Home Novel Keluarga Pelangi....Sayangku
Pelangi....Sayangku
Cheeto
26/2/2014 09:57:48
55,246
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 7

“Rul, ko bawak kereta aku, biar aku pangku mak kucing” arah Fad kepada Sahrul.

Tanpa membuang masa mereka bergegas menuju ke klinik haiwan berhampiran.

“Kesiannya Rul aku tengok mak kucing ni, teruk benar cederanya”.

“Ye la kan. Dah nasib dia nak buat macam mana” celah Sahrul. Fad mengusap-ngusap kepala Buyung. Terasa selamat Buyung berada di ribaan pemuda yang menyelamatkannya itu.

Namun di hati kecil Buyung masih lagi terbayang-bayang peristiwa yang baru berlaku tidak beberapa lama setelah ia dan anak-anaknya dibuang. Pilu dan hiba. Wajah Buyung mengambarkan betapa sedihnya dia kehilangan anak-anaknya satu persatu. Sebelum dibawa oleh dua orang pemuda, Buyung sempat menoleh ke arah anaknya yang tiga warna. Ia tidak dapat bersuara kerana menahan sakit yang teramat sangat.

“Fad, klinik mana nak kita bawak ni?”

“Kita pergi ke klinik Taman Perdana, depan tu” muncung Fad.

“Ok, ok”.

“Awak sabar ye sayang, kejap lagi kita sampai ke klinik. Kesian awak.” Pujuk Sahrul pada Buyung.

Menitik air mata lelaki melihatkan keadaan fizikal Buyung. Kaki hadapannya terkoyak akibat gigitan anjing dan bahagian pinggangnya longlai.

“Siapalah yang buang awak bersama anak-anak awak ye?” soal Sahrul. Tiada jawapan. Hanya ngiauan perlahan daripada Buyung untuknya.

“Mungkin yang buang ni ada masalah kot?” sampuk Fad.

“Mungkinlah agaknya” jawap Sahrul.

Depan “public phone” tu ko berhenti, aku turun dulu, pastu ko cari parking”
Fad menunjukkan arah.

“Okey”.

“Misi, doktor ada?”

“Ada, ada” jawap misi sambil mengambil troli dan meletakkan Buyung di atasnya.

“Kenapa kucing ni?”tanya misi tu lagi.

“Oh, dia diserang anjing, habis koyak kaki depan dia. Dan mungkin juga dia dilanggar kenderaan melihatkan kecederaan di pinggangnya ini. Ia tak boleh bangun. Masa saya dan kawan saya datang tadi untuk selamatkan dia daripada di bunuh anjing liar, ia dah begini” jelas Fad.

“Baikla, mari ikut saya ke bilik rawatan”.

Di dalam klinik tersebut kelihatan beberapa orang sedang menunggu giliran bagi merawat kucing yang mereka bawa. Mereka kelihatan amat simpati dengan keadaan kucing yang di bawa oleh Fad.

“Kesiannya kucing tu” wanita bertudung yang memegang kucing baka Scottish Fold bersuara pada rakannya yang sedang memberi susu pada anak kucing diriba mengunakan botol susu khas kucing.

“A’ahlah kan. Harap ia dapat survive” jawap rakannya.

“Mengikut pemeriksaan kasar saya, kecederaan kucing ini agak teruk dan ia masih baru.”

“Saya akan buat ujian x-ray dan membuat blood test terhadapanya” jelas Dr. Kamarul.

“Takpe doktor, saya nak doktor rawat saja si ibu kucing ini. Tentang kos rawatan saya akan usahakan.”

“Fad, macam mana keadaanya mak kucing tu?” tanya Sahrul setibanya di klinik haiwan itu.

“Kena warded dan akan dapat keputusan nanti” jawab Fad.

Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Cheeto