Home Novel Keluarga Pelangi....Sayangku
Pelangi....Sayangku
Cheeto
26/2/2014 09:57:48
55,234
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 11

“Ayah! Ayah!”

“Eh! Karmila buat apa kat sini sayang?” tanya Dr Kamarul bila dia ternampak Karmila berlari-lari menujunya. Kelihatan isterinya pula datang dengan membawa beberapa bungkus makanan kucing.

“Abang, maafla saya datang tak telefon dulu. Ni, anak kesayangan awak nak sangat datang ke sini. Nak melawat dan merawat kucing sakit katanya.” jelas isteri Dr. Kamarul sambil tersenyum. Senyuman itulah yang membuatkan Dr. Kamarul cair dengan isterinya dulu.

“Oh, begitu.”

Kelihatan juga Karmila mengendong Pelangi. Sejak Pelangi berada di rumah, ia tidak boleh berenggang dengan Karmila. Dimana Karmila disitu Pelangi.

“Nyau..”bunyi Pelangi lagi.

“Nyauuu….nyauu….”suara kasar Buyung dari dalam bilik rawatan. Ia seperti kenal akan suara itu.

Buyung mengiau lagi.

Rindu Buyung pada anak bongsunya amat tidak tertanggung setelah ia kehilangan tiga anaknya sebelum ini.

“Maaf Dr. Kamarul. Saya mohon beransur dahulu. Duit permulaan telah saya bayar dikaunter dan selebihnya saya akan usahakan. Terima kasih sekali lagi doktor”. Fad menghulur tangan bersalam dengan Dr. Kamarul. Sempat ia membelai Pelangi, si anak kucing yang di pegang Karmila.

“Bye…comel”. Satu ciuman melekap di kepala Pelangi.

“Nyau..” Pelangi bersuara lagi. Ia seperti tercari-cari sesuatu. Ia seperti terbau sesuatu yang biasa dia bau.

"Nyau...nyau...." Pelangi seperti mahu melepaskan diri. Namun ia tidak dapat melepaskan diri kerana dipeluk erat Karmila. 

“Kenapa ni Pelangi? Lapar susu ea? Mari sini saya suapkan” Karmila dengan cepat mengeluarkan botol susu yang ttelah awal dibawanya dari rumah, masih hangat lagi. Gembira Pelangi hingga megembang-gembangkan kakinya. Rrrrrrr……… ngeraman manja Pelangi buat Karmila yang mendukungnya sewaktu meberinya susu. Karmila tersenyum.

“Comelnya awak ni Pelangi…. Manalah mak awak ye?” Tanya Karmila pada Pelangi yang sedang menyusu itu. Kebil-kebil mata Pelangi melihat Karmila.

Karmila senyum.

“Abang mana ibu kucing yang abang kata patah pinggang tu? Boleh Sofea tengok?” Tanya isteri Dr. Kamarul yang ketika itu sedang menolong mengemas meja rawatan.

“Ada. Meh sini..Tu dia,”muncung suaminya menunjukkan sangkar si ibu malang itu.

“Kesiannya dia” Sofea membelai badan Buyung. Dengan keadaan Buyung yang memakai kon, jahitan dikaki depannya dan keadaanya yang tidak boleh bergerak menyentuh hati Sofea.

“Kesiannya dia bang” terlihat ada titis air mata di pipi Sofea. Sofea juga merupakan seorang pencinta haiwan. Dia tidak boleh tengok keadaan sebegini pada haiwan yang lemah. Cepat rasa sebak di hati.

“Nak buat macam mana Yang, dah takdirnya” Kamarul mendekati isterinya dan cuba menenangkan perasaannya. Dia tahu isterinya cepat rasa tersentuh dan mudah mengalirkan airmata apabila terlihat sesuatu keadaan yang menyedihkan menimpa haiwan terutamanya kucing.

“Ciki mcm mana? Kenapa tak bawak dia sekali? Merajuk pulak kucing kesayanagan awak tu. Dah la dia manja” tanya suaminya sambil menyisir rambut Sofea.

“Oh, dia tidur tadi. Tak mahu ganggu jadi saya biarkan dia di rumah dengan Bibik” jawab isterinya yang tercinta itu.

“Abang, sejak Karmila membela Pelangi, Sofea lihat dia sentiasa ketawa dan gembira. Ciki kita tu pun tak mampu nak buat dia segembira ini. Setelah Princess meninggalkan dia dalam insiden yang kita sendiri tak sangkakan?. Sofea seakan gembira melihat keceriaan wajah anaknya, Karmila.

“Ciki awak tu garang. Mana anak kita tak takut dengannya. Tapi syukurla. Sekurang-kuurangnya ia dapat merawat serba sedikit luka kecewa Mila beberapa bulan yang lepas. Setelah Princess dia pergi meninggalkan dia depan mata dia pulak tu. Abang harap Pelangi dapat memberi sinar kegembiraan semula untuk anak kita tu. Abang bersyukur sangat. Abang pun menyesal dengan apa yang telah menimpa Princess, kucing kesayangan abang dan anak kita tu dan abang  harap  agar Karmila dapat melupakan peristiwa tersebut serta ingin melihatnya ceria semula di samping Pelangi.

"Walaupun Pelangi kucing kampung namun ia juga mempunyai nilai tersendiri kerana dapatg memberi sinar cahaya baru untuk Karmila" hati Kamarul berkata-kata.

“Awak dah simpan semua barang-barang Princess tak?” tanya Kamarul pada isterinya.

“Dah bang. Saya dah simpan di kawasan tinggi agar anak kita tak terkenang lagi dengan Princess nya itu.” Sofea jawab ringkas.

Sofea teringat kembali peristiwa yang berlaku beberapa bulan lepas. Peristiwa itu juga telah menyebabkan anak kesayangannya, Karmila banyak memencilkan diri dan dia kerap dengan dunianya sendiri.

“Screettt!!!!!!” bunyi tayar di brek mengejut.

“Ya Allah! Princess!!!” Kamarul keluar dari kereta setelah dia terperanjat dengan apa yang terjadi dibelakang keretanya sewaktu ingin membelok keluar kejalan besar.

“Princess!!!!....... kucing kesayangan ayah!”. Serta merta Kamarul memberhentikan keretanya dan berlari keluar…

“Ya Allah!”.

Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Cheeto