Home Novel Keluarga Pelangi....Sayangku
Pelangi....Sayangku
Cheeto
26/2/2014 09:57:48
55,240
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 6

Buyung baru sahaja ingin terlelap, dan ia terdengar suara yang amat bising. Lolongan anjing yang berdekatan. Anak-anak Buyung si putih dan tiga warna cuba mendekati ibunya namun anjing yang garang menghalang pergerakan mereka. Si anjing tu menyalak dengan kuat menakutkan anak-anak kecil itu. Si ibu cuba bangun. Cuba untuk melindungi anak-anaknya yang didalam ketakutan. Dengan kudrat yang ada Buyung mengesot sekuat hatinya menuju kepada anjing berkenaan bertujuan utk menghalau agar tidak menganggu ank-anaknya.

Prak!!

Ngiauuuu!!!!!! Ngiauuuu!!!! Jeritan Buyung kedengaran.

Anjing berkenaan telah mengigit kaki hadapan Buyung ketika cuba menepis muka anjing tersebut dari mengacau anak-anaknya. Anak-anak Buyung berlari menyembunyikan diri namun salah seekor daripadanya ditangkap oleh anjing yang sedang menganas, suara nyaring si putih menjerit dan seakan-akan menangis meminta tolong daripada amat memilukan hati. Buyung kuatkan semangat untuk terus menerus cuba menyelamatkan anak itu daripada menjadi mangsa anjing yang entah daripada mana muncul. Dalam pergelutan anjing itu cuba membunuh anak si Buyung kelihatan dua pemuda datang mendekati Buyung dan anaknya.

“Hentam!! Hentam! Anjing tu… ambil kayu tu pukul kepala dia… Cepat!! Nanti mati anak kucing itu!” jerit salah seorang pemuda. Kawan pemuda tersebut cuba meleraikan pergelutan anjing itu dengan sedaya upaya. Si putih kelihatan longlai di mulut anjing tersebut. Dengan kekuatan yang ada Buyung cuba menyergah anjing itu dan terlepas si putih daripada mulutnya.

“Ngiau….. ngiau…… ngiau…….” Itulah suara terakhir terdengar daripada mulut si putih. Cedera agak teruk yang dialaminya tidak memungkinkan untuknya selamat. Air dimata Buyung kelihatan lagi. Buyung terus menerus menjilat anak nya itu dengan keadaannya yang agak parah juga kerana cedera di gigit anjing ditambah dengan kecederaan patah dipinggangnya..

Ngiauuuuuuuuuuuuuuu!!!!!!!!!!!

Jeritan terakhir si putih, anaknya. Kejang tubuh badannya. Hingga terkeluar najis dan air kencing menahan sakitnya mati. Buyung hanya memerhati tubuh anaknya yang penuh darah itu.

Kosong.

Buyung mengoncang-goncang anaknya dengan harapan si anak bangun dan menjilatnya. Hampa. Sunyi.

“Kesiannya kucing ni, Mak kucing cedera ni Fad.” Sahrul memeriksa tubuh Buyung.

“Jom bawak ke klinik rawat dia, aku tak tahan sebak, dah la anaknya mati depan mata kerana anjing tu.” celah Fad kepada Sharul.

Dalam masa pergaduhan itu si tiga warna bersembunyi di belakang pokok sambil memerhati kejadian yang tidak pernah dia nampak. Takut. Mengigil.

Suara terkunci.

Buyung diangkat oleh Sharul. Keadaannya yg parah dengan luka di pinggang dan kaki hadapannya amat menyentuh hati sesiapa yang melihatnya. Meleleh darah, longlai badannya kerana patah pinggang.

“Sabar ye sayang… saya akan selamatkan awak, Awak kena kuat!” Sambil mengusap kepala Buyung.

Terasa diri dihargai dan disayangi setelah dibuang.

“Ngiau.. “ suara tiga warna kedengaran sayup di teling Buyung. Buyung menoleh ke suara itu dan gelap.

Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Cheeto