Home Novel Keluarga Pelangi....Sayangku
Pelangi....Sayangku
Cheeto
26/2/2014 09:57:48
55,234
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 1

“Mak!!!!! Tengok ni! Anak-anak Buyung dah besarla!! Eeee…. Comelnya mereka!!. Ada putih, ada hitam, belang-belang tiga warna, dan kelabu.

Wah!!, cantik-cantikla anak kau ni Buyung….!! Suri mengusap-ngusap kepala Buyung dan berasa sangat girang dengan kehadiran mereka semua.

Menangis gembira Suri melihat akan kecomelan anak-anak Buyung itu. Kelihatan anak-anak Buyung itu sedang menyusu dengan teratur dan baik sekali. Dalam empat ekor anak Buyung, ada seekor yang istimewa. Keadaannya nampak seperti kucing biasa namun jari-jarinya terlebih daripada yang lain, itulah Comot! Anak kucing betina tiga warna yang sihat, montel dan berekor panjang.

“Pandai kau jaga anak-anak kau ye Buyung… gemuk-gemuk mereka semuanya!” Suri memang suka bercakap dengan Buyung kerana padanya hanya Buyung yang memahami dirinya walaupun tidak mungkin akan dapat jawapan daripada Buyung dengan apa yang dicakapkan padanya.

“Dah!! Dah!! Pergi buang semua kucing-kucing tu!! Aku tak mampu nak melayan kerenah mereka! Rumah ni dah la macam tongkang pecah! Aku tak de masa nak kemas dan menghambakan diri kat mereka semua tu! Ko bela pun bukan rajin nak tolong aku kemas rumah buang taik, beri makan, lap lantai, habis kecah rumah. Bau taik dah la busuk ko tau?. Kita ni dah la miskin.Ayah kau mati pun takde apa yang ditinggalkan untuk kita.. Ini pula nak tambah beban!!!” panjang lebar Mak Senah membebel kepada anak nya Suri. Suri merayu-rayu pada mak nya untuk tidak membuang Buyung dan anak-anak nya.

“Mak, boleh la mak… Buyung saja ada kat rumah ni untuk menemani hati Suri… Suri sunyi sorang-sorang kat rumah, sekurangnya ada Buyung dan anak-anaknya comel ni menemani Suri.” Bolehlah mak ye?” dengan penuh mengharap Suri merayu agar maknya memperkenankan keinginannya. Suri merupakan anak tunggal Mak Senah, Suri jugala pengarang jantungnya setelah kematian suaminya beberapa tahun akibat daripada kejadian langgar lari.

“Senah, abang harap awak jagala anak kita yang seorang ni ye. Jangan hampakan dia ye.” Pesan arwah suaminya sebelum menghembuskan nafasnya.

Namun Mak Senah tak tahan lagi dengan keranah kucingnya itu. Walau dia cuba untuk menerimanya akan tetapi dia tak sanggup lagi berdepan dengan sindiran jiran-jirannya. Memang dia tahu kucingnya, si Buyung tu kuat merayap kerumah-rumah jiran meminta makan malah membuang najis di rumah mereka namun ia haiwan yang tidak berakal. Dengan nekad Mak Senah mengambil guni gula dibawah dapur untuk membuang Buyung. Itu sahaja pilihan yang dia ada untuk menjaga hati jiran-jirannya.


Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Cheeto