Home Novel Keluarga Pelangi....Sayangku
Pelangi....Sayangku
Cheeto
26/2/2014 09:57:48
55,254
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 19
“Dahlah abang, pasu tu kita boleh beli lagi. Takpe, Si Itam tak sengaja tu” Maimun cuba memujuk suaminya yang sedang marah.

Sememangnya suaminya itu seorang yang panas baran. Pernah suatu ketika dia geram dengan ibu kucing yang sedang bunting bising mencari tempat untuk bersalin. Namanya Cumil. Waktu itu Badrul sedang menonton televisyen dan si Cumil mengeluarkan bunyi bising untuk mencari tempat bersalin. Ia yang sarat bunting itu memanjat ke atas almari baju untuk menlahirkan anak dan inginkan melihat supaya bakal anak-anak yang bakal dilahirkan itu selesa kelak. Tiga ekor anak kucing berjaya dilahirkan dan si Cumil mencuci segala darah yang bersepah di atas susunan baju itu serta anak-anaknya. Setelah dipastikan anak-anaknya telah tidur, si Cumil keluar daripada almari baju dan menuju ke dapur untuk meminum air.

Kemudian Badrul memasuki bilik dan dia terhidu bau darah.

“Eh! Darah apa ni??” Badrul tertanya-tanya. Dicarinya diseluruh bilik. Atas katil, bawah katil. Tepi almari dan akhirnya di dalam almari.

“Bangsat punya kucing! Kat sini juga kau beranak ye!. Habis baju-baju aku kena darah kau!! Abis aku nak pergi kerja nanti baju apa aku nak pakai!!!” jerit Badrul. Marahnya meluap-luap terhadap apa yang dilihatnya. Tanpa berfikir panjang diambilnya anak-anak kucing berkenaan. Di cekup ketiga-tiga anak kucing yang baru lahir itu dimasukkan ke dalam beg kertas. Dan diikat ketat.

Suara bising anak kucing itu kedengaran dan si Cumil yang sedang minum air terus menuju ke suara bising tersebut. Anak-anaknya kini didalam beg kertas dan diikat dengan tali rafia. Kelihatan beg tersebut dihentak-hentak ke dinding beberapa kali diikuti jerit pekik anak-anak kucing itu. Si Cumil ke hulu hilir mengikut gerakan hentakan yang dilakukan oleh Badrul. Kelakuan Badrul kini seperti orang hilang akal dan tidak berfikiran waras.

Sewaktu kejadian itu, hanya anaknya yang sulung berada di rumah. Abang Enal, Farid. Farid yang sedang belajar di ruang tamu bangkit dan menuju ke dapur. Dilihatnya kelakuan ayahnya yang sedang marah itu mengisi sebaldi air panas di dalam baldi sambil ditangannya memegang beg kertas berisi anak-anak kucing. Bising bunyinya. Di lihat Cumil terus menerus mengiau dan mengiau untuk menyelamatkan anak-anaknya daripada perkara yang tidak diingininya. Namun Badrul tidak mengendahkannya. Farid tidak dapat membantu ketika ayahnya sedang marah. Farid hanya mampu menjadi saksi tragedi sedih itu.

Si ibu kucing merayu-rayu ke manusia yang berakal agar tidak meneruskan niatnya. Rayuan demi rayuan. Si Cumil melesetkan badannya di kaki Badrul tanda meminta maaf andainya dia melakukan kesalahan dan diminta untuk melepaskan ank-anaknya yang tidak bersalah itu.

Satu sepakan dihadiahkan Badrul buat Si Cumil dan terseret ke tepi. Seretannya langsung tidak menyakitkannya dan digagahi bangun menuju ke Badrul dan merayu lagi.

“Suka-suka hati kau beranak dalam almari baju aku ye!” jerkah Badrul.

