Si ibu tak berdaya lagi nak
bangun, ia melihat sahaja anaknya yang berwarna hitam itu diambil dua orang
kanak-kanak. Sepertinya mereka orang yang baik dan sayang akan kucing.
Kelihatan air mata dibibir mata Buyung. Ia tidak mampu lagi mengiau dengan kuat
hanya mampu memerhati. Ye, memerhati anaknya diambil oleh manusia yang
terserempak dengan mereka. Ia tahu masanya untuk hidup tidak lama dan ia masih
berharap agar anak-anaknya yang lain masih berpeluang untuk menikmati kehidupan
di samping keluarga manusia yang penyayang. Tidak seperti dirinya di buang
kerana menyusahkan keluarga Mak Senah.
Terbayang wajah Suri senyum
dimata Buyung. Bagaimanakah Suri sekarang?
“Buyung!!!!!!..........”
terngiang suara Suri tika Buyung baring dalam kecederaan.
Berlari-lari Buyung dengan gaya
manja. Dia tahu Suri akan panggil dia sekembalinya daripada sekolah.
“Ala bucuk-bucuk….. adik akak ni.
Dah mandi belum?” Mamam apa tadi ni bucuk? Ala, tomey tomey nya adik kakak ni…
mmuaahhhh…” satu ciuman melekat di pipi Buyung. Buyung seperti merelakan
dirinya di kelek. Suri terus menerus mencium Buyung seperti orang yang rindu
yang teramat.
“Buyung, tadi kan kat sekolah
kawan Suri ejek Suri. Dia kata Suri ni pendek. Tapi Suri tak kisah semua tu
Buyung. Suri terima seadanya pemberian Allah pada Suri. Yang Suri tahu Buyung
sudi terima Suri seadanya Suri pun dah cukup.” Tekun Buyung mendengar luahan
kanak-kanak berusia 9 tahun itu sambil mengesel-geselkan badannya di kaki Suri.
Suri membelai-belai badan Buyung
tanda menenangkan jiwanya.
“Eh! Buyung, Suri ada hadiah
untuk Buyung!” dengan pantas Suri menyeluk saku baju sekolahnya.
“Nah! Ni hadiah buat Buyung
kerana sudi menjadi pendengar dan teman Suri tika sunyi, sedih dan gembira.”
sambil Suri memakaikan reben ungu berbentuk rama-rama di kepala Buyung.
“Wah cantiknya adik kakak ni……”
satu lagi ciuman singgah di kepala Buyung. Buyung seakan mengerti akan
pemberian Suri dan terus menangkatkan kakinya ke peha Suri tanda terima kasih.
“Nyiau.”
“Tak payah terima kasihla
Buyung…Suri patutnya ucapkan terima kasih kat Buyung. Buyung janji tau jangan
tinggalkan Suri” kata penuh mengharap yang dilemparkan kepada kucing
kesayangannya.
Mak Senah memerhati dari jauh
gelagat anaknya bersama kucing kesayangan anaknya itu.
“Suri! Dah pergi mandi kemudian
makan. Lauk mak dah sediakan atas meja. Si Buyung mak dah beri makan tadi”
“Baik mak!” jawab Suri ringkas.
Di angkatnya Buyung dan dikendongnya.
Buyung merenung wajah Suri.
Semua memori itu tersemat diminda
Buyung yang kini sedang bertarung dengan nyawa serta sedaya upaya untuk menjaga
keselamatan anak-anaknya walaupun ia cedera agak parah.
Buyung cuba mengangkat kepalanya
memerhatikan dua lagi anak-anaknya yang bermain dibawah pokok.
Cuaca mendung. Ia tidak lagi
dapat merasai kakinya… Darah kering merata.
Grrrrrrr……grrrrr…... Gong!
Gong!!! Tersentak lamunan Buyung, terus tercari-cari mana anak-anaknya……