Home Novel Keluarga Pelangi....Sayangku
Pelangi....Sayangku
Cheeto
26/2/2014 09:57:48
55,242
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 3

“Mak…kenapa mak hampakan Suri?”.

“Suri tak pernah minta apa-apa daripada mak selain membenarkan Buyung menjadi peneman Suri.

“Suri sunyi mak.”

Suri hanya mampu berkata-kata dihatinya. Suri berasa amat janggal ketiadaan Buyung di rumah. Buyungla penyeri kedukaan, Buyung jugala penghibur lara.

“Suri, mak minta maaf ye sayang, mak terpaksa buang Buyung kerana tak sanggup lagi berdepan dengan sindiran jiran-jiran kita.” Jelas Mak Senah pada anaknya. Namun Suri tetap membatu. Jiwa Suri sepi. Kosong. Membungkam.

Sekurangnya berila Suri ruang untuk mengembirakan hati Suri mak. Suri bukan macam anak orang lain, Suri lebih gembira di samping Buyung, main bersama, berlari-lari di halaman, Buyungla juga pernah menyelamatkan kita daripada ular mak.” Jawab Suri panjang lebar.

Memang tidak dinafikan jasa Buyung terhadap dia sekeluarga sewaktu kejadian ular memasuki ruang dapur. Mak Senah masih ingat lagi akan kejadian itu. Hampir-hampir Buyung mati gara-gara dibelit anak sawa yang datang entah dari mana. Itu semua tinggal memori.

Jasa Buyung tak pernah dilupakan.

Mak Senah tepaksa melakukan untuk menutup mulut jirannya yang tidak pernah faham akan anaknya, Suri.

“Suri tahu, Suri banyak menyusahkan mak setelah ketiadaan ayah. Buyung juga hadiah pemberian ayah buat Suri mak. Takkan mak lupa tentang itu.”

Kucing bernama Buyung diberi oleh ayah Suri sewaktu keputusan peperiksaannya cemerlang. Sejak itu semangat Suri berkobar-kobar untuk terus belajar bersungguh-sungguh di samping Buyung, kucing kesayangannya. Suri ingat lagi pertama kali Buyung datang ke rumah.

“Ayah! Apa dalam kotak tu?” tanya Suri girang.

“Bukakla”.jawab ayahnya.

“Eh! Kucingla!... Cantikla kucing ni ayah!” senyum Suri.

Berbunga-bunga hati Suri mendapat hadiah seekor kucing yang terlalu comel daripada ayahnya. Dipeluk-peluk, dicium-cium, dibelai-belai kucing itu.

“Apa nama Suri nak bagi kat kucing ni?”tanya ayahnya.

“Ermmmm…….. kucing ni gemuk sangat la ayah. Dah la gemuk, bulu dia macam-macam warna pulak..ada oren, ada hitam, ada putih, ada coklat….Suri suka sangat! Suri nak bagi nama dia Buyung!”

"Terima kasih ayah!!!" satu ciuman singgah di pipi ayahnya sambil memeluk Buyung.

Sejak daripada hari itu, dimana ada Suri di situ ada Buyung. Kerenah Buyung yang pandai mengambil hati Suri dan keluarganya membuatkan ia hidup dengan penuh gembira, sihat dan baik.

Kini, semua itu tinggal memori.

Suri terus menerus berasa sedih dengan ketiadaan Buyung. Tiada lagi suara manja. Tiada lagi kedengaran berlari-lari riang. Tiada lagi goncangan botol friskies. Yang tinggal hanyala kesunyian melanda hati Suri.

Mak Senah melihatkan kelakuan anaknya yang pendiam tiba-tiba sejak ia membuang Buyung. Apa pilihan yang dia ada? Nak tak nak ia terpaksa lakukan juga.” Mak Senah bergumam.

“Suri, mari makan sayang. Mak masak telur mata kerbau dan ikan bilis goreng kesukaan kamu. Kicap cap kipas udang pun ada ni, meh la makan” Mak senah memanggil Suri untuk menjamah.

“Tak nak, Suri dah kenyang mak, Suri nak tidur kejap”. Jawap Suri lemah.

Sementara itu, si kelabu telah berjalan ketengah jalanraya, Buyung mengiau-ngiau cuba untuk memanggil agar anaknya itu kembali semula kepadanya. Anak kucing itu amat ketakutan sekali. Si Buyung dengan berani cuba untuk mengambil balik anaknya yang telah berada ditengah-tengah jalan. Tiada seorang manusia pun berada di kawasan itu untuk membantu nya mengalihkan anaknya. Berlari Buyung menuju ke arah anaknya itu.

Tiba-tiba,

“Ngiauuuuuu!!!!!!” Jerit si Buyung. Anaknya yang kelabu itu terperanjat dengan pekikan ibunya dan kelihatan Buyung mengelupur di tengah jalan setelah di langgar kereta yang dipandu laju. Buyung telah dilanggar dibahagian belakang menyebabkan pinggangnya patah. Dalam masa yang sama anaknya yang kelabu turut dilanggar oleh kenderaan yang sama. Ngaiuuu…. Nyaring suara anaknya kedengaran.

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Cheeto