“Sekarang kau tengok apa aku nak buat pulak pada anak-anak kau ni” perasaan marah Badrul tak dapat dikawal. Farid yang berada di tangga atas memerhati sahaja tindakan kejam ayahnya itu. Dia tidak boleh berbuat apa-apa ketika ayahnya sedang marah. Di dalam baldi air itu jelas kelihatan wap-wap air panas naik keatas. Badrul ambil segayung air itu dan dicurahnya keatas beg kertas tersebut. Beg kertas itu menyerap terus air panas berkenaan dan terdengar suara jerit pekik anak-anak kucing itu.

“Ngiauuuuu…….ngiauuuu……. ngiauuuuuu!!!!!!!” jerit anak-anak kucing kecil itu. Baru sahaja dilahirkan dan kini mereka disiksa oleh manusia yang sedang didalam kemarahan. Dijirusnya lagi beg kertas yang sudah basah itu dengan air panas lagi. Makin kuat jerit anak-anak kecil itu.

Si ibu cuba nak menyelamatkan anak-anaknya yang disiksa oleh Badrul tanpa belas kasihan.

“Sekarang kau cuba la selamatkan anak-anak kau ni!! Kucing sial!” jerit Badrul, ditunjukkan beg kertas itu kepada ibu kucing dan terus dicampaknya beg kertas yang telah basah itu kedalam baldi. Ditutupnya baldi air itu dengan penutup periuk yang panas. Terdengar lagi suara-suara kecil menjerit-jeirt minta di bantu. Si ibu kucing cuba untuk memanjat keatas baldi itu namun kerana panasnya penutup periuk itu ia turun semula. Berpusing-pusing si ibu itu dengan suara seperti merayu agar anak-anaknya yang baru dilahirkan dilepaskan.

Jerit pekik anak-anak kecil itu masih kedengaran.

“Padan muka kau!” senyum Badrul dan bergerak membiarkan si ibu kucing dan anak-anaknya. KElihatan Badrul puashati dengan kelakuannya. Si ibu kucing masih lagi mengiau dan meminta simpati agar anak-anaknya diselamatkan.

Farid yang daripada tadi di atas tangga terus turun menuju ke bilik air untuk membantu si ibu kucing berkenaan setelah ayahnya hilang daripada pandangan. Diambilnya kain yang berada di para dapur dan diangkatnya penutup periuk berkenaan. Wap panas menerpa keluar dengan banyaknya. Dan kelihatan beg kertas berkenaan telah tenggelam ke dasar baldi. Air itu masih lagi panas. Beg kertas itu kelihatan masih lagi bergerak-gerak, suara-suara halus sahaja yang terdengar. Kelihatan air susu memenuhi ruang baldi itu. Sebak hati Farid.

“Ya Allah” luah Farid tatkala melihat akan kejadian itu.

Si ibu kucing melihat wajah Farid. Penuh mengharap agar mengeluarkan anak-anaknya yang berada di dalam beg kertas itu. Farid merenung wajah si ibu dan mengelengkan kepalanya.

“Maafkan aku” Farid bersuara.

Dibukanya ikatan pada beg kertas dan dikeluarkan anak-anak kucing yang malang itu satu persatu. Diletakkan di bawah, disusun elok akan anak-anak kucing itu. Basah, melecur dan lembek keadaan anak-anak kucing berkenaan, seekor darinya masih benyawa namun keadaannya amat lemah. Panas.

Si Cumil terus menjilat-jilat anaknya satu persatu. Sambil mengiau memanggil anak-anaknya supaya bangun . Si Cumil baring berdekatan anaknya, diangkat satu persatu diletakkan di puting susunya. Kemudian Cumil baring semula. Anak-anaknya langsung tidak bergerak. Seekor yang dalam keadaan nazak itu berada dalam keadaan yang kejang. Si Cumil mengangkat kepalanya menjilat semua anak-anaknya.

“Ngiau…” sayu nada Cumil. Farid yang melihat akan perbuatan Cumil, ibu kucing yang baru melahirkan anaknya seperti tidak pernah mengalah, terus mengejut anak-anaknya itu untuk menikmati susunya. Cumil mengejut anak-anaknya tanpa jemu. Cumil keliru, sedih.

