“Ayah! Ayah!”
“Eh! Karmila buat apa kat sini
sayang?” tanya Dr Kamarul bila dia ternampak Karmila berlari-lari menujunya.
Kelihatan isterinya pula datang dengan membawa beberapa bungkus makanan kucing.
“Abang, maafla saya datang tak
telefon dulu. Ni, anak kesayangan awak nak sangat datang ke sini. Nak melawat
dan merawat kucing sakit katanya.” jelas isteri Dr. Kamarul sambil tersenyum.
Senyuman itulah yang membuatkan Dr. Kamarul cair dengan isterinya dulu.
“Oh, begitu.”
Kelihatan juga Karmila mengendong
Pelangi. Sejak Pelangi berada di rumah, ia tidak boleh berenggang dengan
Karmila. Dimana Karmila disitu Pelangi.
“Nyau..”bunyi Pelangi lagi.
“Nyauuu….nyauu….”suara kasar
Buyung dari dalam bilik rawatan. Ia seperti kenal akan suara itu.
Buyung mengiau lagi.
Rindu Buyung pada anak bongsunya
amat tidak tertanggung setelah ia kehilangan tiga anaknya sebelum ini.
“Maaf Dr. Kamarul. Saya mohon
beransur dahulu. Duit permulaan telah saya bayar dikaunter dan selebihnya saya
akan usahakan. Terima kasih sekali lagi doktor”. Fad menghulur tangan bersalam
dengan Dr. Kamarul. Sempat ia membelai Pelangi, si anak kucing yang di pegang
Karmila.
“Bye…comel”. Satu ciuman melekap
di kepala Pelangi.
“Nyau..” Pelangi bersuara lagi.
Ia seperti tercari-cari sesuatu. Ia seperti terbau sesuatu yang biasa dia bau.
"Nyau...nyau...." Pelangi seperti mahu melepaskan diri. Namun ia tidak dapat melepaskan diri kerana dipeluk erat Karmila.
“Kenapa ni Pelangi? Lapar susu
ea? Mari sini saya suapkan” Karmila dengan cepat mengeluarkan botol susu yang
ttelah awal dibawanya dari rumah, masih hangat lagi. Gembira Pelangi hingga
megembang-gembangkan kakinya. Rrrrrrr……… ngeraman manja Pelangi buat Karmila
yang mendukungnya sewaktu meberinya susu. Karmila tersenyum.
“Comelnya awak ni Pelangi….
Manalah mak awak ye?” Tanya Karmila pada Pelangi yang sedang menyusu itu.
Kebil-kebil mata Pelangi melihat Karmila.
Karmila senyum.
“Abang mana ibu kucing yang abang
kata patah pinggang tu? Boleh Sofea tengok?” Tanya isteri Dr. Kamarul yang
ketika itu sedang menolong mengemas meja rawatan.
“Ada. Meh sini..Tu dia,”muncung
suaminya menunjukkan sangkar si ibu malang itu.
“Kesiannya dia” Sofea membelai
badan Buyung. Dengan keadaan Buyung yang memakai kon, jahitan dikaki depannya
dan keadaanya yang tidak boleh bergerak menyentuh hati Sofea.
“Kesiannya dia bang” terlihat ada
titis air mata di pipi Sofea. Sofea juga merupakan seorang pencinta haiwan. Dia
tidak boleh tengok keadaan sebegini pada haiwan yang lemah. Cepat rasa sebak di
hati.
“Nak buat macam mana Yang, dah
takdirnya” Kamarul mendekati isterinya dan cuba menenangkan perasaannya. Dia
tahu isterinya cepat rasa tersentuh dan mudah mengalirkan airmata apabila
terlihat sesuatu keadaan yang menyedihkan menimpa haiwan terutamanya kucing.
“Ciki mcm mana? Kenapa tak bawak
dia sekali? Merajuk pulak kucing kesayanagan awak tu. Dah la dia manja” tanya
suaminya sambil menyisir rambut Sofea.
“Oh, dia tidur tadi. Tak mahu
ganggu jadi saya biarkan dia di rumah dengan Bibik” jawab isterinya yang
tercinta itu.
“Abang, sejak Karmila membela
Pelangi, Sofea lihat dia sentiasa ketawa dan gembira. Ciki kita tu pun tak
mampu nak buat dia segembira ini. Setelah Princess meninggalkan dia dalam insiden yang kita sendiri tak sangkakan?. Sofea seakan gembira melihat keceriaan wajah anaknya, Karmila.
“Ciki awak tu garang. Mana anak
kita tak takut dengannya. Tapi syukurla. Sekurang-kuurangnya ia dapat merawat
serba sedikit luka kecewa Mila beberapa bulan yang lepas. Setelah Princess dia
pergi meninggalkan dia depan mata dia pulak tu. Abang harap Pelangi dapat
memberi sinar kegembiraan semula untuk anak kita tu. Abang bersyukur sangat. Abang pun menyesal dengan apa yang telah menimpa Princess, kucing kesayangan abang dan anak kita tu dan abang harap agar Karmila dapat melupakan peristiwa tersebut serta ingin melihatnya ceria semula di samping Pelangi.
"Walaupun Pelangi kucing kampung namun ia juga mempunyai nilai tersendiri kerana dapatg memberi sinar cahaya baru untuk Karmila" hati Kamarul berkata-kata.
“Awak dah simpan semua
barang-barang Princess tak?” tanya Kamarul pada isterinya.
“Dah bang. Saya dah simpan di
kawasan tinggi agar anak kita tak terkenang lagi dengan Princess nya itu.”
Sofea jawab ringkas.
Sofea teringat kembali peristiwa
yang berlaku beberapa bulan lepas. Peristiwa itu juga telah menyebabkan anak
kesayangannya, Karmila banyak memencilkan diri dan dia kerap dengan dunianya sendiri.
“Screettt!!!!!!” bunyi tayar di brek
mengejut.
“Ya Allah! Princess!!!” Kamarul
keluar dari kereta setelah dia terperanjat dengan apa yang terjadi dibelakang
keretanya sewaktu ingin membelok keluar kejalan besar.
“Princess!!!!....... kucing kesayangan
ayah!”. Serta merta Kamarul memberhentikan keretanya dan berlari keluar…
“Ya Allah!”.