“Bang! Macam mana ni, kucing itam ni asyik bising sahaja..ayah dah sound tu… nak buat macam mana ni??” tanya Enal kepada abangnya yang sedang membuat kerja sekolah.

“Takpe, dia rindu kat mak dia agaknya. Aritu kita tak amik mak dia sekali…tu yang dia bising tu” jawab abangnya tanpa menoleh pada Enal.

“Tu lah, aritu Enal nak amik abang cakap mak akan marah pulak” jawab Enal kepada abangnya namun abangnya masih lagi tidak menoleh.

“Prang!!!!!!!”

Adik-beradik toleh antara satu sama lain. Terperanjat dan terkejut dengan bunyi itu.

“Eh, Apahal tu? jawab Badrul dan keluar dari biliknya ketika sedang berehat. Hari Sabtu merupakan hari rehat untuk Badrul sebagai pekerja binaan di salah sebuah syarikat pembinaan di Taman Pulai Perdana. Badrul bekerja sebagai mandur untuk perkerja bawahannya. Perwatakan yang garang terhadap pekerjanya kadang-kadang terbawa-bawa ke rumah. Tidak seperti isterinya Maimun. Seorang perempuan yang peramah, lemah lembut serta seorang ibu yang senang untuk berunding.

“Abang, kenapa tu?? soal Maimun pula ketika sedang memasak di dapur buat keluarganya makan tengahari.

“Itam!!” jerit Enal. Ketika itu terlihat akan Itam tersangkut di langsir tingkap dan mengiau kerana tidak dapat turun.

“Kurang ajar punya kucing!! Kau buat hal masa aku tengah berehat ye! Sini kau!!” jerit Badrul kepada si Itam yang sedang tersangkut di langsir dan menarik kucing itu. Dicampaknya kucing keluar tingkap dan perutnya terhentak ke atas salah satu kelapa tua yang bersepah dibawah rumah kayu itu.

Si Itam menjerit kesakitan akibat daripada campakan yang kasar dan keras itu. Itam menoleh keatas melihatkan wajah Badrul yang menyinga. Dengan kesakitan itu Itam dengan perlahan-lahan bangun. Terasa pedih perutnya akibat hentakan itu. Itam terus menerus mengiau bising. Kesakitan di badannya itu tak dapat dibendung.

“Bising!! Bising! Nanti aku campak kau lagi!” jerit Badrul di tingkap sambil memerhatikan Itam seperti hilang arah. Mungkin kerana pening akibat di campak. Melilau Si Itam mencari arah. Kemudian Enal yang kasihan dengan Itam turun berlari ke bawah rumah.

“Kenapa Itam? Kenapa jatuh kan pasu bunga kesayangan ayah?” tanya Enal sambil usap-usap perut Itam. Menjerit kesakitan Itam ketika Enal memegang perutnya. Enal membawanya keatas dan di sapunya ubat agar kesakitan itam berkurangan.

“Kau suka-suka hati memanjat dan langgar pasu kesayangan aku ye!. Habis berderai pasu aku tu kau kerjakan. Kau tak boleh duduk diam-diam ke! Dasar kucing kutip tak sadar diri!” jerit Badrul kepada di Itam yang telah berada di atas bersama anaknya, Enal. Itam mengiau menahan kesakitan. Didongaknya muka ke atas dan merenung muka Badrul tanda minta simpati. Bukan sengaja ia ingin melanggar pasu bunga berkenaan namun nalurinya mengejar cicak yang berada di dinding telah menyebabkan ia tersalah langkah.

Itam rasa agak sedikit selesa apabila Enal menyapukan ubat di perutnya. Walaupun ada benjolan keras di situ, Itam tetap diam sambil matanya merenung Enal memberi seribu satu makna. Sedih. Simpati. Rindu. Kemudian Enal melepaskan Itam ke lantai rumah.

“Kau buat hal lagi, aku buang kau! Jangan ingat kau dikutip anak aku, kau boleh buat suka-suka hati kat rumah ini. Kucing yang lain pun takut dengan aku, kau tahu tak! Jerit Badrul lagi kepada kucing kecil itu. Itam menyorokkan diri di bawah meja. Tanda takut akan Badrul.

“Ngiau” dilepaskan suaranya. Sayu dan lemah. Mata itam terkebil-kebil menahan kesakitan itu sendirian.

“Itam rindu mak. Itam nak mak. Itam rindu adik-adik Itam. Itam rasa sepi, mak.” Seandainya ia boleh meluahkan rasa isi hatinya ingin saja ia bersuara namun siapa akan memahami dirinya. Si kecil yang di kutip ditepi jalan oleh budak kecil dan tinggal bersama dengan ayah yang garang.

Itam tidak dapat duduk dengan selesa ia hanya berdiri sahaja. Menahan sakit di perut yang masih terasa. Berdirinya dia sehingga tertidur bersandarkan tepi dinding.

"Nyau” bunyinya perlahan.


Previous: Bab 17
Next: Bab 19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Cheeto