“Ngekkk!!!!” jerit salah seekor yang masih bernyawa namun jeritannya itu merupakan jeritan terakhirnya. Ia mati sejurus mengeluarkan air susu di mulutnya. Cumil memerhati wajah Farid.

“Kenapa anak saya Farid?” itulah agaknya yang cuba dikatakan. Farid bertambah sedih. Farid tidak sangka yang ayahnya sanggup melakukan sesuatu yang diluar batasan kemanusiaan. Farid pasrah.

Cumil mengiau lagi. Kini ngiauan Cumil mendayu. Ngiau ibu yang mengharapkan anaknya bergerak dan menyusu dengannya.

Farid tidak lagi sanggup melihat akan kelakuan Cumil dan mengambil satu persatu anak Cumil. Diletakkan di dalam kain yang bersih, di balutnya dan di bawa keluar rumah untuk di tanam. Keadaan fizikal anak-anak Cumil amat menyedihkan. Lembek sangat. Apa dayanya untuk menghalang perbuatan ayahnya tadi. Sekiranya ia menghalang ditakuti dia akan dimarahi pula ayahnya.

“Dah mati dah anak kucing tu?? Bagusla! Tak menyusahkan aku lagi lepas ni! Sombong bicara ayahnya itu apabila melihatkan anaknya, Farid mengangkat jasad ketiga-tiga anak Cumil untuk dibawa tanam di bawah pokok mangga. Cumil mengikut Farid sambil mengiau.

“Janganla bawa kemana-mana anak saya, mereka nak menyusu lagi dengan saya” itulah agaknya cuba disampaikan Cumil kepada Farid. Cumil terlompat-lompat ingin mengambil anak-anaknya itu apabila Farid menuruni tangga hadapan.

Cangkul ditangan menyangkul tanah dibawah pokok mangga. Anak-anak kucing yang dibalut kain bersih itu terus dijilat oleh Cumil.

“Bangun sayang…bangun…mari menyusu dengan ibu.” Naluri keibuannya terserlah. Setelah kedalaman tanah mencukupi, Farid mengangkat kembali jasad anak Cumil dan meletakkan di dalam tanah. Cumil mengikut jasad anak-anaknya itu dan mencium satu persatu. Dengan sedih, Farid mula mengambus jasad anak-anak Cumil. Cumil memerhati perbuatan Farid. Mengiau-ngiau sayu Cumil setiap kali Farid menambah tanah ke atas jasad anak-anaknya.

Gugur airmata Farid.

“Maafkan aku, Cumil” reaksi Farid setelah selesai tugas menanam anak-anak Cumil, dibelai badan Cumil. Cumil mendongak dan mengiau lagi. Sinar mata mahkluk bernama ibu penuh duka.

Setelah kejadian itu, Cumil seperti sedang meroyan. Kehilangan anak yang baru dilahirkan serta kerap mengiau tercari-cari kesemua anak-anaknya. Sungguhpun dia tahu anak-anaknya telah tiada dan mati di depan matanya. Keluar masuk bilik, keluar masuk dapur, tercari-cari di almari, dirak dapur, di bawah meja, dibawah katil semuanya hampa. Cumil tidak dapat menerima akan kehilangan anak-anaknya itu. Cumil menganggap setiap ekor di rumah Badrul adalah anaknya. Kerenahnya yang tercari-cari anaknya itu menyebabkan ia berada didalam keadaan yang murung.

Setiap kucing yang cuba didekatinya menjauhkan diri. Makin lama puting susu Cumil membengkak kerana tiada anak kucing yang menyusu dengannya. Selera makan dan minum Cumil hilang. Isteri Badrul cuba memujuk Cumil. Cumil diberi perhatian penuh oleh isteri Badrul. Ditenangkan jiwa ibu kucing itu. Dipeluk, dicium dan sentiasa di belai agar ia tenang.

Pandangan mata Cumil menunjukkan yang ia amat merindui anak-anaknya. Ada kaca dimatanya. Isteri Badrul sedih dengan sikap yang ditunjukkan Cumil.

