Home Novel Keluarga Pelangi....Sayangku
Pelangi....Sayangku
Cheeto
26/2/2014 09:57:48
55,252
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 13

“Ya Allah…Mila!. Kenapa ni sayang, bangun sayang…” Sofea mengoncang perlahan anaknya yang tiba-tiba pengsan itu.

“Bik! Cepat telefon Doktor Xavier. Cepat!!”

“Sofea….Sofea…” nafas Kamarul bergerak dengan kencang dan berpeluh.

Ditangannya kelihatan Princess terkulai layu dengan lelehan darah di kepalanya.

“Abang! Kenapa dengan Princess bang?” Sofea terkedu dengan keadaan yang berlaku.

“Abang tak perasan..betul abang tak perasan si Princess ni terikat tali di belakang tayar kereta abang. Allah…”keluh Kamarul menyesal kerana tidak memeriksa keadaan kereta sebelum bergerak.

“Eh! Kenapa dengan anak kita ini Sofea?” Kamarul agak terperanjat melihat Karmila pengsan di atas sofa.

“Saya rasa dia ternampak keadaan Princess tadi. Kemudian dia terpekik-pekik sambil menangis-nangis. Terperanjat juga saya tadi”. Jelas Sofea kepada suaminya.

“Ayah betul-betul tak nampak sayang. Maafkan ayah.” Nada Kamarul seakan teramat menyesal.

Setelah diperiksa, doktor Xavier menyatakan bahawa Karmila berada didalam keadaan yang terperanjat. Doktor itu juga menasihatkan agar Karmila mendapat rehat secukupnya dan dijaga emosinya.

“Emosi anak puan dan tuan terganggu ketika ini kerana dia masih lagi dalam keadaan trauma dan terkejut dengan apa yang berlaku. Saya harap puan dan suami puan jaga dia dengan baik. Jika boleh, jangan ingatkan dia lagi dengan apa yang telah berlaku. Beri dia ubat bila sampai masa ia makan ubat untuk dia tenangkan fikirannya.” Jelas Doktor Xavier.

“Terima kasih Doktor, kami akan cuba untuk buat seperti apa yang doktor arahkan” muka Karmila dipandang dengan rasa penuh simpati oleh kedua ibu bapanya. Tenang sahaja tidurnya.

Jasad Princess ditanam debelakang rumah. Kesalan tidak terhingga yang dirasakan Kamarul kerana tidak berhati-hati semasa ingin pergi kerja kerana tidak memeriksa terlebih dahulu.

“Selamat tinggal, Princess ayah tersayang. Kami sentiasa merinduimu” titis air mata jatuh dan ia disaksikan sendiri oleh Karmila setelah ia bangun daripada lenanya. Seperti Karmila juga memahami akan apa yang dirasakan oleh ayahnya.

Sejak peristiwa itu, Karmila lebih suka bersendiri dan bermain bersama anak patungnya sahaja. Ciki yang dahulunya garang bagai singa kini cuba untuk mengambil hati Karmila dengan bermain-main di hadapannya. Namun Karmila tetap juga seperti biasa.

Tiada Princess. Tiada kegembiraan.

Ciki datang mendekat pada Karmila yang sedang bersila di lantai dan merebahkan badannya di peha Karmila, sambil memegang muka Karmila tanda memujuk. Karmila senyum namun senyumanya pahit.

Ciki terus baring lena di peha Karmila dan tidur. Setitis air mata jatuh ke atas bulu Ciki. “Princess………” Karmila bersuara perlahan.

Kini setelah Karmila menemui Pelangi, ia seakan ceria kembali. Perasaan anak kecil itu seperti berbungamekar dan senyuman yang diberikan begitu manis sekali.

Pelangi berjaya mengubati sedih di hati Karmila.

“Yang, mengelamun apa tu? Dah jom kita balik” tegur Kamarul terhadap isterinya itu. “Oh tidak ada apa-apa bang. Dah nak balik ke? Jomla.” Jawab Sofea sambil memegang tangan suaminya.

“Sofea merasa gembira bang melihat anak kita kembali ceria setelah beberapa bulan dia murung” bicara Sofea setelah suaminya menutup pintu pejabat.

“Ye, abang pun rasa yang sama juga, Syukur Pelangi ada disisinya sungguhpun ia kucing domestic namun ia berjaya mencuri hati anak kita tu” jawap Kamarul.

“Sayang, Jom kita balik sayang. Mak dan ayah nak balik dah ni” panggil Sofea kepada anaknya itu.

“Baik mak, ayah” Karmila mengangkat Pelangi dan di dukungnya kembali setelah puas bermain di depan kaunter klinik ayahnya.

“Misi, sebelum balik tolong periksa semua ye, jika semua ok tolong kunci pintu” arah Kamarul kepada satu-satunya pekerja yang tinggal, Asmah.

“Baik Dr.” jawabnya ringkas.

“Assalamualaikum”.

Wa’alaikumsalam, hati-hati Dr Kamarul, Puan Sofea.., Bye Mila, Bye Pelangi” Misi itu sempat melambaikan tangan pada mereka.

Pintu bilik ditutup rapat, penghawa dingin dipasang, lampu ditutup hanya lampu depan sahaja yang terbuka.

“Nyau…” suara Buyung kedengaran halus.

Buyung masih lagi termenung. Ia teringat lagi sewaktu ia sakit semasa Suri bersamanya. Sewaktu seekor ular memasuki dapur rumahnya dulu, diala penyelamat keluarga Suri.

“Mak..mak..sini kejap! Cepatla mak!” panggil Suri dengan rasa ketakutan.

“Ada apa Suri, mak tengah sidai baju ni”.

“Kejap la mak…ni atas para ni ada ular!” jerit Suri..

“Apa?? Ular?!!” bergegas Mak Senah berlari ke dapur dan mencari buluh untuk mempertahankan diri.

“Mana??? Mana??” Mak Senah tercari-cari ular berkenaan.

Pada masa itu kelihatan Buyung sedang mengacah-ngacah ular sawa berkenaan. Agak sedang juga keadaan fizikal ular tersebut.

“Buyung! Buyung! Jangan dekat pergi jauh!” teriak Suri,

Buyung beranikan diri dengan cuba untuk mencakar kepala ular berkenaan. Kuku Buyung sudah bersedia dari awal lagi. Mak Senah pula mengetuk-ngetuk para agar ular berkenaan itu lari namun ular itu tidak berganjak dari tempatnya. Kelihatan seperti ular itu sudah kenyang daripada keadaan fizikal nya yang besar.

“Anak ayam yang ditelannya mungkin.” suara hati Mak Senah berkata-kata.

“Suri ambilkan belerang kat atas. Cepat!” arah Mak Senah kepada Suri,

“Baik mak!” laung Suri yang berlari-lari keatas untuk mengambil belerang.

“Buyung!!” pekik Mak Senah.

“Cepat Suri!!! 

Buyung kena belit!” Mak Senah menjerit sambil memukul-mukul badan ular berkenaan. Namun ular itu dengan cepat membelit separuh badan Buyung.


Previous: Bab 12
Next: Bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Cheeto