Home Novel Keluarga Pelangi....Sayangku
Pelangi....Sayangku
Cheeto
26/2/2014 09:57:48
55,238
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 5

Si ibu tak berdaya lagi nak bangun, ia melihat sahaja anaknya yang berwarna hitam itu diambil dua orang kanak-kanak. Sepertinya mereka orang yang baik dan sayang akan kucing. Kelihatan air mata dibibir mata Buyung. Ia tidak mampu lagi mengiau dengan kuat hanya mampu memerhati. Ye, memerhati anaknya diambil oleh manusia yang terserempak dengan mereka. Ia tahu masanya untuk hidup tidak lama dan ia masih berharap agar anak-anaknya yang lain masih berpeluang untuk menikmati kehidupan di samping keluarga manusia yang penyayang. Tidak seperti dirinya di buang kerana menyusahkan keluarga Mak Senah.

Terbayang wajah Suri senyum dimata Buyung. Bagaimanakah Suri sekarang?

“Buyung!!!!!!..........” terngiang suara Suri tika Buyung baring dalam kecederaan.

Berlari-lari Buyung dengan gaya manja. Dia tahu Suri akan panggil dia sekembalinya daripada sekolah.

“Ala bucuk-bucuk….. adik akak ni. Dah mandi belum?” Mamam apa tadi ni bucuk? Ala, tomey tomey nya adik kakak ni… mmuaahhhh…” satu ciuman melekat di pipi Buyung. Buyung seperti merelakan dirinya di kelek. Suri terus menerus mencium Buyung seperti orang yang rindu yang teramat.

“Buyung, tadi kan kat sekolah kawan Suri ejek Suri. Dia kata Suri ni pendek. Tapi Suri tak kisah semua tu Buyung. Suri terima seadanya pemberian Allah pada Suri. Yang Suri tahu Buyung sudi terima Suri seadanya Suri pun dah cukup.” Tekun Buyung mendengar luahan kanak-kanak berusia 9 tahun itu sambil mengesel-geselkan badannya di kaki Suri.

Suri membelai-belai badan Buyung tanda menenangkan jiwanya.

“Eh! Buyung, Suri ada hadiah untuk Buyung!” dengan pantas Suri menyeluk saku baju sekolahnya.

“Nah! Ni hadiah buat Buyung kerana sudi menjadi pendengar dan teman Suri tika sunyi, sedih dan gembira.” sambil Suri memakaikan reben ungu berbentuk rama-rama di kepala Buyung.

“Wah cantiknya adik kakak ni……” satu lagi ciuman singgah di kepala Buyung. Buyung seakan mengerti akan pemberian Suri dan terus menangkatkan kakinya ke peha Suri tanda terima kasih.

“Nyiau.”

“Tak payah terima kasihla Buyung…Suri patutnya ucapkan terima kasih kat Buyung. Buyung janji tau jangan tinggalkan Suri” kata penuh mengharap yang dilemparkan kepada kucing kesayangannya.

Mak Senah memerhati dari jauh gelagat anaknya bersama kucing kesayangan anaknya itu.

“Suri! Dah pergi mandi kemudian makan. Lauk mak dah sediakan atas meja. Si Buyung mak dah beri makan tadi”

“Baik mak!” jawab Suri ringkas. Di angkatnya Buyung dan dikendongnya.

Buyung merenung wajah Suri.

Semua memori itu tersemat diminda Buyung yang kini sedang bertarung dengan nyawa serta sedaya upaya untuk menjaga keselamatan anak-anaknya walaupun ia cedera agak parah.

Buyung cuba mengangkat kepalanya memerhatikan dua lagi anak-anaknya yang bermain dibawah pokok.

Cuaca mendung. Ia tidak lagi dapat merasai kakinya… Darah kering merata.

Grrrrrrr……grrrrr…... Gong! Gong!!! Tersentak lamunan Buyung, terus tercari-cari mana anak-anaknya……

Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Cheeto