“Salahkah saya melahirkan anak saya ditempat yang selesa?” mungkin itu suara hati Cumil kepada isteri Badrul. Maimun kucup kepala Cumil tanda menyesal kerana tidak dapat selamatkan anak-anaknya ketika itu. Kerana sewaktu kejadian berlaku dia dan anak bongsunya ke rumah pakcik Enal yang sedang sakit. Cumil melahirkan anak pun Maimun tidak tahu dan kematian anak-anaknya pula di ceritakan oleh farid sendiri. Sebak hatinya kerana Maimun juga seorang ibu.

Sabar sayang” pujuk Maimun.

Tidak berapa lama kemudian, Cumil pergi. Pergi meninggalkan Farid dan keluarganya. Perginya Cumil kerana sakit. Sakit merindui anak-anaknya. Sejak peristiwa itu susut secara mendadak tubuh badan Cumil. Sedang ia berjalan menuruni tangga rumah, Cumil terjatuh dari atas ke bawah tangga rumah. Badannya yang lemah itu tidak berdaya lagi ditampung dan pergerakkan semakin lemah dan ia mati akibat hentakkan di atas batu bawah tangga. Peristiwa itu berlaku di depan mata Farid dan ibunya.

“Allah…Cumil anak ibu.” Bergegas Maimun menyambut tubuh badan Cumil. Kejang-kejang badannya dan berbuih mulut Cumil. Senyap sunyi.

Farid tersedar dari lamunanya. Dia tidak mahu berulang lagi kepada Si Itam.

Sewaktu ahli keluarganya yang sedang tidur, diambilnya Itam yang sedang berehat di bawah meja.

“Nyau…” bunyi Itam menahan sakit sewaktu badannya dipegang Farid.

“Shhhh…. Diam-diam, aku cuba nak bawa kau ke tempat yang orang takkan buli kau.”

Diletakkan Itam di dalam beg sekolahnya, dibawa Itam itu dengan menaiki basikal. Dikayuh basikal pada waktu malam yang gelap. Tujuannya agar dia dapat selamatkan si Itam. Dia tidak sanggup lagi melihat yang masih kecil itu di pukul dan didera oleh ayahnya. Farid tiba di warung Pak Leman. Dikeluarkan Itam perlahan-lahan dan diletakan di bawah meja, diletak alas surat khabar untuk nya selain segenggam makanan kucing dan juga satu mangkuk air dibuka tutupnya. Diletakkan di sebelah Itam.

Itam merenung muka Farid dengan pandangan yang sayu.

“Itam, aku minta maaf. Aku terpaksa letak di sini semula. Aku harap lepas ini kau akan bertemu dengan orang yang betul-betul sayang akan diri kau” Gugup suara Farid meluahkan isi hatinya. Dia tahu tiada cara lain untuk dia menyelamatkan Itam. Hanya dengan cara ini dapat mengurangkan rasa sakit hatinya terhadap apa yang ayahnya telah buat. Tidak mahu kejadian sama berulang kembali seperti apa Cumil alami sebelum ini.

“Kau duduk sini diam-diam ye. Insyallah, ada orang akan ambil kau. Jangan risau” harapan yang diberikan kepada Itam.

“Nyau…nyau…” suara Itam memecah kesunyian malam di warung itu. Dalam samar-samar cahaya Farid melihat seperti berkaca mata si Itam. Sedih hati Farid. Niatnya dan Enal untuk membantu, membela dan menjaga Itam tidak kesampaian.

“Selamat tinggal, Itam sayang” satu kucupan terakhir buat Itam. Farid melangkah pergi sambil toleh kebelakang melihatkan Itam buat kali terakhir. Itam mengiau lagi. Itam memerhatikan pergerakkan Farid. Makin lama makin menjauh dan makin sunyi kawasan itu setelah bayangan Farid hilang di pandangannya.

Itam memusing kepalanya disekeliling kawasan itu. Sepertinya ia pernah berada disini sebelum ini. Suara kecilnya memecah sepi malam.


Previous: Bab 18
Next: Bab 20

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Cheeto