Home Novel Keluarga Pelangi....Sayangku
Pelangi....Sayangku
Cheeto
26/2/2014 09:57:48
55,241
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 10

“Assalamualaikum, Dr Kamarul” Fad memulakan bicara sebaik sahaja ganggang telefon diangkat.

“Wa’alaikumsalam, ye siapa ni?” balas Dr. Kamarul.

“Saya Fad. Yang hantar ibu kucing cedera tiga hari lepas. Apa perkembangan dia ye doktor?” tanya Fad inginkan kepastian.

“Oh, berkaitan si ibu kucing tu. Dia telah dirawat dan lukanya telah dijahit. Tapi dia akan cacat kerana tulang di bahagian pinggangnya telah patah. Mustahil untuk dia pulih semula, Fad. Awak boleh datang ke klinik saya untuk melihat perkembangannya.”

“Bagaimana dengan kos rawatan pula, doktor?” balas Fad inginkan kepastian tentang kos rawatan.

“Kita bincang masa awak datang ke klinik saya nanti ye?. Maaf saya agak sibuk sekarang. Nanti apa-apahal jika saya tiada, awak boleh jumpa Misi untuk bertanyakan hal itu dan saya telah pun memberitahunya apa yang patut” jelas Dr. Kamarul sebelum meletakkan gangang.

“Baiklah. Terima kasih Doktor” Fad terus mematikan telefon bimbitnya.

Setibanya Fad ke klinik berkenaan terus sahaja dia menyatakan untuk berjumpa dengan Dr. Kamarul. Nasibnya baik kerana Dr Kamarul masih lagi ada di kliniknya. Tanpa melengahkan masa dia pergi mendapatkan Dr Kamarul untuk melihat keadaan ibu kucing yang malang itu dan juga membincangkan kos rawatannya.

“Hai Fad, sila duduk”.

“Thanks Doktor.”

“Hmm…… macam ni Fad. Saya telah merawat si ibu kucing berkenaan dan saya telah pun menjahit lukanya yang koyak akibat cakaran dan gigitan anjing liar tersebut. Nasib dia baik kerana lukanya tidak dalam dan masih boleh sembuh. Dan pada masa yang sama kami telah membuat pemeriksaan terhadap bahagian pinggangnya melalui x-ray. Dan keputusannya ia akan mengalami kecacatan kekal sepanjang hayatnya, Fad” jelas Dr. Kamarul.

“Hm… kesiannya dengan nasib dia doktor” terdengar nada mengeluh daripada Fad.

Sekiranya dia terlambat datang masa tu tentu si ibu malang ini tidak dapat diselamatkan. Fad meraup mukanya dengan kedua tapak tangannya tanda syukur.

“Begini Fad, kos rawatannya pula adalah lebih kurang RM350-00 sahaja. Warded saya beri percuma untuknya. Hanya tanggung kos rawatan dan ubat susulan sahaja. Memandangkan ia stray cat, saya amat kesian padanya jadi tak perlu risau ye” jelas Dr Kamarul.

“Terima kasih banyak-banyak Doktor, saya terharu dan saya akan cuba usahakan baki kos itu dan buat masa ini saya bayarkan dahulu RM200 sebagai permulaan, boleh ye doktor?”.

Wajah Fad kelihatan begitu gembira dengan berita yang didengarnya. Semoga Allah membalas segala jasa baik pada setiap mahkluk yang membuat baik kepada mahkluk lain.

“Syukur, Ya Allah di atas segala kesulitan yang telah engkau permudahkan” doa Fad didalam hati.

“Jom kita lihat keadaan si ibu kucing itu” ajak Doktor.

“Marilah”.

Kesian ibu kucing ini, apalah salah dia hingga sanggup membuang dirinya bersama anak-anak.

“Hai sweetie. Macam mana awak hari ni? Saya harap awak cepat sihat ye.” Buyung mengiau pada Fad tanda mengerti. Renungan mata Buyung itu memberi seribu satu kisah. Hanya dia saja tahu apa yang dilalui olehnya bersama-sama anaknya beberapa hari lepas.

Pintu klinik dibuka.

“Nyau….” Pelangi mengiau manja disamping Karmila.

Tiba-tiba Buyung mengangkat kepalanya mencari suara itu. Dia kenal akan suara itu.

“Nyau…nyau…” Buyung mengiau tanpa henti.

Previous: Bab 9
Next: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Cheeto