Home Novel Keluarga Pelangi....Sayangku
Pelangi....Sayangku
Cheeto
26/2/2014 09:57:48
55,244
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 14

“Ngauuuu!!! Ngau!!!!!” jerit Buyung kerana sakit terbelit.

Secara pantas Suri turun membawa belerang dan parang. Dan dengan beraninya ia mendekati ular itu dari belakang terus menetak kepala ular berkenaan kerana ia telah bertindak ganas terhadap kucing kesayangannya.

“Tetak ekor dia! Tetak ekor dia cepat! Buyung dah tercungap! Cepat” arah Mak Senah. Kelam kabut rumah Mak Senah dengan jerit pekik namun waktu-waktu begini tiada seorang jiran pun datang bertanyakan apa yang berlaku. Mereka tidak mengambil pusing masalah jiran tetangga yang memerlukan bantuan.

“Lantak la mereka nak datang tolong ke tak, aku tak kisah” bebel Mak Senah sendirian.

Dengan keberanian budak berumur 9 tahun itu tidak boleh di pandang rendah. Suri terlalu berani sekali sekiranya ia melibatkan sesuatu yang disayangnya dikacau atau diapa-apakan.

Terpercik darah ular itu keluar daripada kesan tetakkan dan jerutan terhadap Buyung beransur lemah.

“Buyung sayang!” peluk Suri.

“Nyau..nyau…” suara Buyung tersekat-sekat namun secara perlahan-lahan ia dapat menafas kembali.

“Terima kasih Buyung… awak telah selamatkan kami walaupun nyawa awak jadi taruhan” sayu hati Suri melihat keadaan Buyung ketika itu. Seperti mintak nyawa. Namun semangat Buyung amat kuat. Dia beranikan diri untuk menolong keluarga yang menjaganya.

Sekarang Buyung di tinggal sendirian dengan kecederaan di tubuh badannya. Tidak mungkin ada orang yang akan sayang dia lagi. Buyung dahulu cantik, comel dan gemuk. Kini Buyung dah cacat, cengkung, kurap dah mula naik dan kurus. Wajah Buyung sedih. Walau ia telah di buang Mak Senah ia tetap berharap suatu hari nanti dia akan bertemu dengan Suri. Penjaganya yang baik dan terlalu menyayanginya. Dan mengharap Suri akan terimanya kembali walau ia telah cacat dan tidak lagi cantik seperti sebelum ini. Berair mata Buyung. Menahan rindu…rindu yang tak bertepi.

“Nyau…..” suara Buyung memecah kesunyian klinik itu. Sayu.

Assalamualaikum admin DK.

Saya Fad, dan tujuan saya menghantar inbox ke page admin adalah untuk meminta tolong rakan-rakan fb Dunia Kucing. Baru-baru ini saya ada menghantar seekor ibu kucing untuk dirawat kerana kecederaan yang agak teruk. Ia telah dilanggar kenderaan dan dalam masa yang sama ia juga telah di gigit anjing lair. Nasib baik saya berada di tempat kejadian untuk menolongnya. (Sila lihat gambar yang disertakan).

Kini ia telah di rawat di Klinik Dr Kamarul di Taman Perdana. Kos asal rawatannya sebanyak RM350-00 saya telah bayar sebanyak RM200-00 sebagai pembayaran permulaan. Baki RM150-00 jika boleh nak minta bantuan daripada rakan-rakan Dunia Kucing yang lain. Saya seorang pelajar agak terhad dari segi kewangan. Duit RM200-00 itupun saya gunakan daripada duit biasiswa saya bulan ini.

Harap sangat admin Dunia Kucing dapat membantu saya. Jika ada apa-apa yang admin inginkan boleh hubung saya terus melalui FB saya atau hubungi saya terus di nombor 1111114740. Perhatian admin saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.”

“Ok send! Aku harap dapat jawapan positif daripada mereka.” Fad menghantar mesej ke salah sebuah page facebookyang diikutinya bagi meminta bantuan pencinta kucing yang lain.

Setahunya page FB tersebut menghimpun beribu-ribu pencinta haiwan. Disitulah juga ia dapat menimba ilmu dan berkongsi segala hal berkaitan kucing.

“Aku harap ada insan mulia dapat membantu” tambahnya lagi di dalam hati.

“Sahrul, ko kat mana?” tanya Fad yang ketika itu sedang memandu keretanya ke kampus.

“Aku kat kelas ni, ko kat mana?” tanya Sahrul.

“Oh, ok..ok, aku on the way ko tunggu kat kelas” jawab Fad ringkas terus meletakkan telefonnya.

Waktu rehat di kampusnya digunakan untuk mebincangkan sesuatu bersama sahabat karib nya, Sahrul.

“Rul, aku dah jumpa doktor tu dan kucing tu semalam. Dan aku lihat keadaan kucing tu agak teruk juga sebab dia akan jadi cacat permenantly.” Fad memulakan bicara setelah meneguk segelas air sirap bandung.

“So, berapa Doktor tu cas?” tanya Sahrul.

“RM350-00 warded free” jawab Fad.

“Semalam aku dah dulu kan RM200-00 dan bakinya aku cuba minta bantuan kat FB.” Fad menambah lagi.

“FB????” Sahrul pelik dengan rakannya yang seorang ni.

“Mereka boleh tolong ke? Mereka percaya ke?” Sahrul inginkan kepastian.

“Ntah, aku cuba je”. Jawab Fad ringkas.

“Bling”!! bunyi telefon Fad.

“Eh! Rul, admin page tu balas la dalam inbox aku dan dia dah open untuk donation untuk kita.” Sambil menunjukkan telefonnya kepada Shahrul.

“Alhamdullilah, aku harap ada yang nak membantu”. Jawab Sahrul gembira.

“Admin ni beritahu bahawa dia akan open donation kilat dan jika telah cukup jumlahnya dia akan inform kita untuk langkah seterusnya” Fad dengan gembira memberitahu kawannya itu.

“Tak sangka juga di Malaysia ni masih wujud sifat kasih sayang antara mahkluk, bangga aku jadi rakyat Malaysia” tambah Fad lagi sambil menepuk-nepuk bahu Sahrul.

“Kita doakan semuanya berjalan lancar, insyallah. Jika kita ikhlas, ada yang akan membantu kita Fad.”jelas Sahrul kepada Fad.

Fad tersenyum lega. Bebannya sedikit berkurangan setelah menerima jawapan positif daripada page kesayangannya itu.


Previous: Bab 13
Next: Bab 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Cheeto